Followers

Tuesday, June 12, 2012

5 Perkara Yang Boleh Membantu Anda Untuk Lebih Mencintai Pasangan

cinta hati saya dunia akhirat.. insya Allah =)

Berikut adalah 5 perkara yang boleh membantu anda untuk lebih mencintai pasangan anda.


Buang ego di dalam diri
Buang sahaja sifat ego dan pentingkan diri sendiri, anda akan rasa tenang untuk mencintai si dia. kadangkala, anda sudah jumpa pasangan yang terbaik buat diri anda tetapi sikap ego telah menghalang anda dari mencapai kebahagian dengan si dia. Ego akan membuatkan anda hidup dalam kesedihan.

Sentiasa bersyukur.
Terima pasangan anda seadanya. Terima kebaikan dan keburukan yang dia ada dengan hati yang terbuka. Jika anda mahukan lebih dari pasangan anda, anda perlu terima diri dia seadanya dahulu.


Memberi.
Anda akan rasa lebih mencintai pasangan anda jika anda selalu memberi kasih sayang pada dia. Anda juga akan rasa bahagia apabila anda melihat dia bahagia.


Bersama – sama.
Lakukan perkara penting secara bersama – sama akan merapatkan lagi hubungan anda berdua. Seterusnya anda akan rasa lebih mencintai si dia kerana anda faham banyak perkara mengenainya.


Cinta.
Anda tidak perlu kata apa – apa, anda tidak perlu fikir apa – apa, anda hanya perlu terus mencintai dia. kadangkala anda berfikir terlalu banyak, sebab itu anda rasa hubungan cinta anda seperti terhalang. Tanpa perlu berfikir, anda terapkan sahaja perasaan cinta itu terhadap dia. -SUMBER
♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

5 pesanan kasih sayang:

  1. tips yg bagus dari mama lynn :-)

    ReplyDelete
  2. intan : bw pagi2 jmp info ni. menarik jugak utk dikongsikan bersama.

    ReplyDelete
  3. insyallah... mudahan bermanfaat untuk kita semua...

    emm

    ReplyDelete
  4. zie : insya Allah. moga2 macam tu hendaknya

    ReplyDelete
  5. Mudah-mudahan tip sebegini...manfaat kita bersama...

    ReplyDelete

 
copyright © 2013 to Mama Lynn | design by Aida Omar