Followers

Monday, May 28, 2012

sedim , kisah balik kampung

alkisah dari jumaat lepas mama lynn menghabiskan cuti 3 hari di kampung en suami. dah rutin tiap-tiap bulan wajib balik kulim. even dapat spend masa yang singkat dengan family terutama en suami tersayang mama lynn da cukup happy. masa macam ni memang fully utilized untuk jalankan tanggungjawab sebagai isteri. memasak untuk suami... tu yang mama lynn suka.

en suami macam biasa la, jumaat ngan sabtu kerja. so masa en suami tiada mama lynn melepak ngan ahli keluarga yang lain. melayan keletah si kecil nurul diana najwa yang manja dan menyenangkan hati. abang dia zahir pulak makin lasak. asyik hilang je. tahu-tahu dah meronda naik basikal keliling kampung. pagi jumaat tu sempat jugak la berjumpa dan bersembang dengan abang ipar dan biras yang balik kampung jugak. tu pun sebelum tengahari diorang dah balik sg petani balik cos abang ipar kerja. sempat jugak melayan keletah anak menakan yang 2 orang tu (hazim & ainnur humaira) .

mama lynn  ambil bas pulang ke klang pukul 11.00 malam tadi. masa en suami nak hantar ke perhentian bas, air mata ni bergenang. punya la mama lynn kontrol, hati mana tak sebak bila kena berjauhan dengan yang tersayang. moga Allah memberikan kebahagian buat kami setelah pengorbanan mama lynn untuk tinggal PJJ dengan en suami. buat masa ni even belum ada cahayamata sendiri mama lynn tetap rasa bersyukur, gembira. janji mama lynn dalam hati susah atau senang mama lynn tetapkan hati ni untuk en suami. tiada yang kedua.

aktiviti di kampung tak la padat sangat. more to family program, cuma semalam en suami bercuti sempat la pusing kat pekan kulim. itu pun sekadar shopping barang kat tesco. tengahari semalam sempat jugak g kenduri kawin di rumah saudara en suami. masakan kampung memang sangat sedap. mama lynn makan banyak sangat daging masak gulai campur batang pisang ( batang kat bhg daun tu).

bila lagi nak berjalan ngan en suami. insya Allah bulan 6 ni plan kami ke penang. hope tiada halangan dari Nya. mama lynn sangat suka berjalan ni. lagi-lagi ngan family tersayang. jom intai gambar buat hati mama lynn.


comel , nurul diana

eksen dapat rantai baru

alamak, baru perasan seluar tu koyak sikit

ainur humaira, anak mak lang ni... geram

mak & nurul diana

sama tak ? macam twins kan hahaa



♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

2 pesanan kasih sayang:

  1. ooo mama lynn pjj dgn hubby ek... mmg kita akn rs sedihkan bila nak berpisah dgn hubby setiap kali g jumpa dia kan..

    harap2 nanti awk n hubby akn dpt duduk bersama...

    ReplyDelete
  2. intan : amin... moga Allah permudahkan hidup kami berdua

    ReplyDelete

 
copyright © 2013 to Mama Lynn | design by Aida Omar