Followers

Wednesday, May 30, 2012

Saya Nak Kurus - Diet Dr Atkins

ingat tak entri mama lynn 2 hari lepas. berkenaan kerisauan mama lynn dengan tubuh badan sendiri. alhamdulillah dengan panduan yang diberikan oleh seorang teman blogger a.k.a intan berlian, mama lynn berjaya menjejaki sebuah blog ni http://www.taknakgemuk.com/ . dua hari ni mama lynn ambil untuk study cara-cara diet yang diperkenalkan oleh Dr Atkins ni. blog tersebut dimiliki oleh seorang anak muda bernama dzulfikri zulkifle (abaikan kalau salah eja).

bila tengok cara dzul berdiet dan result dia memang sangat awesome. mama lynn sendiri teruja nak buat, tapi for dis week belum start berdiet pun. cuma nak pahamkan konsep dr atkins ni betul-betul. takut terlanggar pantang pulak nanti. ape pun seandainya teman-teman blogger berminat untuk berdiet secara begini sila fahami konsep diet ini dahulu. biar kita faham baru kita buat.

moga mama lynn kuat untuk mencuba. nak tahan nafsu makan a bit susah tapi bila tengok menu yang boleh dimakan rasanya tak ada masalah kot. jom sama- sama kita jaga kesihatan. mama lynn tak nak la berangan nak kurus macam zaman sekolah tapi buat permulaan kalau dapat turunkan ke berat yang lebih sesuai rasa happy la jugak. doakan mama lynn  ;) . buat semua jangan lupa singgah ke blog dzul . banyak perkara yang korang boleh belajar di sana. mama lynn da follow blog dia jugak.

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

2 pesanan kasih sayang:

  1. InsyAllah.... yakin pada diri.. kuatkan semangat.. mesti blh berjaya :-)

    ReplyDelete
  2. intan : insya Allah.... utk kesihatan kena gak tekad

    ReplyDelete

 
copyright © 2013 to Mama Lynn | design by Aida Omar