Followers

Monday, May 7, 2012

new born : adik afif fikri

baru hari ni sempat meluangkan masa untuk meng hupdated blog ni. kali ni entri tentang kelahiran cahaya mata kedua adik mama lynn.  baby baru ni selamat dilahirkan pada 4.5.2012 yang lepas. lebih kurang pukul 2.56 petang dengan berat 2.885 kg. mama lynn dan keluarga tersangatlah gembira dengan kelahiran cinta hati kami sekeluarga. oppsss lupa lak, adik kepada afif fikri ni baby boy.

mengikut perancangan nama baby baru ni diserahkan oleh adik mama lynn kepada keluarga kami. mengikut nama pilihan yang kami ada buat masa sekarang adalah "aiman faliq" tapi itu terpulang kepada adik mama lynn dan isteri untuk membuat persetujuan.

mama lynn memang teruja dengan baby baru ni. rasanya nak je berjumpa dengan si kecil hati pujaan hati tiap-tiap hari tapi memandangkan adik ipar mama lynn berpantang di rumah ibunya tak dapatlah ke sana setiap hari. alahai...... geram sangat tengok baby. moga Allah mempermudahkan mama lynn untuk ada anak sendiri kelak.

untuk 2 malam ni abang long baby tidur dengan mama lynn. hari ini baru nak hantar semula ke rumah ibu mertua adik mama lynn. adik ipar mama lynn memang berat hati nak berjauhan dengan anak sulungnya. tak tergamak pulak nak pisahkan mereka. malam tadi afif tak banyak meragam. nyenyak sangat tidur dari pukul 8.30 malam. hanya pagi tadi terjaga sekejap minta dipasangkan kartun. alahai rumah mama takde astro la afif. penat sangat dia sambung tidur balik. pukul 6.20 pagi tadi mama lynn kejutkan afif untuk dihantar ke rumah wannya a.k.a mak mama lynn. mungkin tengahari ni mak mama lynn akan hantar afif.

untuk baby baru ni, mama tak sabar nak tengok kamu membesar. mama sayang sangat-sangat pada kamu. alahai geram sangat tengok si kecil ni.

practice make perfect
mummy & baby (look at baby bukak mata tu)
buah hati mama
atuk sangat teruja nak tengok cucu baru
new hero...
kakak & maksu tetap nak enterprame

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

No comments:

Post a Comment

 
copyright © 2013 to Mama Lynn | design by Aida Omar