Followers

Monday, May 21, 2012

mood : malas vs blogging

 
malas untuk blogging akhir2 ni. mungkin disebabkan kesihatan mama lynn kurang memuaskan. antara faktor utama penyumbang kepada sifat malas ni. hari ni gagahkan jugak untuk blogging. aishhh nak kena ada entri baru ker ? kalau takde pun ada ke yang rindu ? urmmm takpe la kan, untuk kepuasan diri sendiri . ape yang best untuk dijadikan topik entri hari ni ? hahaa  blur, again & again.

weekend kali ni memang dilalui dalam keadaan tak sihat. mama lynn dah rindu sangat nak minum air sejuk, sebab tu la kot selepas seminggu still lagi macam ni. still demam, sakit kepala , selsema dan batuk. tidur malam pun sedikit terganggu bila batuk.

sabtu lepas (petang) sempat jugak singgah lepak di tempat kerja adik mama lynn. bawak pulak 2 anak buah tersayang tu. dah macam rumah sendiri diorang berdua buat. lupa lak yang sebenarnya diorang berdua tu kat pasaraya.

sakit pun tanggungjawab sebagai ibu saudara a.k.a mama kepada muhammad aqeel azraei dan afif fikri tetap dijalankan. sabtu malam ahad lepas 2 sepupu ni tidur di rumah mama lynn. pukul 9 malam mama lynn dah suruh diorang tidur. mungkin juga both 2 sepupu ni keletihan bermain dari siang hari, so letak kepala kat bantal then tepuk2 sikit dah tidur. mama dia ni je terkulat2 tahan mata. bukan sebab tak nak tidur tapi tekun sangat nak habiskan baca novel "andai itu takdirnya" . jarang2 sekali menangis bila membaca, tapi kali ni berlinang-linang air mata ni mengalir. sedih sangat .

aiman faliq si kecil comel buah hati baru keluarga mama lynn tidur di rumah wan dan atuknya. sebab tu jugak lah mama lynn bawak balik aqeel dan afif tidur di rumah. paham2 lah budak kecik. mulut bising takut mengganggu si kecil nak tidur.

entri orang malas memang macam ni. kalau grammar @ tatabahasa mama lynn tunggang langgang abaikan sahaja. mood rajin tu masih belum kunjung tiba. moga mama lynn cepat sembuh. tu sahaja yang mama lynn harapkan untuk sehari dua ni. nak fokus pada kerja, tak nak malas-malas.

ada jugak gambar untuk dikongsi tapi sakitnya hati ni. baru nak cari usb tuk transfer tengok2 da xde dalam laci ni. oitt... sape la buat hal ni. geram la pulak. isshhh kat ofis ni ada orang panjang tangan ker ? haha ni yang buat mood mama lynn bertukar jadi marah.

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

2 pesanan kasih sayang:

  1. sy kurang bc novel.. tp sy ingat ms dulu2 pnh baca.. mesti nangis.. hehhe

    ReplyDelete
  2. sy addict ngan novel cuma jarang beli, pinjam org pny tp skali baca mesti mood da masuk dlm novel skali

    ReplyDelete

 
copyright © 2013 to Mama Lynn | design by Aida Omar