Followers

Friday, May 4, 2012

kisah : kampung sg buluh, sedim

dah hari jumaat baru mama lynn available untuk menulis entri tentang percutian 4 hari 3 malam ke kg sungai buluh ,sedim. hehe ayat tak boleh belah kan. ekceli mama lynn balik kampung en suami tengah malam jumaat lepas. mula2 tu agak susah jugak la nak dapatkan tiket bas cos mama lynn beli pun dah last minute + ramai orang balik kampung cos selasa lepas cuti umum (hari buruh) . mujurlah dapat jugak bas pukul 12.00 tengah malam 27 april tu. bas sampai lewat agak lewat, lebih kurang pukul 12.20 pagi barulah bas bertolak ke kulim. mama lynn kira perjalanan kali ni agak cepat sedikit dari selalu . masakan tidak, pukul 5.00 pagi bas dah sampai ke perhentian bas kulim. mama lynn tak sempat nak berjaga pun cos mood malam tu more kepada tidur. mungkin juga mama lynn agak keletihan cos dah berjaga dari awal pagi.

4 hari 3 malam di kampung memang seronok. lagi2 bila dapat luangkan masa dengan suami dan keluarga yang tersayang. ++ bila dapat jumpa si kecil pujaan hati mama lynn , nurul diana dan abangnya zahir. terubat rindu di hati. alhamdulillah masa yang ada tidak dibazirkan begitu sahaja. cuma waktu siang hari pertama mama lynn sampai sahaja duduk lepak kat rumah . en suami bekerja di hari sabtu. maklum sahaja bekerja makan gaji dengan orang. lepas maghrib tu baru la mama lynn sempat keluar outing ke pasar malam kat taman mutiara , sg kob. tu pun pasal nak beli barang-barang basah untuk masak laksa. memang hajat dihati ni nak treat family so beli barang masak sendiri kat rumah lebih jimat.

ahad tu mama lynn sempat ke pekan kulim untuk membeli tiket bas. keluar pun dah tengahari. kiranya selepas menyiapkan menu makan tengahari iaitu laksa ( mama lynn just prepare barang2 basah je, yg masak kuah orang lain) , mihun goreng, nasi dan 2 jenis lauk barulah kami keluar. en suami memang tak suka makan laksa so dia akan makan mihun goreng bersama kuah laksa. pelik kan. tapi itulah kebenarannya. balik dari pekan kulim mama lynn terus ke kg bukit iboi, kupang yang terletak di daerah baling. kali ni kami pergi ke rumah pak long en suami sebelah ibu mertua mama lynn. rancangan mula2 untuk hantar kereta ibu mertua kepada paksu en suami untuk di cat . akhirnya plan pulak berubah. bawak balik kembali kereta ibu mertua kerana paksu en suami bekerja.

isnin , en suami bekerja so mama lynn keluar jugak ke pekan kulim ditemani oleh ibu mertua dan seorang lagi ahli keluarga. kali ni destinasi kami untuk mencari oven baru dan stand mixer. sempat jugak la singgah ke giant kulim dan dapat jugak la mama lynn beli sehelai kemeja. mama lynn rasa rambang mata jugak la bila berjalan dalam giant kulim tu. barang2 kat sana tak lah mahal sangat. kalau la duit poket mama lynn tebal masa tu memang cepat je la mama lynn menghabiskannya.

rasa 4 hari 3 malam tu tersangat la singkat. ape pun mama lynn puas hati kerana dapat jugak menjalankan tanggungjawab pada suami tersayang. uruskan makan pakai dia. maklum sahaja bila tinggal berjauhan ni manalah ada kesempatan untuk buat semua tu. selasa tu mama lynn ambil bas ke klang sentral pukul 1.00 tengahari. masa suami hantar nak naik bas tu rasa sebak jugak lah. sekali lagi kena berpisah, hati isteri mana tak sedih.

panjang sangat entri ni. mama lynn tak sempat nak ambil gambar sangat cuma yang dapat dikongsikan adalah gambar mama lynn bersama anak-anak kesayangan mama lynn ni. ikhlas dari hati mama lynn tersangat sayangkan mereka berdua. walaupun mama lynn ni bukan lah ibu kandung tapi layanan untuk mereka tetap macam layanan emak pada anak.



shopping time
ciuman kasih dari seorang ibu
bersama 2 insan kesayangan hati
yang kat belakang tu mama diana dan zahir
terlentok anak teruna mak ni

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

4 pesanan kasih sayang:

  1. akak teringat putu buluh kat pasar malam Taman Mutiara tu la. sedap giler!

    p/s: AJ....please buang word verification kat bawah nie boleh? payah beno nak komen. huhu..

    ReplyDelete
  2. kak yana ... aj tak penah try lagi putu buluh kat situ... hehe blk ujung bln ni aj try k. hehe akak ajarkan ley tak .. x reti nak buang

    ReplyDelete
  3. InsyaAllah..ada rezki nti timang ank sndiri k..byk2kan berdoa..

    ReplyDelete
  4. chekgu azrine : insya Allah.. moga Allah permudahkan segalanya

    ReplyDelete

 
copyright © 2013 to Mama Lynn | design by Aida Omar