Followers

Friday, May 18, 2012

mothers day - entri terperap


entri dah basi dekat seminggu. nak kata dah berulat tak nampak pulak kulat yang tumbuh. jujurnya dis week dalam keadaan kesihatan yang kurang mengizinkan untuk berblogging , entri ni terpaksa mama lynn peram untuk ditulis.
ahad lepas sempena hari ibu sempat jugak mama lynn sambut secara kejutan untuk ibu tersayang. tapi sambutan kali ni semua adik-beradik tidak dapat berkumpul bersama. memandangkan adik ipar mama lynn sedang berpantang dan kakak mama lynn yang kurang sihat so hanya kami 4 beradik yang ada.
adik bujang mama lynn awalnya nak turut serta tetapi memandangkan dia tak boleh stay lama , x dapat la nak meraikan bersama. xpe la 4 orang pun jadilah janji sambut. ape pun adik bujang mama lynn sponsor kfc. takde menu menarik pun malam tu ++ myra & wani a.k.a adik mama lynn yang 2 orang tu bekerja , balik pun dah pukul 10.30 malam so sekadar beli kek je lah.
buat mak yang tersayang mama lynn belikan telekung sebagai hadiah. mama lynn beli pun dari kawan blogger di butik online nya  audrra blossom . kak yana merupakan pemilik blog ni a.k.a merangkap kawan sekerja (lain jabatan je) mama lynn. kak yana memang tengah ligat business. memandangkan bila fikir beli ngan kak yana lebih mudah , so mama lynn tak fikir panjang. terus mintak kak yana hantar telekung yang mama lynn nak tu ke ofis. pada yang nak shopping online tu boleh la singgah ke audrra blossom .

oppss... dah melencong ke hadiah lupa lak nak cerita macam mana kami buat kejutan untuk mak. mak mama lynn awal-awal lagi dah masuk tidur. kamu adik beradik paksa jugak mak bangun. mak mama lynn bising jugak la cos keletihan. anak-anak punya pasal mak bangun jugak la. haha jangan bayangkan pulak rupa mak mama lynn bila bangun tidur. kami 4 beradik suruh mak potong kek. abah mama lynn tersenyum-senyum tengok kami buat kejutan tu.

buat mak yang tersayang, kami sedar terlalu besar pengorbanan mak selama membesarkan kami 7 beradik. itu belum kira ngan kenakalan dan kedegilan kami sehingga kini. walau bagaimana onak duri yang mendatang mak tetap menjadi tunjang di belakang kami. insya Allah, kami sebagai anak-anak takkan pernah lupa pengorbanan mak. kami akan balas semampu kami. sayang sangat-sangat kat mak.

entri hari ibu yang tersangat panjang. untuk ibu-ibu kat luar sana termasuk mama lynn (instant mama) . kahwin-kahwin je da jadi ibu segera. untung kan. haha jangan fikir bukan2 lak. tak terlambat untuk mama lynn ucapkan "selamat hari ibu & semoga kalian menjadi ibu yang terbaik untuk anak-anak ". kepada kita semua anak-anak , jangan pernah lupa jasa ibu yang membesarkan kita. ingat ibu, mak, mama atau ummi... mereka sebagai ibu tersangat mulia kedudukannya di sisi Allah SWT.

jom intai gambar2 yang mama lynn sempat ambil ahad lepas. gambar masa sambut ngan mak mama lynn memang takde cos keadaan kurang mengizinkan untuk bergambar.

kek pilihan , ekceli dah xde choice cos last minute

tadda....

pomosi yang bagus

my luvly mak (sayang sangat2)

 

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

No comments:

Post a Comment

 
copyright © 2013 to Mama Lynn | design by Aida Omar