Followers

Thursday, May 17, 2012

demam datang lagi

ubat-ubat yang perlu dihabiskan

ketika entri ini ditulis mood mama lynn memang agak sedikit down. mana taknya dah 3 hari diri ni tak sihat. baru semalam mama lynn sempat ke klinik. ikutkan hati nak drive pun tak larat tapi gagahkan jugak sebab rasa tak sihat ni lagi tak tertanggung.

2 klinik mama lynn pergi malam tadi. mama lynn tiba kat klinik puteri anwar di taman meru indah lebih kurang pukul 8.30 malam. baru je nak bukak pintu klinik terpandang sign tutup. penuh jugak orang dalam klinik tu. nak tak nak kena g klinik lain. teringat another klinik kat meru. klinik an-nur. dalam hati berdoa agar klinik tu bukak.

alhamdulillah klinik an-nur bukak. ekceli both klinik ni panel MBSA cuma mama lynn tak penah ke klinik an-nur. ngan tak bawak kad rawatan dan pas kerja dalam hati ni redha je la. mujur adik kat kaunter pendaftaran tu paham. mama lynn sekadar tunjukkan ic je.

lama jugak nak tunggu turn jumpa doktor. bila dah jumpa doktor tu yang tak best nya doktor tanya nak tak kalau dia berikan injection. mama lynn tanya inject kat mana, bila dia cakap kat tutt **  (paham2 je kat mana), mama lynn cakap takpe la biar saya makan ubat je. aiseh even dia kata ambil injection lagi cepat lega sekalipun mama lynn takkan ambil unless doktor tu perempuan. doktor nak bagi mc tapi mama lynn tolak jugak. asyik fikirkan pagi ni ada metting kat ofis. sian lak nak susahkan orang lain mengganti. ngan tak stand by ape2 lagi. takut2 menyusahkan kawan2 pulak.

dah sampai rumah baru terpandang kat plasktik ubat tu : buka pada 8.00 pagi hingga 11.00 malam. wahhh terbaek klinik ni. pandai da buat marketing. ape pun moga mama lynn cepat sembuh. pagi ni dah kena bebel ngan mak. dah tahu sakit minum jugak air sejuk ... hahaa tak minum dah , tak tertanggung rasanyanya. cukup la ubat batuk, demam, selsema, antibiotik dan sakit tekak untuk mama lynn habiskan. nak cepat sembuh. tak suka jatuh sakit lama-lama tap bila Allah berikan kenalah redha.

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

No comments:

Post a Comment

 
copyright © 2013 to Mama Lynn | design by Aida Omar