Followers

Tuesday, May 22, 2012

cuti-cuti lagi

nak balik kampung. rasa mood tu kena tukar sikit kepada lebih ceria. harap sangat2 tiket bas tak solt out (macam tiket konsert justin bieber lak) . takut jugak bila selalu plan last minit camni. kalau ikutkan hati ni memang nak stay sana terus. hidup berumah tangga akan lebih indah andai dapat tinggal bersama dengan suami.

motto : hidup perlu ceria, tiada duka lara (ayat tak boleh blah) sedih @ gembira kan lumrah kehidupan

hidup pjj ni agak sukar. kena kuat mental dan fizikal. memandangkan mama lynn ni pekerja tetap dalam sektor kerajaan untuk berkorban dari sudut kerjaya agak sukar untuk mama lynn laksanakan. urmmm bukan kami je yang tinggal berjauhan. ramai lagi pasangan di luar sana menempuhi fasa berjauhan dalam rumahtangga. pokok pangkal hati kita sendiri. memang la dari sudut kekeluargaan betapa ruginya tak dapat jalankan tanggungjawab sebagai isteri tetapi bila fikirkan masa hadapan, hati pun kena tekad.
 
 
melencong pulak ke cerita pjj kami. nak telefon kaunter tiket bas ekspress era mesra hari ni jugak. esok boleh la singgah g ambil tiket tu. nak g terus ke klang sentral petang ni , poket pun nan hado. esok hari gaji boleh la terus ke sana.
 
 
dalam hati ada taman, dalam taman ada bunga. kan dah kata mood mama lynn berbunga-bunga. ++ rindu nak peluk cium si kecil kesayangan hati. rindu nak memasak untuk suami , rindu nak hantar suami depan pintu rumah sebelum bekerja. rindu nak kucup tangan suami.
 
 
moga Allah permudahkan kehidupan mama lynn. moga dengan pengorbanan besar ini ada rahmat yang baik buat diri ini. insya Allah.

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

4 pesanan kasih sayang:

  1. kuatnya mama lynn ni..tabah sungguh pjj. Sy x dpt bygkan kalau sy pjj, mesti kalut habis. :p

    semoga segalanya dipermudahkan ya.. amiinn..

    ReplyDelete
  2. nak atau tidak sy perlu kuat. insya Allah moga Allah permudahkan segalanya. tq ambil berat jugak.

    ReplyDelete
  3. ooo awk pjj dgn hubby ek.. mmg perlu kena kuat semangatkan.. lbh2 lg kita ada ank yg nk dijaga..

    ReplyDelete
  4. yup kuat semangat. ekceli sy duk sorang kat kapar ni tp umah mak blkg umah sy je. xde masalah besar cuma biasa la bila jauh dr suami kt cepat tersentuh

    ReplyDelete

 
copyright © 2013 to Mama Lynn | design by Aida Omar