Followers

Thursday, May 31, 2012

"Segmen Dalca : Bloglist June"

klik SINI untuk join segmen
mama lynn telah di tag oleh saudari eima untuk bersegmen. thanks iema ingat jugak kat mama lynn. okeyh jom tengok apa yang mama lynn kena buat.

  Wajib
1.Buat satu entry bertajuk "Segmen Dalca : Bloglist June"
2.Letakkan gambar diatas di dalam entry anda.
3.Perlukah Follow blog ni?ikut atas individu tpi ia dikira HP (high priority)
4.Kena tag x?? Itu pon atas individu tapi ia juga dikira HP.

Tambahan
 
 
*mama lynn jawab terus kat sini
 
 
Jawab 3 Soalan ini dientry anda,soalan ini adalah untuk meletakkan diri anda sebagai HP
 
 
1.Soalan Umum : Filem Melayu apakah mendapat kutipan paling banyak pada tahun 2012 hingga kini?
jawapan : adakah ADNAN SEMPIT 2
 
 
2.Soalan Logik : Edisi Dalca manakah yang paling diminati?
 
 
jawapan :
mesti la lawak
 
 
3.Soalan Ilmiah : Siapakah wanita yang tidak mempunyai haid dan nifas?
jawapan : urmm wanita yang sudah putus haid ehh betul lah kan
 
 
gud luck untuk diri sendiri . senyum ;)

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

" SEGMEN : DESCRIBE YOUR HEADER".

klik SINI untuk bersegmen


tadda.. ni dia header simple mama lynn

*

**

***

another segmen yang best, lama jugak xde segmen macam ni. mama lynn suka hati jugak nak bersegmen sambil bercerita. ape pun jom tengok syarat2 segmen ni.


cara penyertaan:
  1. Buat satu entry " SEGMEN : DESCRIBE YOUR HEADER". Letak header saya di atas tu di dalam entry anda dan link kan ke entry ni.
  2. Anda diwajibkan letak header comel korang tu dan explain kan about your header tu tak lebih dari 150 patah perkataan. Ehhh...cam nak buat karangan B.M plak!
  3. Tag 2 rakan blogger,make sure mereka tahu : )
  4. LAST.. link kan entry anda di komen entry arifah zunika di sini sahaja oke? kat tempat lain, kena reject : )
" header mama lynn ni baru je mama lynn buat semalam, sengaja tukar header baru cos dah bosan tengok yang lama. header ni sangat simple, melambangkan diri mama lynn jugak yang biasa-biasa je dalam hidup. header ni mengajak kawan2 blogger untuk stay singgah bersantai di blog mama lynn" LEBIH KURANG MACAM TU LA..

mama lynn nak tag :


♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

"Tolong Review Blog Saya" By Ieqa Halim .

klik SINI untuk join segmen

another segmen yang menarik untuk mama lynn turut serta. menarik je bila orang review blog kita kan. bahagia je rasa nak review blog ieqa. boleh ?? rasa nak grab lagi peluang ni + boleh gak tambah follower. baru mama lynn realize bila tak rajin bersegmen , jarang2 kawan2 blogger nak singgah sini. jom bersegmen ;)

new hupdated : mama lynn da tersalah paham jugak, ingatkan ieqa yang review blog mama lynn. hehe sabau je la.

okeyh pada pandangan mata 4 mama lynn ieqa adalah seorang blogger yang pandai je berkarya dengan caranya tersendiri. mama lynn suka tengok header bloq ieqa + theme color tu pun awesome jugak.

mama lynn tak nampak sebarang kekurangan dalam blog ieqa + siapa la mama lynn nak mengkritik. mama lynn harap ieqa akan lebih kuat dalam blogging. pedulikan kata-kata orang yang tak suka. mungkin mereka tak paham dunia blogger ni bagaimana kan. chaiyok !!

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

LUCKY DRAW BY WWW.MYADYNA.COM

nak join lucky draw klik SINI

mood pagi ni nak join segala segmen dan G.A... wahh terbaek kan. mama lynn terpandang lak satu entri ni. eh ada lucky draw lah. rugi jugak x join . cabutan bertuah untuk follower blog myadyna mana lah tahu rezeki mama lynn kan (bertuah ke ). harap2 ada lah hendaknya + tgk adiah dia comel je.

wish me luck k ;)
♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

Wednesday, May 30, 2012

Saya Nak Kurus - Diet Dr Atkins

ingat tak entri mama lynn 2 hari lepas. berkenaan kerisauan mama lynn dengan tubuh badan sendiri. alhamdulillah dengan panduan yang diberikan oleh seorang teman blogger a.k.a intan berlian, mama lynn berjaya menjejaki sebuah blog ni http://www.taknakgemuk.com/ . dua hari ni mama lynn ambil untuk study cara-cara diet yang diperkenalkan oleh Dr Atkins ni. blog tersebut dimiliki oleh seorang anak muda bernama dzulfikri zulkifle (abaikan kalau salah eja).

bila tengok cara dzul berdiet dan result dia memang sangat awesome. mama lynn sendiri teruja nak buat, tapi for dis week belum start berdiet pun. cuma nak pahamkan konsep dr atkins ni betul-betul. takut terlanggar pantang pulak nanti. ape pun seandainya teman-teman blogger berminat untuk berdiet secara begini sila fahami konsep diet ini dahulu. biar kita faham baru kita buat.

moga mama lynn kuat untuk mencuba. nak tahan nafsu makan a bit susah tapi bila tengok menu yang boleh dimakan rasanya tak ada masalah kot. jom sama- sama kita jaga kesihatan. mama lynn tak nak la berangan nak kurus macam zaman sekolah tapi buat permulaan kalau dapat turunkan ke berat yang lebih sesuai rasa happy la jugak. doakan mama lynn  ;) . buat semua jangan lupa singgah ke blog dzul . banyak perkara yang korang boleh belajar di sana. mama lynn da follow blog dia jugak.

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

wordless wednesday 16


p/s : jaga diri hiasi peribadi

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

Tuesday, May 29, 2012

careless @ cuai

gambar : ihsan dari abg yahoo.com


malang tak berbau lagi ke ?? kali ni sebenarnya more to careless. isshh pn azlina ni , memang nak kena piat telinga. kalau buat kerja tu mesti ada je silap. cuai sangat, ntah kenapa benda yang sama selalu je terjadi.

semalam da pukul 8.00 malam baru mama lynn perasan yang kunci kereta tertinggal dalam kereta. tu pun kebetulan teringat yang wallet tertinggal dalam kereta. adess satu panahan tak boleh blah yang akan menyusahkan diri ni.

ngan hp x cukup kredit , nak tel pun x lepas. mujur la ada kredit berbaki 0.02 sen, boleh la jugak msg ibunda . mintak tlg adik carikan kunci spare tapi malangnya takde. memandangkan da banyak kali kena pengalaman macam ni mama lynn try la buat aksi macam yang mama lynn tengok sebelum ni. macam pro pulak usaha nak bukak pintu kereta. tak tunggu lama untuk cabut getah kat tepi tinggal tu dan try tarik picu bahagian tepi pintu ngan dawai. agak susah jugak la. x lepas-lepas la pulak.  abah mama lynn datang latter tapi a bit bising jugak la sebelum tu. mujur ada pembaris besi panjang, sekejap je dah bleh bukak. terus mama lynn ambil kunci kereta. tu pun abah mama lynn menggunakan skill yang dia ada.

pengajarannya , sebelum nak keluar dari kereta kena cabut kunci. jangan duk khayal bergayut sampai lupa kunci kat dalam kereta tu (tu la puncanya). kalau pertama kali dapat gak dimaafkan tapi ni dah berkali-kali, tu belum kira berapa kali pulak kunci rumah tertinggal dalam rumah. nampak sangat mama lynn ni cuai. adess.. kena berhati-hati lepas ni.



♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

Monday, May 28, 2012

sedim , kisah balik kampung

alkisah dari jumaat lepas mama lynn menghabiskan cuti 3 hari di kampung en suami. dah rutin tiap-tiap bulan wajib balik kulim. even dapat spend masa yang singkat dengan family terutama en suami tersayang mama lynn da cukup happy. masa macam ni memang fully utilized untuk jalankan tanggungjawab sebagai isteri. memasak untuk suami... tu yang mama lynn suka.

en suami macam biasa la, jumaat ngan sabtu kerja. so masa en suami tiada mama lynn melepak ngan ahli keluarga yang lain. melayan keletah si kecil nurul diana najwa yang manja dan menyenangkan hati. abang dia zahir pulak makin lasak. asyik hilang je. tahu-tahu dah meronda naik basikal keliling kampung. pagi jumaat tu sempat jugak la berjumpa dan bersembang dengan abang ipar dan biras yang balik kampung jugak. tu pun sebelum tengahari diorang dah balik sg petani balik cos abang ipar kerja. sempat jugak melayan keletah anak menakan yang 2 orang tu (hazim & ainnur humaira) .

mama lynn  ambil bas pulang ke klang pukul 11.00 malam tadi. masa en suami nak hantar ke perhentian bas, air mata ni bergenang. punya la mama lynn kontrol, hati mana tak sebak bila kena berjauhan dengan yang tersayang. moga Allah memberikan kebahagian buat kami setelah pengorbanan mama lynn untuk tinggal PJJ dengan en suami. buat masa ni even belum ada cahayamata sendiri mama lynn tetap rasa bersyukur, gembira. janji mama lynn dalam hati susah atau senang mama lynn tetapkan hati ni untuk en suami. tiada yang kedua.

aktiviti di kampung tak la padat sangat. more to family program, cuma semalam en suami bercuti sempat la pusing kat pekan kulim. itu pun sekadar shopping barang kat tesco. tengahari semalam sempat jugak g kenduri kawin di rumah saudara en suami. masakan kampung memang sangat sedap. mama lynn makan banyak sangat daging masak gulai campur batang pisang ( batang kat bhg daun tu).

bila lagi nak berjalan ngan en suami. insya Allah bulan 6 ni plan kami ke penang. hope tiada halangan dari Nya. mama lynn sangat suka berjalan ni. lagi-lagi ngan family tersayang. jom intai gambar buat hati mama lynn.


comel , nurul diana

eksen dapat rantai baru

alamak, baru perasan seluar tu koyak sikit

ainur humaira, anak mak lang ni... geram

mak & nurul diana

sama tak ? macam twins kan hahaa



♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

saya mahu kurus

tajuk entri yang sangat mencabar

"saya mahu kurus"

macam ada sesuatu yang mencabar diri ni untuk turunkan badan yang bagai di pam-pam ni. serious da gemuk terlampau bila baju korporat pun dah nampak sendat. weyyy tak nak la orang kata mama lynn nangka busuk. ishh risau.

boleh tak kawan2 blogger bagi suggestion menu untuk mama lynn amalkan sehari-hari. hope sangat2 ada yang sudi bagi pandangan. kena set up dalam mind, kena jaga kesihatan... takut gak nak g check kolestrol. buat masa ni alhamdulillah tiada penyakit yang datang cuma kalau kolestrol tu x sure lagi la . isshh risau sangat ni.

jangan lupa halluu2 komen k. kali ni mama lynn perlukan bantuan semua.

menu yang patut di elak

*

**

***
jujur memang sedap, baru je makan last week (sempat amik gambar lagi) tapi rasanya ni bukan menu sihat

baru beli je semalam kat tesco, kulim... tp mama lynn memang tak sentuh langsung. kurang minat


p/s : akan updated ngan entri balik kampung latter ;)
♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

Thursday, May 24, 2012

selamat hari guru & selamat hari ibu

rabu, 23.5.2012.
boleh plak tahun ni mama lynn lapangkan diri ke tadika dzul iman. itu pun atas desakan kakak mama lynn yang nak di temani untuk ke " majlis sambutan hari ibu & hari guru "  di tadika anak buah mama lynn, muhammad aqeel azraei. nak tunggu turn anak sendiri ntah kan bila peluang tu datang,  ke tadika anak buah pun orait jugak.

seronok tengok telatah kanak-kanak. ada yang hyper dan aktif. riuh rendah tadika dzul iman dengna gelak tawa dan kebisingan kanak-kanak tu. seronok tengok ibu-ibu dihargai oleh anak-anak. sangat la berangan bila mama lynn ada anak sendiri kelak , dapat buat macam tu jugak. siap anak-anak kena cari ibu masing-masing untuk dipakaikan sticker yang tertulis "you are my sweetheart". feeling touching kan.

aqeel dapat hadiah sempena pertandingan mewarna bagi pelajar berusia 5 tahun. satu pencapaian yang agak baik untuknya. mahu ibu aqeel tersenyum gembira. mama dia ni pun tumpang happy, melihat perkembangan aqeel di awal usia 5 tahun ni sangat menyeronokkan.

jom kita tengok sedikit gambar yang sempat mama lynn rakamkan .


no 2 , tahniah aqeel

percubaan yang baik

menu-menu menarik
i love ibu  - by aqeel azraei

aqeel & ibu tersayang

aqeel & mama tersayang

"tengok ....ni yang aqeel tulis "
 

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

VERSUS terbaik






mama lynn sendiri tak berapa ingat program hiburan VERSUS ni dah sampai minggu ke berapa. tapi boleh dikatakan tiap2 minggu mama lynn comfirm akan tonton konsert VERSUS yang diadakan secara langsung tu 'till habis. sangat awesome dan menarik hati ni.

lately ni mama lynn kurang minat tengok rancangan berbentuk hiburan tapi bila ada VERSUS jadi addict pulak. lain dari yang lain. itu konklusi yang mama lynn boleh buat.

pertempuran 5 band yang cukup meletop.  HUJAN, SOFARZ, GO GERILA! (gabungan aizat & band dan amir jahari) ,  BLACK & PARALLAX  (gabungan black mentor & meet uncle hussin) dan SIXTH SENSE.

tiap2 minggu mesti menampilkan konsep yang berbeza. dalam konsert sebelum ni dah ada konsep sudirman,  alleycats,  ratu (lagu2 penyanyi perempuan), lagu 90 an, last week tukar2 lagu sesama band dan dis week lagu2 rock kapak. serious tak sabar nak tengok. bak kata loque, dia mencari band yang boleh merosakkan lagu di mana lari dari lagu asal. itu yang buat VERSUS sangat gempak. paling best setiap minggu akan ada battle untuk mencari juara mingguan.

entri ni mama lynn peram lama jugak sebelum di tulis. entri wajib tulis, even VERSUS dah berminggu-minggu di siarkan di saluran tv9 @ 119 . buat kawan2 blogger semua jom tengok konsert VERSUS esok. konsert VERSUS bersiaran setiap hari jumaat jam 9.30 malam.  

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

malang tidak berbau

malang tidak berbau. ya.. sekarang mama lynn realize yang term 'malang tidak berbau' ni memang valid dan boleh diguna pakai. apa lagi kalau dah terjadi pada diri sendiri. nak nangis air mata darah pun tiada guna. unplan pun kan. takdir Allah, sebagai hamba Nya kita perlu belajar untuk redha.

al-kisah balik kerja semalam mama lynn singgah di pekan rantau panjang untuk ambil kek birthday abah mama lynn dari seorang kenalan di facebook. mama lynn sangat excited cos dari gambar2 yang ada memang kek yang akak ni buat cantik2. saje la pulak birthday kali ni nak beli online. kek yang mama lynn pilih memang menarik pandangan hati.

baru je kek tu sampai kat tangan, tiba-tiba kejadian yang tidak diingini terjadi. boleh pulak anak buah mama lynn (aqeel) yang kebetulan ada sekali dalam kereta tertendang box kek tu. jatuh terbalik kek tu. hancur luluh hati ni. mama lynn sendiri tak sempat nak tengok hasil kerja akak tu.

mama lynn nak marah2 pun tak boleh. anak buah mama lynn tu baru 5 tahun pun. yang pasti malam semalam ibu aqeel dah gantikan dengan kek baru. tak sempat nak ambil gambar masa bithday abah cos bateri hp flat.

kalau jadi kat korang , apa yang korang rasa eh ? jom tengok gambar kek birthday abah mama lynn yang kecundang semalam.


*

**

***

taddaaaa..





p/s : mood pagi ni down lagi, pagi2 dah terlanggar kucing . comfirm kucing tu mati dah... warrgggh sedihnya. macam mana la boleh cuai.
♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

Wednesday, May 23, 2012

wordless wednesday 15



p/s : korang macam mana pula ?
♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

get well kak jaja

get well kak jaja...
aj sentiasa mendoakan kesihatan akak
aj nak akak sembuh macam selalu
aj nak akak say hi kat aj through fb

ya Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Mengasihani
Kau sembuhkan lah sahabatku ini Ya Allah
kami mahu melihat belaiu ceria
kami mahu melihat beliau sihat seperti hari-hari lalu

buat semua sahabat yang mengenali kak jaja
sama-sama kita semua mendoakan kesihatan kak jaja
amin...

p/s : kak jaja @ hazariah hashim merupakan rakan sekerja mama lynn ketika berada di jabatan kewangan dulu kini berada di icu, hospital tengku ampuan rahimah , klang. mama lynn baru tahu berita tersebut semalam. sama-sama kita mendoakan kesihatan beliau. 

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

Tuesday, May 22, 2012

Service Apartment utk di sewa: Ixora Apartment

 entrance apartment

tanda harga pun tak buang lagi. Ni bilik bujang. berminat?

set master bed room, white

bilik tidur kedua

meja makan untuk 6 orang

 sebahagian pandangan dapur memasak + peti ais disediakan

 master bed room

kemudahan TV 32" yg disediakan + perkhidmatan Astro

 ruang tamu. 

facing swimming pool, pandangan yang indah

Service Apartment utk di sewa: Ixora Apartment dekat bulatan Kg Pandan KL. Kadar sewa Isnin-Khamis RM300 dan Jumaat - Ahad RM350 per nite. Berminat? Hubungi Ilyani at 0123061121

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

Penghargaan Buat Pengunjung Blog - top commentator

hari ni sempat tambah widget baru di blog kesayangan mama lynn ni. mama lynn rasa ini adalah widget yang patut dimiliki oleh semua blogger. pendapat kawan2 blogger lain bagaimana pula.

bukan sekadar paparan berapa banyak komen yang kawan-kawan blogger berikan di blog kita semata-mata. kelebihan @ kredit kepada pengomen bila link blog mereka berada di situ then kawan-kawan blogger lain akan blog walking ke blog mereka pulak.

itu sekadar pendapat dari mama lynn. untuk intan berlian, thanks kerana sentiasa sudi singgah di blog mama lynn ni. ternyata walaupun komen terbanyak dari seseorang blogger tidaklah tinggi seperti di laman blog lain, mama lynn lynn tetap menghargainya.

SUMBER untuk korang tambah widget menarik ni. jom guna.

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

cuti-cuti lagi

nak balik kampung. rasa mood tu kena tukar sikit kepada lebih ceria. harap sangat2 tiket bas tak solt out (macam tiket konsert justin bieber lak) . takut jugak bila selalu plan last minit camni. kalau ikutkan hati ni memang nak stay sana terus. hidup berumah tangga akan lebih indah andai dapat tinggal bersama dengan suami.

motto : hidup perlu ceria, tiada duka lara (ayat tak boleh blah) sedih @ gembira kan lumrah kehidupan

hidup pjj ni agak sukar. kena kuat mental dan fizikal. memandangkan mama lynn ni pekerja tetap dalam sektor kerajaan untuk berkorban dari sudut kerjaya agak sukar untuk mama lynn laksanakan. urmmm bukan kami je yang tinggal berjauhan. ramai lagi pasangan di luar sana menempuhi fasa berjauhan dalam rumahtangga. pokok pangkal hati kita sendiri. memang la dari sudut kekeluargaan betapa ruginya tak dapat jalankan tanggungjawab sebagai isteri tetapi bila fikirkan masa hadapan, hati pun kena tekad.
 
 
melencong pulak ke cerita pjj kami. nak telefon kaunter tiket bas ekspress era mesra hari ni jugak. esok boleh la singgah g ambil tiket tu. nak g terus ke klang sentral petang ni , poket pun nan hado. esok hari gaji boleh la terus ke sana.
 
 
dalam hati ada taman, dalam taman ada bunga. kan dah kata mood mama lynn berbunga-bunga. ++ rindu nak peluk cium si kecil kesayangan hati. rindu nak memasak untuk suami , rindu nak hantar suami depan pintu rumah sebelum bekerja. rindu nak kucup tangan suami.
 
 
moga Allah permudahkan kehidupan mama lynn. moga dengan pengorbanan besar ini ada rahmat yang baik buat diri ini. insya Allah.

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

KEISTIMEWAAN BULAN REJAB

SUMBER

Rejab datang kembali menemui umat Islam. Bulan ketujuh dalam kalendar Islam ini mempunyai keistimewaan tersendiri sebagaimana yang dijanjikan Allah seperti yang terkandung dalam al-Quran. Rejab mempunyai empat makna iaitu takzim (kebesaran, keagungan dan kemuliaan), rahmah (bulan yang penuh dengan rahmat Allah), Jud’un (pemurah) dan Birr’un (kebajikan).
Bulan Rejab adalah salah satu bulan yang mulia dan banyak kelebihannya. Nabi Muhammad saw dalam satu hadis menyatakan bahawa Rejab itu bulan Allah. Sabda baginda yang bermaksud: “Sesungguhnya Rejab adalah bulan Allah, Syaaban adalah bulanku dan Ramadan adalah bulan umatku”.
Rejab dalam bahasa Arab bererti agung. Bulan ini dinamakan Rejab kerana pada bulan ini orang Arab zaman jahiliah dan awal Islam sangat menghormati dan mengagungkannya. Menurut satu qissah, di zaman dahulu, khususnya sebelum dan awal Islam, pada bulan ini petugas Kaabah membuka pintunya sebulan penuh, sedangkan pada bulan lain pintu Kaabah hanya dibuka pada hari Isnin dan Khamis. Ini kerana Rejab adalah bulan Allah. Kaabah pula adalah rumah Allah. Kita adalah hamba Allah. Oleh itu, bagi mereka tiada sebab mengapa hamba Allah dilarang memasuki rumah Allah pada bulan Allah ini. Dalam hal berkaitan, Saidina Abu Bakar pernah berkata: “Apabila tiba malam Jumaat yang pertama dalam Rejab, maka semua malaikat dari segenap penjuru sama ada dari udara, laut dan darat berkumpul di sekeliling Kaabah”

Firman Allah Subhanahu Wataala dalam surah At-Taubah ayat 36:

إِنَّ عِدَّةَ الشُّهُورِ عِندَ اللّهِ اثْنَا عَشَرَ شَهْرًا فِي كِتَابِ اللّهِ يَوْمَ خَلَقَ السَّمَاوَات وَالأَرْضَ مِنْهَا أَرْبَعَةٌ حُرُمٌ ذَلِكَ الدِّينُ الْقَيِّمُ فَلاَ تَظْلِمُواْ فِيهِنَّ أَنفُسَكُمْ وَقَاتِلُواْ الْمُشْرِكِينَ كَآفَّةً كَمَا يُقَاتِلُونَكُمْ كَآفَّةً وَاعْلَمُواْ أَنَّ اللّهَ مَعَ الْمُتَّقِينَ

Bermaksud: “Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi hukum Allah ialah dua belas bulan, yang telah ditetapkan dalam kitab Allah semasa ia menciptakan langit dan bumi di antaranya empat bulan yang dihormati. Ketetapan yang demikian itu ialah agama kamu yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu dengan melanggar larangannya.Dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya dan ketahuilah sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertakwa”
Bulan Rejab adalah bulan ketujuh daripada bulan-bulan dalam hitungan tahun qamariah.  Rejab bererti kebesaran dan dinamakan Rejab kerana bulan ini sangat dimuliakan pada zaman Jahiliah.  Dalam bulan ini juga mencatatkan sejarah penting bagi kehidupan umat Islam kerana dalam bulan ini mengandungi peristiwa Isra’ dan Mikraj Junjungan Nabi Besar kita Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam satu peristiwa yang kita telah maklum keagungannya. Umat Islam digalakkan untuk beribadat sebanyak mungkin pada bulan Rejab ini kerana pada bulan ini Allah Subhanahu Wataala banyak memberikan pahala kepada mereka yang mengerjakan ibadat di dalamnya. Di antara amalan-amalan yang digalakkan ke atas orang-orang Islam untuk mengerjakannya pada bulan Rejab ini ialah:-

Pertama: Membaca Salawat kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam.
Umat Islam memang digalakkan untuk membanyakkan membaca salawat pada bila-bila masa terutama pada ketika pahalanya dilipat gandakan di dalamnya seperti pada bulan Rejab kerana membaca salawat sangat besar pahalanya.
Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam : Antara mafhumnya:” Barangsiapa yang membaca salawat untuk Ku satu kali, Allah bersalawat kepadanya sepuluh kali, dan barangsiapa bersalawat sepuluh kali kepada ku, Allah akan bersalawat kepadanya sebanyak seratus kali.  Dan barang siapa yang bersalawat kepada Ku seratus kali, maka Allah menulis di antara kedua-dua matanya kebebasan dari nifak dan kebebasan dari neraka.  Pada hari kiamat orang itu akan ditempatkan bersama orang-orang yang mati syahid”. [Riwayat At-tabrani].

Kedua: Bertaubat.
Kita digalakkan untuk memperbanyakkan bertaubat pada bulan Rejab kerana bulan ini adalah bulan pengampunan.

Ketiga:  Berpuasa.
Kita Umat Islam digalakkan untuk banyak berpuasa  pada bulan Rejab. Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam yang diriwayatkan oleh Al-Baihaqi.Maksudnya:  “Sesungguhnya di dalam syurga itu terdapat sebuah sungai yang disebutkan sungai Rejab, airnya lebih putih daripada susu dan lebih manis daripada madu, barangsiapa yang berpuasa satu hari pada bulan Rejab, Allah akan memberinya minum dari sungai itu”.

Keempat:  Berdoa.
Apabila berada di bulan Rejab, kita berharap agar sampai pula pada bulan Syaaban dan bulan Ramadhan.  Bulan Ramadhan bulan yang dinanti-nanti oleh setiap orang Islam yang sentiasa merindui pahala besar.
Selain daripada itu banyak lagi ibadat-ibadat lain yang mempunyai banyak kelebihan untuk kita amalkan di bulan ini seperti bersedekah dan melakukan amal jariah yang lain.

Firman Allah Subhanahu Wataala dalam surah At-Tahrim ayat 8:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا تُوبُوا إِلَى اللَّهِ تَوْبَةً نَّصُوحًا عَسَى رَبُّكُمْ أَن يُكَفِّرَ عَنكُمْ سَيِّئَاتِكُمْ وَيُدْخِلَكُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِن تَحْتِهَا اْلأَنْهَارُ

Bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan bertaubat nasuha mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai”.
Istimewanya  bulan ini, pada 27 Rejab ialah berlakunya peristiwa Isra’ dan Mikraj kepada Rasulullah s. a. w. Pada malam itu, baginda diangkat ke siddaratul muntaha (langit ketujuh) bertemu secara langsung dengan Allah. Dengan izin Allah, baginda melihat keadaan syurga dan neraka dan bagaimana umatnya serta umat yang terdahulu menerima ganjaran kebajikan dan pembalasan dosa yang mereka lakukan di dunia. Ketika bertemu Allah, Rasulullah saw juga diperintah mengerjakan sembahyang lima waktu sehari semalam yang mulanya diwajibkan sebanyak 50 waktu. Inilah keriangan yang paling tinggi daripada Allah kepada Rasulullah dan umatnya hingga ke hari kiamat.

سُبْحَانَ الَّذِي أَسْرَى بِعَبْدِهِ لَيْلاً مِّنَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ إِلَى الْمَسْجِدِ الأَقْصَى الَّذِي بَارَكْنَا حَوْلَهُ لِنُرِيَهُ مِنْ آيَاتِنَا إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ البَصِيرُ
Maksudnya: “Maha Suci Allah yang memperjalankan hambaNya (Nabi Muhammad) ada satu  malam dari Masjid Haram ke Masjid Aqsa yang kami berkati sekelilingnya, untuk kami perlihatkan kepadanya tanda-tanda Kami. Sesungguhnya Allah  Maha Mendengar dan Maha Melihat”. (Surah al-Isra’, ayat 1)
Imam Nawawi seorang tokoh perundangan dalam Islam, menyatakan dalam kitabnya Syarah Muslim: Perkara sebenar yang telah disepakati sama ada oleh ulama fiqh (fuqaha), ulama ahli hadith (muhaddithin) dan ulama ilmu kalam atau ilmu tauhid (mutakallimin), begitu juga para sahabat (atsar) dan para ulama dahulu dan mutakhirin, bahawa Nabi Muhammad s. a. w. telah diisra’ dan dimikrajkan oleh Allah s. w. t. dengan roh dan jasadnya sekali. Begitu juga Al Imam Ibnu Hajar mempunyai pendapat yang sama dalam perkara tersebut.
Menurut Imam Nawawi, tiada alasan untuk menolak hakikat Isra’ Mikraj Nabi s. a. w, dengan roh dan jasadnya sekali, kerana peristiwa Isra’ dan Mikraj agung itu bukan atas usaha ikhtiar Nabi s.a.w sendiri, sebaliknya Nabi s.a.w menghebahkan kepada orang ramai bahawa baginda telah diisra’ dan dimikrajkan oleh Allah s. w. t. bersama malaikat Jibril. Kenderaan yang disediakan oleh Allah s. w. t. bernama buraq iaitu kenderaan yang dicipta dari cahaya. Buraq kenderaan khusus untuk suatu pengembaraan Nabi s.a.w dalam perisitiwa bersejarah diisra’ dan dimikrajkan ke langit. Ini bermakna bahawa Isra’ Mikraj adalah suatu peristiwa di luar kemampuan Nabi s.a.w untuk melakukannya, sebaliknya ia dikehendaki oleh Allah s. w. t. berlaku ke atas diri Nabi s.a.w dengan dibantu oleh malaikat Jibril a. s.
Allah SWT melalui firmanNya dalam ayat pertama surah Al Isra’, menjelaskan tentang peristiwa Isra’ memulakan dengan kalimah Subhana “Maha Suci Allah.” Ertinya, Allah SWT itu Maha Suci dari segala sifat kekurangan dan kelemahan. Sekalipun peristiwa Isra’ Mikraj itu perkara luar biasa(ajaib) di sisi akal manusia, tetapi bagi Allah s. w. t. Yang Maha Suci dari sifat kelemahan, maka Dia boleh melakukan apa jua perkara pelik menjadi perkara biasa dan tiada yang mustahil bagi-Nya.
Kalaulah peristiwa Isra’ Mikraj itu sekadar Nabi s.a.w bermimpi pergi ke Baitul Muqaddis dan juga mimpi naik ke langit, maka kaum musyrikin Makkah tidak akan marah dan mempersenda Nabi s.a.w, kerana mimpi adalah perkara biasa bagi semua orang. Bukan Nabi Muhammad sahaja yang boleh bermimpi naik ke langit, bahkan orang yang bukan taraf nabi pun boleh bermimpi serupa itu juga.

Dalam peristiwa ini, baginda Rasulullah s. a. w.  dapat menyaksikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya : Satu kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah s. a. w. diberitahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad “Fisabilillah” yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.
Firman Allah:
ُن مَّثَلُ الَّذِينَ يفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ فِي سَبِيلِ اللّهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنبَتَتْ سَبْعَ سَنَابِلَ فِي كُلِّ سُنبُلَةٍ مِّئَةُ حَبَّةٍ وَاللّهُ يُضَاعِفُ لِمَن يَشَاء وَاللّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ

Maksudnya: “Bandingan orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan ingatlah allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha luas kurniaanNya lagi meliputi ilmu pengetahuanNya”.
Baginda juga melalui suatu tempat yang berbau harum. Rasulullah s. a. w. diberitahu oleh Jibrail: Itulah bau kubur Masyitah (tukang sisir rambut anak Fir’aun) bersama suaminya dan anak-anak-nya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Firaun kerana tetap teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Firaun sebagai Tuhan).
Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah, “Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).”
Rasulullah juga diperlihatkan, sekumpulan manusia yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail, “Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka”.
Baginda juga melihat satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail, “Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri/suami”.
Mudah-mudahan perkara yang diperlihatkan oleh Allah kepada Baginda Muhammad s.a.w. dapat dijadikan pengajaran kepada kita semua untuk mendapat rahmat dan kesejah teraan di dunia dan akhirat.

Disediakan Oleh : Ustaz Haji Mohd. Nawi bin Haji Ismail

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

Monday, May 21, 2012

mood : malas vs blogging

 
malas untuk blogging akhir2 ni. mungkin disebabkan kesihatan mama lynn kurang memuaskan. antara faktor utama penyumbang kepada sifat malas ni. hari ni gagahkan jugak untuk blogging. aishhh nak kena ada entri baru ker ? kalau takde pun ada ke yang rindu ? urmmm takpe la kan, untuk kepuasan diri sendiri . ape yang best untuk dijadikan topik entri hari ni ? hahaa  blur, again & again.

weekend kali ni memang dilalui dalam keadaan tak sihat. mama lynn dah rindu sangat nak minum air sejuk, sebab tu la kot selepas seminggu still lagi macam ni. still demam, sakit kepala , selsema dan batuk. tidur malam pun sedikit terganggu bila batuk.

sabtu lepas (petang) sempat jugak singgah lepak di tempat kerja adik mama lynn. bawak pulak 2 anak buah tersayang tu. dah macam rumah sendiri diorang berdua buat. lupa lak yang sebenarnya diorang berdua tu kat pasaraya.

sakit pun tanggungjawab sebagai ibu saudara a.k.a mama kepada muhammad aqeel azraei dan afif fikri tetap dijalankan. sabtu malam ahad lepas 2 sepupu ni tidur di rumah mama lynn. pukul 9 malam mama lynn dah suruh diorang tidur. mungkin juga both 2 sepupu ni keletihan bermain dari siang hari, so letak kepala kat bantal then tepuk2 sikit dah tidur. mama dia ni je terkulat2 tahan mata. bukan sebab tak nak tidur tapi tekun sangat nak habiskan baca novel "andai itu takdirnya" . jarang2 sekali menangis bila membaca, tapi kali ni berlinang-linang air mata ni mengalir. sedih sangat .

aiman faliq si kecil comel buah hati baru keluarga mama lynn tidur di rumah wan dan atuknya. sebab tu jugak lah mama lynn bawak balik aqeel dan afif tidur di rumah. paham2 lah budak kecik. mulut bising takut mengganggu si kecil nak tidur.

entri orang malas memang macam ni. kalau grammar @ tatabahasa mama lynn tunggang langgang abaikan sahaja. mood rajin tu masih belum kunjung tiba. moga mama lynn cepat sembuh. tu sahaja yang mama lynn harapkan untuk sehari dua ni. nak fokus pada kerja, tak nak malas-malas.

ada jugak gambar untuk dikongsi tapi sakitnya hati ni. baru nak cari usb tuk transfer tengok2 da xde dalam laci ni. oitt... sape la buat hal ni. geram la pulak. isshhh kat ofis ni ada orang panjang tangan ker ? haha ni yang buat mood mama lynn bertukar jadi marah.

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

Friday, May 18, 2012

Perkara yang elok dan tidak elok disebut

gambar dan entri - SUMBER

1.Perbanyakkan menyebut Allah daripada menyebut makhluk.
Sudah menjadi kebiasaan bagi kita menyebut atau memuji-muji orang yang berbuat baik kepada kita sehingga kadang-kadang kita terlupa hakikat bahawa terlampau banyak nikmat yang telah Allah berikan kepada kita. Lantaran itu, kita terlupa memuji dan menyebut-nyebut nama Allah. Sewajarnya kita lebih menyebut-nyebut nama Allah yang telah memberikan nikmat yang tidak terhitung banyaknya untuk kita.
2.Perbanyakkan menyebut akhirat daripada menyebut urusan dunia
Dunia terlalu sedikit dibandingkan dengan akhirat
1000 tahun di dunia setimpal dengan ukuran masa sehari di akhirat.Nikmat dunia juga 1/100 daripada nikmat akhirat. Begitu juga seksa dan kepayahan hidup di dunia hanya 1/100 daripada akhirat. Hanya orang yang senteng fikiran sibuk memikirkan Wawasan Dunia (WD) hingga terlupa Wawasan Akhirat (WA). Manusia yang paling cerdik ialah mereka yang sibuk merancang Wawasan Akhiratnya. Saham Amanah Dunia (SAD) tak penting, tapi yang paling penting ialah Saham Amanah Akhirat (SAA) yang tak pernah rugi dan merudum malahan sentiasa naik berlipat kali ganda. Oleh itu perbanyakkanlah menyebut-nyebut perihal akhirat supaya timbul keghairahan menanam dan melabur saham akhirat.
3. Perbanyakkan menyebut dan mengingat hal-hal kematian daripada hal-hal kehidupan.
Kita sering memikirkan bekalan hidup ketika tua dan bersara tapi jarang memikirkan bekalan hidup semasa mati. Memikirkan mati adalah sunat kerana dengan berbuat demikian kita akan menginsafi diri dan kekurangan amalan yang perlu dibawa ke sana. Perjalanan yang jauh ke akhirat sudah tentu memerlukan bekalan yang amat banyak. Bekalan itu hendaklah dikumpulkan semasa hidup di dunia ini. Dunia ibarat kebun akhirat.
4.Jangan menyebut-nyebut kebaikan diri dan keluarga.
Syaitan memang sentiasa hendak memerangkap diri kita dengan menyuruh atau membisikkan kepada diri kita supaya sentiasa mengingat atau menyebut-nyebut tentang kebaikan yang kita lakukan terhadap orang lain. Kita terlupa bahawa dengan menyebut dan mengingat kebaikan kita itu sudah menimbulkan satu penyakit hati iaitu ujub. Penyakit ujub ini ibarat api dalam sekam boleh merosakkan pahala kebajikan yang kita buat. Lebih dahsyat lagi jika menimbulkan riya’ atau bangga diri.Oleh itu eloklah kita berhati-hati supaya menghindarkan diri daripada mengingat kebaikan diri kita kepada orang lain. Kita patut bersyukur kepada Allah kerana menjadikan kita orang baik, bukannya mendabik dada mengatakan kita orang baik.

5. Jangan sebut-sebut dan nampak-nampakkan keaiban atau keburukan diri orang lain.
Kegelapan hati dan rangsangan syaitan selalu menyebabkan terdorong melihat keaiban orang sehingga terlupa melihat keaiban dan kekurangan diri kita sendiri. Islam menuntut kita melihat kekurangan diri supaya dengan cara itu kita dapat memperbaiki kekurangan diri kita.Sikap positif yang perlu dihayati dalam hubungan sesama manusia iaitu lihatlah satu kebaikan yang ada pada diri seseorang, meskipun ada banyak kejahatan yang ada pada dirinya. kita walaupun kita pernah berbuat baik.

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

mothers day - entri terperap


entri dah basi dekat seminggu. nak kata dah berulat tak nampak pulak kulat yang tumbuh. jujurnya dis week dalam keadaan kesihatan yang kurang mengizinkan untuk berblogging , entri ni terpaksa mama lynn peram untuk ditulis.
ahad lepas sempena hari ibu sempat jugak mama lynn sambut secara kejutan untuk ibu tersayang. tapi sambutan kali ni semua adik-beradik tidak dapat berkumpul bersama. memandangkan adik ipar mama lynn sedang berpantang dan kakak mama lynn yang kurang sihat so hanya kami 4 beradik yang ada.
adik bujang mama lynn awalnya nak turut serta tetapi memandangkan dia tak boleh stay lama , x dapat la nak meraikan bersama. xpe la 4 orang pun jadilah janji sambut. ape pun adik bujang mama lynn sponsor kfc. takde menu menarik pun malam tu ++ myra & wani a.k.a adik mama lynn yang 2 orang tu bekerja , balik pun dah pukul 10.30 malam so sekadar beli kek je lah.
buat mak yang tersayang mama lynn belikan telekung sebagai hadiah. mama lynn beli pun dari kawan blogger di butik online nya  audrra blossom . kak yana merupakan pemilik blog ni a.k.a merangkap kawan sekerja (lain jabatan je) mama lynn. kak yana memang tengah ligat business. memandangkan bila fikir beli ngan kak yana lebih mudah , so mama lynn tak fikir panjang. terus mintak kak yana hantar telekung yang mama lynn nak tu ke ofis. pada yang nak shopping online tu boleh la singgah ke audrra blossom .

oppss... dah melencong ke hadiah lupa lak nak cerita macam mana kami buat kejutan untuk mak. mak mama lynn awal-awal lagi dah masuk tidur. kamu adik beradik paksa jugak mak bangun. mak mama lynn bising jugak la cos keletihan. anak-anak punya pasal mak bangun jugak la. haha jangan bayangkan pulak rupa mak mama lynn bila bangun tidur. kami 4 beradik suruh mak potong kek. abah mama lynn tersenyum-senyum tengok kami buat kejutan tu.

buat mak yang tersayang, kami sedar terlalu besar pengorbanan mak selama membesarkan kami 7 beradik. itu belum kira ngan kenakalan dan kedegilan kami sehingga kini. walau bagaimana onak duri yang mendatang mak tetap menjadi tunjang di belakang kami. insya Allah, kami sebagai anak-anak takkan pernah lupa pengorbanan mak. kami akan balas semampu kami. sayang sangat-sangat kat mak.

entri hari ibu yang tersangat panjang. untuk ibu-ibu kat luar sana termasuk mama lynn (instant mama) . kahwin-kahwin je da jadi ibu segera. untung kan. haha jangan fikir bukan2 lak. tak terlambat untuk mama lynn ucapkan "selamat hari ibu & semoga kalian menjadi ibu yang terbaik untuk anak-anak ". kepada kita semua anak-anak , jangan pernah lupa jasa ibu yang membesarkan kita. ingat ibu, mak, mama atau ummi... mereka sebagai ibu tersangat mulia kedudukannya di sisi Allah SWT.

jom intai gambar2 yang mama lynn sempat ambil ahad lepas. gambar masa sambut ngan mak mama lynn memang takde cos keadaan kurang mengizinkan untuk bergambar.

kek pilihan , ekceli dah xde choice cos last minute

tadda....

pomosi yang bagus

my luvly mak (sayang sangat2)

 

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

Thursday, May 17, 2012

demam datang lagi

ubat-ubat yang perlu dihabiskan

ketika entri ini ditulis mood mama lynn memang agak sedikit down. mana taknya dah 3 hari diri ni tak sihat. baru semalam mama lynn sempat ke klinik. ikutkan hati nak drive pun tak larat tapi gagahkan jugak sebab rasa tak sihat ni lagi tak tertanggung.

2 klinik mama lynn pergi malam tadi. mama lynn tiba kat klinik puteri anwar di taman meru indah lebih kurang pukul 8.30 malam. baru je nak bukak pintu klinik terpandang sign tutup. penuh jugak orang dalam klinik tu. nak tak nak kena g klinik lain. teringat another klinik kat meru. klinik an-nur. dalam hati berdoa agar klinik tu bukak.

alhamdulillah klinik an-nur bukak. ekceli both klinik ni panel MBSA cuma mama lynn tak penah ke klinik an-nur. ngan tak bawak kad rawatan dan pas kerja dalam hati ni redha je la. mujur adik kat kaunter pendaftaran tu paham. mama lynn sekadar tunjukkan ic je.

lama jugak nak tunggu turn jumpa doktor. bila dah jumpa doktor tu yang tak best nya doktor tanya nak tak kalau dia berikan injection. mama lynn tanya inject kat mana, bila dia cakap kat tutt **  (paham2 je kat mana), mama lynn cakap takpe la biar saya makan ubat je. aiseh even dia kata ambil injection lagi cepat lega sekalipun mama lynn takkan ambil unless doktor tu perempuan. doktor nak bagi mc tapi mama lynn tolak jugak. asyik fikirkan pagi ni ada metting kat ofis. sian lak nak susahkan orang lain mengganti. ngan tak stand by ape2 lagi. takut2 menyusahkan kawan2 pulak.

dah sampai rumah baru terpandang kat plasktik ubat tu : buka pada 8.00 pagi hingga 11.00 malam. wahhh terbaek klinik ni. pandai da buat marketing. ape pun moga mama lynn cepat sembuh. pagi ni dah kena bebel ngan mak. dah tahu sakit minum jugak air sejuk ... hahaa tak minum dah , tak tertanggung rasanyanya. cukup la ubat batuk, demam, selsema, antibiotik dan sakit tekak untuk mama lynn habiskan. nak cepat sembuh. tak suka jatuh sakit lama-lama tap bila Allah berikan kenalah redha.

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

Wednesday, May 16, 2012

pemenang : "mama lynn 1st giveaway"

jom tengok peserta GA
seperti yang mama lynn janjikan. mama lynn dah pun pilih 3 blogger bertuah bagi memenangi "mama lynn 1st giveaway" ni. untuk memberi keadilan mama lynn telah pun buat cabutan bertuah.

jom tengok pemenang "mama lynn 1st giveaway"
dalam proses melipat kertas undi

semua kertas cabutan dah berada dalam balang. tak sabar nak tengok pemenang

pemenang tempat ke 3 : top up rm 3, peserta no 32

pemenang tempat ke 2 : top up rm 5 , peserta no 9

pemenang utama : top up rm 10, peserta no 44


tahniah buat ketiga2 blogger. mohon kalian email butiran peribadi kepada mama lynn @ aj_amersayang@yahoo.com . kredit percuma tersebut akan dikreditkan kepada pemenang pada 23.5.2012. kepada pemenang yang gagal menghantar keterangan peribadi sebelum 20.5.2012 akan digantikan dengan pemenang lain. harap maklum.

buat yang tidak bertuah insya Allah ada rezeki mama lynn akan buat GA lagi. tunggu !!!! ape pun terima kasih banyak2 buat semua yang sudi memeriahkan GA ni.

salam sayang buat semua peserta "mama lynn 1st giveaway"

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

 
copyright © 2013 to Mama Lynn | design by Aida Omar