Followers

Tuesday, April 17, 2012

mood : balas dendam blogging


ketika entri ni ditulis mama lynn rasa terbalas juga kerinduan untuk blogging. kalau diikutkan semalam sempat mama lynn buat entri pendek. sekadar paparan gambar 2 anak kesayangan mama lynn tu. mood berblogging lately ni agak down a.k.a malas. rasa tak mampu nak create sebarang entri untuk menarik kunjungan dari blogger2 kat luar sana.

kalau korang perasan jugak, dah lama rupanya mama lynn tak join sebarang contest, giveaway dan bersegmen bersama rakan-rakan blogger. semalam ada juga di tag untuk bersegmen tapi tak tahu la kenapa mood malas tu membuak2. kesian kan pada kawan2 yang rindukan mama lynn. wahhh mood perasan pulak yang datang.

mood mama lynn sekarang ni more to editing gambar-gambar lama. tu pun setelah mama lynn dapatkan software photoscape daripada adik mama lynn. mama lynn ni bukan la orang yang pro dalam bidang ni. buat editing pun sekadar suka-suka. banyak sangat gambar yang mama lynn ambil the end perap dalam cd je. plan nak cuci tertangguh sampai sekarang. kononnya nak pilih gambar-gambar terbaik la untuk dicuci. sebagai permulaan ni mama lynn teringin nak satukan gambar 2 orang anak  kesayangan hati mama lynn tu dalam album. at least ada jugak untuk dikenang bila diorang dah besar nanti.

mama lynn masih suka berblogging, rasa dah sebati dalam diri ini untk berkongsi sebarang cerita dan berita di blog ni. untuk menghasilkan entri-entri yang boleh meninggalkan kesan di hati orang semestinya perlu menulis dalam mood yang penuh ilmiah dan lapang dada. kalau setakat tangkap muat orang pun jadi bosan untuk singgah. insya Allah mama lynn cuba memberikan yang terbaik. susah sangat ke nak blogging ni ?? setiap orang ada pandangan mereka tersendiri.

untuk mengubat hati nan rindu ni , mama lynn nak kongsikan gambar2 yang mama lynn sempat edit. biar gambar tak cantik asalkan memorinya berbaloi untuk diri ini.
zahir , masa ni baru setahun ++


nurul diana

anak menakan mak lang a.k.a arissa

my kids
kenduri kawin @ kg tok muda


♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

No comments:

Post a Comment

 
copyright © 2013 to Mama Lynn | design by Aida Omar