Followers

Friday, April 20, 2012

halal - haram

ketika menulis entri ni rasa nak ngan tidak je bercerita. ntah la takut jugak jadi fitnah tapi benda macam ni bukan boleh dibuat main. lagi2 oleh kita orang Islam. perlu la allert tentang hukum hakam ni. tak kan kita tak mampu nak kenal halal - haram.

mama lynn bukan la sempurna sangat sampai tak pernah buat dosa. dosa kita takkan terhapus macam tu je. sekurang-kurangnya sedarlah secepat mungkin dan segera bertaubat kepada Nya. tak kan lah kita nak mati dalam keadaan tidak sempat bertaubat. tak kan lah kita langsung takde niat untuk bawa bekalan ke akhirat kelak.
serious mama lynn benci sangat ngan apa yang mama lynn pandang malam tadi kat sebuah pasaraya ni. tujuan mama lynn ke sana adalah untuk membeli barang. so masa nak masuk pasaraya tu terpandang la seorang anak muda melayu ni. korang tahu tak apa yang dia beli. mama lynn rasa lebih daripada 10 tin minuman haram tu.mama lynn malu sangat, tak tahu nak letak muka ni kat mana.
kalau la yang beli tu orang bukan Islam mungkin lah kita tak terasa, memang mereka rasa benda tu halal kan tapi kalau dah orang Islam sendiri yang beli mana nak letak maruah kita ni sebagai orang Islam. tergadai rasanya cos rata-rata yang ada kat situ ada jugak orang bukan Islam. apalah penilaian mereka terhadap agama kita nanti. agama yang sangat kita sanjungi ini. kerana nila setitik rosak susu sebelanga.
sempat jugak mata ni meliar lagi masa keluar dari pasaraya tersebut. rasa kecewa jugak la bila mama lynn tengok dengan siapa pemuda tu datang. orang Islam jugak yang menemani dia. ishh mana letak rasa malu dalam diri mereka ni. urmm ntah la.. nak je mama lynn memberi teguran tapi siapalah diri ini.
samada korang minum @ beli  , keduanya pun dah kira berdosa. haram dengan halal kenalah pandai bezakan. tak kisah la kalau orang lain punya sekalipun cos dah terang-terang korang patut tahu benda tu bukanlah minuman yang halal untuk kita orang Islam.
semoga mereka sedar apa yang mereka buat. sedih melihat tahap kesedaran sesetengah umat Islam sekarang ni. mama lynn tak pernah terlintas nak mengaibkan mereka. dalam hati ni sentiasa mendoakan mereka cepat sedar. insya Allah. moga Allah membuka pintu taubat untuk kita semua. amin..

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

No comments:

Post a Comment

 
copyright © 2013 to Mama Lynn | design by Aida Omar