Followers

Thursday, April 12, 2012

dari dapur mama lynn

mama lynn ni kalau tak buat entri pasal makan mesti tak sah kan. ni menu makan tengahari ahad lepas. saje je perap cos 2-3 hari lepas tak berapa ada mood untuk blogging. mungkin perasaan hati ni yang sangat teringat kat orang jauh. kalau bab perasaan ni sapa pun tak dapat nak menipu kan. dalam hati mana-mana pun sure ada taman. hak hak... buat lawak la plak di pagi hari ni. ade ke yang nak gelak.

berbalik pada menu lunch ni, mama lynn punya la fikir nak masak apa yang best untuk adik2 mama lynn yang balik bercuti. pagi2 dah kena pegi pasar sorang2. anak2 dara tu biasa la , kalau balik rumah selagi matahari tak meninggi susah sangat nak kejutkan diorang. pikir punya pikir mama lynn pun beli ikan keli, kubis dan ikan merah (rasanya la). masa membeli tu tak lak terfikir nak masak apa bahan2 ni ... dah kat rumah mak baru terfikir.

mama lynn tak la pandai ke dapur sangat tapi minat untuk belajar masak tu ada. mungkin belum di asah lagi. tengok orang lain masak semuanya mengancam, siap ber "western" food lagi. urmmm lepas ni boleh la belek2 buku masakan. sambil membaca sambil belajar.

jom tengok menu yang mama lynn masak sorang2 kat dapur ahad lepas.


ikan keli berlada

sayur kubis masak lemak

sup ikan

3 menu 3 rasa

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

2 pesanan kasih sayang:

  1. 3 menu 3 rasa ni pun dah sedap dh dimakan time lapo2 nii.. janji kenyang..hihii

    ReplyDelete
  2. intan berlian : tau takpe.. janji masuk perut kenyang

    ReplyDelete

 
copyright © 2013 to Mama Lynn | design by Aida Omar