Followers

Saturday, April 28, 2012

mood : cuti !! balik sedim

bila dah ada function schedule kat blog ni rasa semakin mudah untuk blogging. ketika dan saat entri ini di publish mama lynn sedang menghabiskan cuti hujung minggu +  tambahan cuti rehat sehinggalah cuti hari pekerja 1 mei 2012. alhamdulillah Allah permudahkan perjalanan mama lynn. 4 hari di kampung ni insya Allah sedikit sebanyak dapat menceriakan dan membahagiakan diri ini. lagi2 bila kita dekat dengan insan yang kita kasihi. di mana pun kita berada, hati kita pasti tenang disampingnya.

nak bercerita tentang apa yang mama lynn buat cuti kali ni kena tunggu di lain entri. cukup sekadar entri pendek hari ini untuk mengubat kerinduan hati ini pada blog kecik ni. alahai.. bila dah addict nak blogging ni memang susah nak tinggal.

tunggu.... insya Allah ada kelapangan nanti mama lynn akan updated ngan cerita menarik.

tq ALLAH

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

Friday, April 27, 2012

jumpa ustaz don




assalamualaikum

tentu kawan2 blogger semua kenal dengan pemilik diri dalam gambar2 di atas. maaf gambar kurang memuaskan kerana diambil dari jarak jauh. buat pengetahuan semua baru sekejap tadi mama lynn sempat meluangkan masa ke ceramah bersama ustaz don. "wakaf pembentuk peribadi unggul" .

bercakap pengisian dalam ceramah tersebut memang mama lynn rasa bertambah juga ilmu di dada ini. pengertian wakaf dari sudut ISLAM itu sendiri dapat membentuk nilai2 positif pada umat ISLAM amnya.

ustaz don memang sangat2 merendah diri . cara ustaz don menyampaikan ilmu jugak amat mudah untuk difahami. mama lynn rasa bersyukur sangat2 pada Nya kerana memberi ruang untuk warga kerja MBSA sama-sama hadir ke ceramah agama pagi ini.

insya Allah lepas ni boleh dipraktikkan sedikit sebanyak apa yang dikongsikan oleh ustaz don di dalam ceramah tersebut. wakaf dan sedekah ... 2 pengertian yang berbeza.

p/s : lepas ni jom sama2 tonton 30 minit ustaz don.

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

Thursday, April 26, 2012

"mama lynn 1st giveaway"


"mama lynn 1st giveaway". akhirnya datang kekuatan untuk mama lynn create giveaway mama lynn sendiri. hope giveaway yang julung2 kali mama lynn buat kat blog ni mendapat sambutan. mama lynn will updated ngan list peserta giveaway seminggu dari sekarang. kalau sambutan meriah mama lynn akan updated lagi cepat ++ list peserta ni adalah rewards untuk kawan-kawan blogger untuk menambah kenalan.

jom tengok syarat2 mudah dari mama lynn:

1. follow blog mama lynn (wajib)
2. create entri dengan tajuk "mama lynn 1st giveaway"
3. jangan lupa letak banner giveaway (seperti di atas)
4. follow mama lynn di twitter (tak wajib)
5. tag seorang rakan. kalau rajin lebih pun di alu-alukan.
6. tinggalkan link korang di ruangan komen entri ni.

tarikh tamat penyertaan : 15 mei 2012

** ade hadiah ker ????  mesti la ada ...(updated by 27th april 2012)

hadiah pertama : top up rm 10
hadiah kedua : top up rm 5
hadiah ketiga : top up rm 3
(untuk semua talian maxis/celcom/ digi etc)

untuk 3 peserta pilihan sahaja tau . mama lynn akan buat cabutan bila dah cukup 20 orang peserta menyertai giveaway ini.
♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

spontaneous thursday 13

sesibuk manapun seorang wanita
dia tidak akan pernah lupa untuk memikirkan
insan yang dia sayangi

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

Wednesday, April 25, 2012

kisah belakang rumah

lama jugak mama lynn simpan gambar ni untuk dikongsikan di sini. lama la sangat... baru 2 minggu pun. urmm ni la keadaan luar rumah mama lynn. lokasi sebenarnya di belakang rumah mama lynn. keadaan rumah teres setingkat yang masih belum di renovate jadi banglo.

dengan keluasan yang ada boleh la jugak la mama lynn jadikan kebun kecil tetapi malangnya tangan ini tak cukup ajaib + malasnya nak berkebun ni. hingga saat ini pokok serai dan pokok mangga je yang ada. pokok mangga tu baru lagi abah mama lynn tanam. tak tahu la bila dapat mama lynn rasa buahnya pulak.

plan 2013 insya Allah mama lynn nak simen belakang rumah ni. mungkin mama lynn akan tinggalkan sedikit ruang untuk mengekalkan kawasan tanaman serai dan mangga tu. mama lynn teringin jugak nak sambung dapur hingga ke pagar belakang rumah tapi bila dikira-kira bajetnya , belum ada kemampuan untuk berbuat demikian.

entri bosan pasal belakang rumah. ada ke yang nak baca. pada yang bosan tu jangan marah-marah pulak. nampak sangat mama lynn tengah tepu dengan idea untuk menulis entri. ini semua gara2 addict sangat nak bersegmen. ape pun mama lynn happy cos impact dari segmen yang mama lynn sertai lately ni membuahkan follower yang makin meriah kat sini. alhamdulillah....

jom tengok apa yang ada kat belakang rumah mama lynn





♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

wordless wednesday 12


p/s : memotivasikan diri sendiri sebelum memberi motivasi kepada orang lain. chaiyok !!

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

Monday, April 23, 2012

"Giveaway 1st Anniversary Blog Eyryn Bercerita & Jejari Bercerita"

sila klik SINI dan SINI untuk join segmen

mama lynn di invite oleh eyryn untuk ber 'giveaway' . kali ni eyryn bergabung tenaga bersama zareliqa untuk buat G.A ni. both memang dah mama lynn follow blog mereka awal-awal lagi.

mama lynn nak tag 2 insan bertuah ni

chipmunk

senarai sponsor :

  • SURAIYA | blog | twitter |
  • AMIR | fanpage | sini |
  • SYUHADA | blog | sini | sini |
  • HARUNO HANA | blog |
  • NANA KIMIE | blog |
  • MEE | blog | fanpage |
  • NURLISA AFHA | blog |
  • DUNIA SEBENAR SHIDA | blog | fanpage |
  • LADIESPURPLE | blog |
  • MACAM-MACAM ADA | blog |
  • FATMA FAZIRA | blog | sini | sini |
  • SHAWLS TO LOVE | fanpage |
  • B TO BE COLLECTION | blog | fanpage |
  • LOVEBAG LOVEBAG | blog | fanpage |
  • DE CLOSETTE | blog | fanpage |
  • GADIS LIMITED SHOPPE | blog | fanpage |
  • BEADXELS LOVERS | fanpage |
  • HEALTHY BEAUTY | blog | fanpage |
  • DRESS YOUR AGE | fanpage |
  • IZARA FOREVER | blog |
  • NURUL'S BLOGSHOP | blog | fanpage |
  • HEART INSPIRATION | blog | fanpage |
  • WARDROBE COLLECTION | fanpage |
  • YOUAREBEAUTIFUL | blog |
  • MISS K COLLECTION SHOP | fanpage |
  • AZRIEY | blog | fanpage |
  • MY LIFE ME | blog | fanpage |
  • LADY ZAZA COLLECTION | fanpage |
  • MURAH - MURAH | blog | fanpage |
  • ERAH EMPUNYA STORY | blog | fanpage | twitter | twitter |
  • AIMIE CHAN NAGA | blog | fanpage | fanpage | sini |
  • CIKHONEYBEE | blog | fanpage |
  • ROCHELLE SECRET| blog | sini |

  •  

    p/s : take time untuk add, like & follow semua sponsor. insya Allah by esok akan disudahkan. hehe hope bg masa k both eyryn & zareliqa

    ♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

    " Jom Join SukaGelak Blogwalking "

    klik SINI untuk bersegmen

    bersegmen lagi. sesiapa yang tengah free takde apa nak buat tu boleh la join sekali. jangan segan silu untuk klik bawah banner tu. jom tengok senarai semak syarat2 penyertaan :

    1)  Buat tajuk " Jom Join SukaGelak Blogwalking " 
    2)  Letak banner kat atas ni dan 'link'kan ke blog SukaGelak.
    3)  Follow blog SukaGelak. Tak nak follow pun tak pe, tak de paksaan :)
    4) Tinggalkan link entry dekat ruangan komen.

    ** jangan link ke blog mama lynn pulak tau tapi ke blog SukaGelak


    ♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

    tukar header lagi

     header for a week

     temporarily header

    mood mama lynn cepat sangat berubah. kenapa mama lynn replace header blog seperti gambar pertama di atas tu ?

    1.  urmm mungkin sebab mama lynn tak suka kot tengok ada lak benda tak sepatutnya ada dalam header tersebut + masa buat editing tu mama lynn lupa nak crop so bila letak kat blog besar gedabak la plak.

    2. sebab hari ni mood mama lynn terlebih rajin touch up sikit2 header sementara seperti gambar yang kedua tu. ekceli yang dengan mama lynn tu anak buah mama lynn a.k.a anak sulung adik lelaki mama lynn. comel kan.

    hope takde yang kata mama lynn ni tak tetap pendirian. by next week or another week mungkin akan terima header baru dari seseorang. ekceli mama lynn baru nak menempah pun yang lebih awesome. nak buat sendiri mama lynn bukan la expert sangat. nak jugak ada header yang mengancam.



    ♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

    "segmen : saya bangga menjadi blogger"

     klik SINI untuk bersegmen


    monday blues... selamat hari isnin semuanya. eh x reti nak bagi salam pulak mama lynn ni. okeyh assalamualaikum semua blogger @ silent reader @ follower yang mama lynn kasihi dan sayangi. wahh mood isnin nak berkasih sayang la pulak.

    pagi2 ni semangat betul mama lynn ni nak bersegmen + hari ni last day sebelum segmen ni ditutup sepenuhnya. "segmen : saya bangga menjadi blogger". wahh macam menarik je kan.  statement berani as a blogger. proud to be blogger too.

    mama lynn blogger dari selangor. daerah mana ?? wahh nak tahu details jugak ker ? takpe la mama lynn bagi additional info skit. mama lynn anak kelahiran klang dan sekarang menetap di kapar dan bekerja di shah alam. amacam okeyh tak ?

    done... senang je pun segmen ni. pasni nak kena blog walking plak kat blog kawan2 blogger yang join segmen ni. ape pun salam perkenalan dihulurkan untuk aisyah humaira'.

    ♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

    Friday, April 20, 2012

    20.4.2012 : 157 follower untuk 4 bulan



    diam tak diam dah 4 bulan mama lynn mengaktifkan blog ini. walaupun mama lynn tidak lah menutup secara rasmi blog lama mama lynn sebelum ni tetapi tiada sebarang entri baru di sana. hanya blog http://mamalynnthestoryteller.blogspot.com/ medium untuk mama lynn berkongsi dengan kawan-kawan blogger diluar sana

    157 angka yang cukup mama lynn suka. kenapa dan mengapa. mula-mula tu tak perasan sehinggalah entri ini ditulis baru mama lynn perasan. untuk pengetahuan umum 15.7 adalah tarikh lahir mama lynn. kebetulan kan.

    bercakap tentang hari lahir, 20.4 pula adalah ulang tahun kelahiran bff mama lynn masa sekolah dulu. "selamat hari lahir buat melissa rose bt sufian david". wahh dah 29 tahun sahabatku ini. moga lisa sentiasa sihat dan bahagia disamping anak dan suami yang tercinta. untuk pengetahuan umum lisa sedang sarat mengandungkan anak keduanya. tahniah sahabat.

    berbalik pada angka follower tu tadi. mama lynn bukanlah blogger yang mengejar follower semata-mata tetapi mama lynn lebih mengejar kepuasan dalam blogging. alhamdulillah semangat untuk berada di sini masih berkobar-kobar. maaf andai kadang-kadang entri mama lynn kurang memuaskan hati kalian. moga medium blog ini juga dapat merapatkan ukhuwah antara kita semua. insya Allah.


    ♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

    "segmen hajar: jom blogwalking + up follower"


    klik SINI untuk join segmen


    mama lynn nak tag cik adieb untuk join sama segmen ni. buat hajar, salam perkenalan mama lynn hulurkan .

    ♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

    1st giveaway by AMNA

    klik SINI untuk join



    bersegmen dan giveaway lagi. kali ni dari cik amna. jom klik bawah banner tu untuk join. mama lynn nak tag merah itu jambu . pada yang lain jom sama-sama meriahkan giveaway ni okeyh. 

    ♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

    SEGMEN : JOM TINGKATKAN FOLLOWER DAN TRAFIK BLOG


    klik banner atau SINI untuk join


    lama sangat tak bagi masa untuk bersegmen. hari ni rasa lapang hati skit untuk blogwalking sambil intai mana2 segmen yang best.

    okey sape2 yang berminat boleh la ke page Ejad okey

    chaiyok !!!



    ♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

    desktop screen mama lynn today


    
    desktop screen on 20 th april 2012

    ♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

    halal - haram

    ketika menulis entri ni rasa nak ngan tidak je bercerita. ntah la takut jugak jadi fitnah tapi benda macam ni bukan boleh dibuat main. lagi2 oleh kita orang Islam. perlu la allert tentang hukum hakam ni. tak kan kita tak mampu nak kenal halal - haram.

    mama lynn bukan la sempurna sangat sampai tak pernah buat dosa. dosa kita takkan terhapus macam tu je. sekurang-kurangnya sedarlah secepat mungkin dan segera bertaubat kepada Nya. tak kan lah kita nak mati dalam keadaan tidak sempat bertaubat. tak kan lah kita langsung takde niat untuk bawa bekalan ke akhirat kelak.
    serious mama lynn benci sangat ngan apa yang mama lynn pandang malam tadi kat sebuah pasaraya ni. tujuan mama lynn ke sana adalah untuk membeli barang. so masa nak masuk pasaraya tu terpandang la seorang anak muda melayu ni. korang tahu tak apa yang dia beli. mama lynn rasa lebih daripada 10 tin minuman haram tu.mama lynn malu sangat, tak tahu nak letak muka ni kat mana.
    kalau la yang beli tu orang bukan Islam mungkin lah kita tak terasa, memang mereka rasa benda tu halal kan tapi kalau dah orang Islam sendiri yang beli mana nak letak maruah kita ni sebagai orang Islam. tergadai rasanya cos rata-rata yang ada kat situ ada jugak orang bukan Islam. apalah penilaian mereka terhadap agama kita nanti. agama yang sangat kita sanjungi ini. kerana nila setitik rosak susu sebelanga.
    sempat jugak mata ni meliar lagi masa keluar dari pasaraya tersebut. rasa kecewa jugak la bila mama lynn tengok dengan siapa pemuda tu datang. orang Islam jugak yang menemani dia. ishh mana letak rasa malu dalam diri mereka ni. urmm ntah la.. nak je mama lynn memberi teguran tapi siapalah diri ini.
    samada korang minum @ beli  , keduanya pun dah kira berdosa. haram dengan halal kenalah pandai bezakan. tak kisah la kalau orang lain punya sekalipun cos dah terang-terang korang patut tahu benda tu bukanlah minuman yang halal untuk kita orang Islam.
    semoga mereka sedar apa yang mereka buat. sedih melihat tahap kesedaran sesetengah umat Islam sekarang ni. mama lynn tak pernah terlintas nak mengaibkan mereka. dalam hati ni sentiasa mendoakan mereka cepat sedar. insya Allah. moga Allah membuka pintu taubat untuk kita semua. amin..

    ♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

    Thursday, April 19, 2012

    8 Pesanan Ulama' Untuk Wanita


    Pesanan ulama tehadap para wanita :
    1. Solat di awal waktu
    2. Membaca Al Qur'an secara istiqamah
    3. Ta'lim wa ta'allum
    4. Mendidik anak secara sunnah
    5. Hidup sederhana
    6. Menutup aurat secara sempurna
    7. Melayani suami dengan baik
    8. Mendorong suami dan muhrim untuk keluar di jalan ALLAH swt


    1. Solat Di Awal Waktu :
      1. Berwudhu' sebelum adzan.
      2. Mendorong suami, saudara lelaki, anak lelaki, bapa untuk solat berjama'ah di Masjid/Surau.
      3. Meninggalkan semua kegiatan waktu azan dilaungkan.
      4. Memperbanyak solat-solat sunat (Rawatib, Isyraq, Dhuha, Tasbih, Awwabin, Tahajud, Witir dll).
    2. Membaca Al Qur'an dan Zikir Pagi Petang secara Istiqomah :
    • Mengusahakan membaca 1 juzu' setiap hari bagi yang sudah lancar membaca dan 3 juzu' setiap hari bagi yang hafizah (huffaz Qur'an).
    • Membaca surah As-Sajadah dan Al-Mulk di antara Maghrib dan Isya' (banyak fadhilat).
    • Membaca surat Yasin pagi dan petang.
    • Membaca Al-Waqi'ah sebelum tidur.
    • Membaca surat Ad-Dukhan setiap hari.
    • Membaca Tasbih Fatimah , Selawat, dan Istighfar masing-masing 100 kali di waktu setelah solat Subuh dan setelah solat Asar.
    3. Ta'lim wa Ta'lum :
    • Hadiri ta'lim mingguan secara Istiqomah di morhala/halqoh dengan dibawa mahram.
    • Menghidupkan ta'lim secara istiqomah setiap hari di rumah (seafdalnya selepas Subuh).
    • Menceritakan kisah para Nabi dan para Sahabat r.anhum dengan cara yang mudah difahami oleh anak sebelum tidur.
    • Mengajarkan cara Solat, cara berpakaian secara Sunnah, dan sunnah-sunnah Nabi saw yang mulia dalam keseharian (adab makan, adab tidur, adab belajar, adab berjalan (safar), adab istinja', dll).
    4. Mendidik anak Secara Sunnah :
    • Memperkenalkan sunnah kepada anak sejak seawal mungkin (dari kecil).
    • Mendidik mereka adab-adab, doa-doa Nabi saw, cara bergaul dll.
    • Beri contoh dengan contoh yang baik dari orang yang telah berjaya dunia akhirat (akhlak dll).
    • Mendidik solat ketika usia 7 tahun dan membiasakannya untuk Solat 5 waktu dan Solat-solat sunat.
    5. Hidup dengan Pola Sederhana :
    • Kita harus mencontoh kehidupan Rasulullah saw & para Sahabat r.anhum yang sederhana.
    • Jangan sembarangan membelanjakan harta suami secara berlebih-lebihan dan tidak tepat.
    • Mesyuarat untuk setiap pengeluaran (sebelum beli barang supaya Syaitan tidak hasut dalam urusan jual beli kita).
    • Belanja menurut keperluan bukan memenuhi keinginan nafsu.
    • Mengatur kewangan keluarga.
    6. Menutup Aurat secara Sempurna :
    • Aurat wanita di luar solat seluruh tubuhnya harus di tutup secara sempurna ketika keluar rumah dan ditemani dengan mahramnya.
    • Jangan jadi fitnah dunia & dajjal ketika berada di luar rumah.
    • Sentiasa amal tutup aurat ketika memasak, mengajar anak-anak dll (supaya boleh membiasakan diri).
    7. Melayani Suami :
    • Mempersiapkan semua keperluan suami sebelum diminta.
    • Mengurus rumah dengan bersih dan rapi.
    • Mencuci baju, memasak, dll.
    • Diam ketika suami berbicara.
    • Mengantar suami apabila mahu keluar rumah.
    • Berhias / rapi / bersih / wangi / seksi di hadapan suami.
    • Memakai wangi-wangian yang disukai suami.
    • Memelihara bau mulut.
    • Menawarkan diri ketika mahu tidur.
    8. Mendorong Suami dan Mahram untuk Keluar di Jalan ALLAH swt :
    • Mengingatkan dan menyiapkan keperluan mereka (bedding, kitab-kitab, pakaian dll)
    • Mengorbankan segala yang ada untuk dibawa.
    • Amal Muzakarah Iman di rumah.
    • Pastikan rumah di hijab dengan langsir yang tebal supaya tidak mudah diintai.
    ** perkongsian yang di copy paste dari blog ainnul mardiah
    ♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

    spontaneous thursday 12


    ♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

    Lirik Lagu Anak Kampung- Jimmy Palikat

    jimmy palikat


    memang aku ini
    anak orang miskin
    tiada apa-apa yang dapat ku berikan
    engkau memang cantik
    memang tidak padan dan tidak sepadan

    aku anak kampung
    tiada pelajaran
    kuli-kuli sahaja
    memang tidak padan
    cantik bah kau itu
    banyak yang tergoda lagi orang kaya

    #tiada keretaku bawa kau jalan-jalan
    rumahku pun tiada
    ada pun bapa punya
    apa lagi belanja
    mahu bayar berian kawin sama kamu

    bukannya ku tidak suka sama kamu
    tapi aku takut hidup kau kan sengsara
    kerna aku cinta aku lepaskan kau
    sama orang lain

    engkau masih muda
    cantik lagi menawan
    janganlah kau cari lelaki macam saya
    engkau memang cantik
    nanti kau menyesal tiada guna

    ♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

    Lirik Lagu Pencinta Terbaik - Sofazr


    Berikan ku peluang terakhir sekali lagi
    Untuk membukti kasih sejujurnya di hati
    Maafkan seandainya cintaku tidak sempurna

    Kaulah insan pertama berpacaran dengan ku
    Dan bersama ku mahu masa depan yang kukuh
    Maafkan seandainya ku masih amatur cinta

    Luangkan diri ini lebih masa
    Melengkapkan kekurangan yang ku ada
    Temankan di kala ku memerlukan bimbingan
    Sehingga diriku menjadi pencinta terbaik

    Bukan dengan sengaja tidak cukup prihatin
    Ku harap kau bersabar dan rasa lebih yakin
    Maafkan seandainya ku masih amatur cinta

    Luangkan diri ini lebih masa
    Melengkapkan kekurangan yang ku ada
    Temankan di kala ku memerlukan bimbingan
    Sehingga diriku menjadi pencinta terbaik

    Maafkan seandainya ku masih amatur cinta

    Luangkan diri ini lebih masa
    Melengkapkan kekurangan yang ku ada
    Temankan di kala ku memerlukan bimbingan
    Sehingga diriku menjadi pencinta... ooo
    Pencinta terbaik

    ♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

    Wednesday, April 18, 2012

    menang voucher tupperwear.. yippie !!

    wahh bertahun mama lynn blogging 1st time menang contest. pertama2nya nak ucapkan terima kasih bebanyak kat owner blog shidah TUPPERWEAR yang create contest ni. rasa berbunga2 ni. percaya atau tidak tengok la komen dari shidah kat link contest ni. dan boleh juga intai2 kat entri terbaru dari shidah TUPPERWEAR ni jugak .



    p/s : urmmm x sabar nak dapatkan voucher tu. yeahhh mama lynn menang . senyum
    ♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

    wordless wednesday 11

    buai laju-laju
    p/s : memori yang sentiasa bermain diingatan
    ♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

    Tuesday, April 17, 2012

    mood : balas dendam blogging


    ketika entri ni ditulis mama lynn rasa terbalas juga kerinduan untuk blogging. kalau diikutkan semalam sempat mama lynn buat entri pendek. sekadar paparan gambar 2 anak kesayangan mama lynn tu. mood berblogging lately ni agak down a.k.a malas. rasa tak mampu nak create sebarang entri untuk menarik kunjungan dari blogger2 kat luar sana.

    kalau korang perasan jugak, dah lama rupanya mama lynn tak join sebarang contest, giveaway dan bersegmen bersama rakan-rakan blogger. semalam ada juga di tag untuk bersegmen tapi tak tahu la kenapa mood malas tu membuak2. kesian kan pada kawan2 yang rindukan mama lynn. wahhh mood perasan pulak yang datang.

    mood mama lynn sekarang ni more to editing gambar-gambar lama. tu pun setelah mama lynn dapatkan software photoscape daripada adik mama lynn. mama lynn ni bukan la orang yang pro dalam bidang ni. buat editing pun sekadar suka-suka. banyak sangat gambar yang mama lynn ambil the end perap dalam cd je. plan nak cuci tertangguh sampai sekarang. kononnya nak pilih gambar-gambar terbaik la untuk dicuci. sebagai permulaan ni mama lynn teringin nak satukan gambar 2 orang anak  kesayangan hati mama lynn tu dalam album. at least ada jugak untuk dikenang bila diorang dah besar nanti.

    mama lynn masih suka berblogging, rasa dah sebati dalam diri ini untk berkongsi sebarang cerita dan berita di blog ni. untuk menghasilkan entri-entri yang boleh meninggalkan kesan di hati orang semestinya perlu menulis dalam mood yang penuh ilmiah dan lapang dada. kalau setakat tangkap muat orang pun jadi bosan untuk singgah. insya Allah mama lynn cuba memberikan yang terbaik. susah sangat ke nak blogging ni ?? setiap orang ada pandangan mereka tersendiri.

    untuk mengubat hati nan rindu ni , mama lynn nak kongsikan gambar2 yang mama lynn sempat edit. biar gambar tak cantik asalkan memorinya berbaloi untuk diri ini.
    zahir , masa ni baru setahun ++


    nurul diana

    anak menakan mak lang a.k.a arissa

    my kids
    kenduri kawin @ kg tok muda


    ♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

    Monday, April 16, 2012

    rindu : urmmm rindu sangat



    entri pendek + malas nak blogging. ekceli rindu sangat2 kat 2 orang insan dalam gambar kat atas ni. hanya Allah je yang tahu perasaan hati mama lynn saat ini. urmmm ..
    ♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

    Friday, April 13, 2012

    ‎22 Sebab Malaikat Rahmat tidak akan memasuki rumah anda

    
    
    gambar : ihsan dari yahoo

    1. Rumah orang yang memutuskan hubungan Silaturrahim.
    2. Rumah orang yang memakan harta anak yatim secara haram.
    3. Rumah yang memelihara anjing.
    4. Rumah yang banyak menyimpan gambar yang mencerca Para Sahabat Nabi, orang yang telah mati dan sebagainya.
    5. Rumah yang mengumandangkan nyanyian yang memuja selain daripada Allah SWT.
    6. Rumah yang sering meninggikan suara.
    7. Rumah yang didiami mereka yang syirik kepada Allah SWT seperti tukang tilik, ahli sihir dan nujum.
    8. Rumah yang menggunakan perhiasan daripada emas seperti pinggan dan mangkuk daripada emas.
    9. Rumah yang makan makanan yang berbau seperti bauan rokok, perokok, penagih dadah.
    10. Rumah yang didiami mereka yang sentiasa bergelombang dengan maksiat.
    11. Rumah yang didiami mereka yang melakukan dosa-dosa besar.
    12. Rumah yang didiami mereka yang derhaka kepada kedua ibu bapa.
    13. Rumah pemakan riba.
    14. Rumah yang mengamalkan budaya syaitan seperti kumpulan rock.
    15. Rumah yang memiliki patung-patung.
    16. Rumah yang memiliki loceng seperti loceng gereja.
    17. Rumah yang didiami peminum arak.
    18. Rumah yang mempercayai tukang tilik.
    19. Rumah yang didiami mereka yang mendapat laknat Allah SWT, pemakan rasuah, pemberi rasuah dan mereka yang mengubah kejadian Allah SWT seperti wanita yang mencukur bulu kening, wanita yang memakai gelang atau rantai di kaki.
    20. Rumah yang didiami mereka yang berhadas besar tanpa mandi Janabah/Junub.
    21. Rumah yang melakukan pembaziran ( berhias dengan berlebihan ).
    22. Rumah yang melakukan maksiat di dalamnya.


    ♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

    breakfast dengan chicken mc muffin

    ape lak paper bag M yang mama lynn pegang tu ?? haha lagi mau tanya ker !! hari ni dapat jugak singgah mc donald untuk tapau breakfast. ala carte je pon.chicken mc muffin yang tengah promo tu. rm 2.50 je pun. after tax rm 2.65. wahhh semangat kan nak makan . hari ni mama lynn pergi kerja alone cos mak mama lynn bercuti so sempat la ikut jalan yang ada mc donald kat sek 3, shah alam ni.

    teruja macam budak kecik. jangan ada yang meluat dah. yang pasti promo ni sampai 22 hb april sahaja. kalau x silap mama lynn lah. okeyh ada lebih kurang seminggu 2 hari. apa lagi.... jom lah ke mc donald.



    mood : yeahhh dapat jugak breakrast mcD pagi ni

    mood : sebelum dibuka (tak sabar)

    yummy.... okeyh jom makan

    ♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

    wanita : apa yang perlu anda tahu tentang kami

    gambar : ulang tayang
    1.Bila seorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

    2.Bila dia tidak menghiraukan kamu setelah kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia waktu untuk menenangkan hatinya sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

    3.Wanita susah untuk mencari sesuatu yang dia benci tentang orang yang paling dia sayangi (karena itu banyak wanita yang patah hati bila hubungannya putus di tengah jalan).

    4.Jika seorang wanita jatuh cinta dengan seorang lelaki,lelaki itu akan sentiasa ada di pikirannya walaupun ketika itu dia sedang bersama dengan lelaki lain.

    5.Bila lelaki yang dia cintai merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!

    6.Wanita memang menyukai pujian tetapi selalu tidak tahu cara menerima pujian.

    7.Jika kamu tidak suka dengan gadis yang menyukai kamu setengah mati, tolak cintanya dengan lembut, jangan berkasar dengannya karena ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tidak akan tahu bila dia telah membuat keputusan, dia akan melakukan apa saja.

    8.Jika seorang gadis sedang menjauhkan diri darimu setelah kamu tolak cintanya, biarkan dia untuk seketika. Jika kamu masih ingin menganggap dia seorang kawan, cubalah tegur dia secara perlahan-lahan.

    9.Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik, puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

    10.Jangan sesekali beritahu kepada perempuan tentang apa yang membuat mereka langsung merasa tidak berguna.

    11.Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

    12.Bila pertama kali lelaki yang dicintainya sedang memberikan respon positif, misalnya menghubunginya melalui telepon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat, tetapi sebenarnya dia akan berteriak kerana gembira dan tak sampai sepuluh minit, semua kawan-kawannya akan mengetahui berita tersebut.

    13.Sebuah senyuman memberi seribu arti bagi wanita. Jadi jangan senyum sembarangan kepada wanita.

    14.Jika kamu menyukai seorang wanita, mulailah dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu lebih dalam.

    15.Jika seorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar, tinggalkan dia karena dia memang tak berminat denganmu.

    16.Tetapi jika dalam waktu yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.

    17.Jangan sesekali meneka apa yang dirasakannya. Tanya dia sendiri!!

    18.Setelah seorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya mengapa aku tidak bertemu lelaki ini lebih awal.

    19.Kalau kamu masih mencari-cari cara yang paling romantis untuk memikat hati seorang gadis, bacalah buku-buku cinta.

    20.Bila setiap kali melihat foto bersama, yang pertama dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah dirinya sendiri.

    21.Bekas kekasihnya akan selalu ada di pikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat yang teristimewa di hatinya!!

    22.Satu ucapan 'Hai' saja sudah cukup menceriakan harinya.

    23.Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

    24.Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata untuk memikat kawan mereka yang lebih cantik.

    25.Cinta berarti kesetiaan, jujur dan kebahagiaan tanpa syarat.

    26.Semua wanita menginginkan seorang lelaki yang dicintainya dengan sepenuh hati.

    27.Senjata wanita adalah airmata!!

    28.Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya memberi surprise buatnya (hadiah, bunga atau sekadar kata-kata romantik). Mereka akan terharu dan merasakan bahwa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini dia tidak akan ragu-ragu terhadapmu.

    29.Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang memberi perhatian padanya dan baik terhadapnya. So, kalau ingin memikat wanita pandai-pandailah.

    30.Sebenarnya mudah mengambil hati wanita karena apa yang mereka inginkan hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.

    ♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

    Thursday, April 12, 2012

    spontaneous thursday 11


    ♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

    dari dapur mama lynn

    mama lynn ni kalau tak buat entri pasal makan mesti tak sah kan. ni menu makan tengahari ahad lepas. saje je perap cos 2-3 hari lepas tak berapa ada mood untuk blogging. mungkin perasaan hati ni yang sangat teringat kat orang jauh. kalau bab perasaan ni sapa pun tak dapat nak menipu kan. dalam hati mana-mana pun sure ada taman. hak hak... buat lawak la plak di pagi hari ni. ade ke yang nak gelak.

    berbalik pada menu lunch ni, mama lynn punya la fikir nak masak apa yang best untuk adik2 mama lynn yang balik bercuti. pagi2 dah kena pegi pasar sorang2. anak2 dara tu biasa la , kalau balik rumah selagi matahari tak meninggi susah sangat nak kejutkan diorang. pikir punya pikir mama lynn pun beli ikan keli, kubis dan ikan merah (rasanya la). masa membeli tu tak lak terfikir nak masak apa bahan2 ni ... dah kat rumah mak baru terfikir.

    mama lynn tak la pandai ke dapur sangat tapi minat untuk belajar masak tu ada. mungkin belum di asah lagi. tengok orang lain masak semuanya mengancam, siap ber "western" food lagi. urmmm lepas ni boleh la belek2 buku masakan. sambil membaca sambil belajar.

    jom tengok menu yang mama lynn masak sorang2 kat dapur ahad lepas.


    ikan keli berlada

    sayur kubis masak lemak

    sup ikan

    3 menu 3 rasa

    ♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

    Tuesday, April 10, 2012

    kontroversi versi zed zaidi

    urrmmm .. tak sempat nak hupdated tentang ABPBH. mama lynn tahu semua pun da sedia maklum siap yang menang malam tu kan. ape pun jom kita tengok balik siapa bintang2 popular kat malaysia ni.

    Artis Berkumpulan / Duo Popular : Jacklyn Victor, Ning Baizura & Shila Amzah
    Artis Baru Wanita Popular : Tasha Shilla
    Penyampai Radio Lelaki Popular : Faizal Ismail
    Artis Komedi Wanita Popular : Didiey Alias
    Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat : Dato’ Sheila Majid
    Pengacara TV Lelaki Popular : Zizan Razak
    Artis Baru lelaki Popular : Johan Asaa’ri
    Pelakon TV Lelaki Popular : Fizz Fairuz
    Penyampai Radio Wanita Popular : Fara Fauzana
    Pengacara TV Wanita Popular : Fara Fauzana
    Artis Komedi Lelaki Popular : Johan Raja Lawak
    Anugerah Seri Perak : Dato’ Siti Nurhaliza
    Penyanyi Lelaki Popular : Hafiz
    Pelakon TV Wanita Popular : Fasha Sandha
    Penyanyi Wanita Popular : Yuna

    siapa yang menang tak jadi isu besar. mama lynn rasa ini semua rezeki mereka yang selama ini bekerja keras dalam industri hiburan ni. tapi yang jadi isu besar bila zed zaidi telah mengeluarkan kenyaatan beraninya melalui laman twitternya. untuk memastikan samada isu ini sahih atau tidak mama lynn sempat menjengah ke blog zed zaidi sendiri. meriah kolum2 hiburan dengan isu kewarganegaraan.

    impak penulisan zed zaidi di blog juga telah menyebabkan ramai memberi feedback negatif. mama lynn tak mampu nak meninggalkan sebarang komen di situ kena lebih baik kita berdiam dari memarakkan bara api.

    jom singgah ke blog zed zaidi dan anda akan tahu sendiri luahan hati timbalan presiden seniman. buat aaron aziz... "aaron layak terima anugerah tu "



    ♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

    kuih tradisi

    kali ni entri pendek je. sekadar nak publish kuih tradisional melayu yang mama lynn masak sendiri. hobi masa lapang mama lynn adalah memasak . either belajar resepi baru atau cuba resepi sedia ada. nak buat yang grand2 nan hado la cos kemahiran pun tak berapa lagi. 

    ahad lepas sempat jugak buat kuih ketayap ngan kuih bom. macam mana tergoda tak ?? ekceli both pun guna inti yang sama. so x payah la nak pikir nak cari ramuan lain. mujur juga kat umah mak mama lynn tu ada sikit tepung pulut. just beli bijan, kelapa ngan gula merah je. urmm lepas ni nak buat kuih apa pulak eh ?




    kuih ketayap

    kuih bom

    hasil tangan mama lynn

    ♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

    Monday, April 9, 2012

    nota cinta saya

    sayang sangat kat dia
    urmmm .. malu lak  rasa 
    luah rasa cinta dari hati
    hahaha....
    sekadar meluah apa yang terbuku dalam hati
    even si dia bukanlah pembaca setia di sini
    semoga dia tahu betapa dalamnya rasa kasih dan sayang ini padanya
    kerna itu lah rasa yang tulus ikhlas
    dari seorang isteri untuk suami
    susah @ senang jangan pernah mengalah
    mahu sentiasa ada untuknya

    ♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

    taman botani negara

    entri panas tak panas. sekadar masa bersosial bersama dengan ahli keluarga yang dicintai. sabtu lepas sempat meluangkan masa ke taman botani negara yang terletak di seksyen 8, shah alam. sangat best moment kat sana cos baru kali ni lah dapat spend masa ngan adik2 yang kebetulan balik bercuti (mid term). esok diorang dah nak pulang ke kolej semua memandangkan final exam pun makin menghampiri. bukan sahaja adik2 mama lynn yang follow tapi mak dan bff mak pun turut join sekali + si kecik kesayangan hati afif fikri (anak buah).
    cerita pasal exam comfirm la masing2 rasa tak fully ready…. biasalah mama lynn dulu dah merasa pun saat2 genting macam ni. so untuk relakskan minda tu spend la masa sejam dua kat tempat2 macam taman botani ni. sekurang2 nya dapat hirup udara fresh. yang paling best dapat berjalan kaki sambil menikmati keindahan alam ciptaan Allah. sedangkan anak buah mama lynn yang baru berumur 2 tahun setengah tu pun tak merasa penat, rasa malu la plak kalau sekadar naik train je.
    sempat jugak singgah ke rumah iklim 4 musim. kali ni musim bunga. rasa macam kat luar negara la plak. kalau dulu mama lynn dah merasa ngan iklim sejuk (salji) kali ni cuci mata ngan pemandangan yang cukup cantik. siap ada kincir air lagi. teruja jugak tapi tak puas bergambar cos ramai jugak pengunjung yang datang.
    teringat plak kat burung kakak tua. orang kata burung spesies ni boleh bercakap. ekceli tak pernah tengok depan mata pun selama hari ni. selalu tengok kat tv. rasa awesome sangat burung kakak tua boleh bagi salam then buat bunyi binatang yang pelbagai. once kita buat bunyi kucing dia ajuk, mama lynn gelak pun dia ajuk. hebat sangat ciptaan Allah ni.

    tulis entri panjang2 tak best jugak kan kalau tak tengok gambar… jom kita tengok apa yang menarik kat taman botani tu….
    mama lynn & shah a.k.a bf wani
    mama lynn yang dah makin bam bam
    sister : myra kamarul
    location feveret
    mummy & afif
    haha dak shah tetap nk enterprame kan
    skandal ?? hope kali ni kekal hendaknya
    sweetheart....afif fikri
    saya gemuks.. ahaks malu
    mummy & kakak with afif
    sama kan  ? rabun
    terasa comel lak berdiri di situ
    @ rumah iklim
    awesome
    sangat awesome
    senyum ;) sempat peace yaww
    mama & afif again
    my mak & bff (cik jah)
    anak dara kesayangan ;)
    sama cantik kan
    extra comel lepas bloom
    yes... afif pandang kamera
    mama & luvly afif, again & again


    p/s : dak lelaki dalam gambar di atas tu bf adik bongsu mama lynn . hope jangan ada yang buat andaian negatif. sekadar bergambar je pun.

    ♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

     
    copyright © 2013 to Mama Lynn | design by Aida Omar