Followers

Monday, March 5, 2012

status diri jadi persoalan

punya berani officemates mama lynn tanya soalan daring either mama lynn ni bujang atau dah berkahwin. rasa nak tergelak pun ada. kalau soalan tu diajukan pada muda mudi yang masih bergetah dan solid boleh jugak la di jawab belum. bila soalan tu ditanya pada mama lynn yang sihat walafiat ni (chubby) rasa nak tergelak pun ada. aisehhh kadang2 terdetik jugak di fikiran, mama lynn ni tak jaga behave ke as isteri orang. rasanya mama lynn sentiasa je jaga tingkah laku diri supaya tak timbul fitnah di mata orang. lagi2 bila tinggal berjauhan dengan suami, lagi lah mama lynn kena pandai bawa diri.



sebelum ni ada gak adik2 praktikal kat office ni tanya status diri mama lynn. mula2 tu mama lynn layankan je bila diorang cakap mama lynn ni bujang. bukan apa sengaja nak mengusik. d end diorang sendiri terkejut bila mama lynn cakap mama lynn dah kahwin since 2009. mungkin juga kadang2 sikap mama lynn yang selamba @ childish (pada mata diorang kot) membuatkan terjadinya salah tafsiran.



rasanya tak perlulah mama lynn exposedkan diri dan keluarga terlebih2. barangkali orang nak mama lynn bercerita tentang suami setiap masa?? urmm rasanya kurang sesuai begitu. cerita rumahtangga tu biarlah jadi rahsia antara mama lynn dan en suami. tak nak terlalu bercerita tentang suami membuatkan orang bercakap2 di belakang diri ini. lagipun pengalaman hidup ini cukup mendewasakan diri. alhamdulillah kami sudah bersama untuk 2 tahun 8 bulan ni. mama lynn sentiasa mengucapkan syukur di atas limpahan nikmat dari Nya. kerana Dia juga kami masih lagi bersama. insya Allah.



hope lepas ni jangan ada sesiapa yang ragu2 ngan status mama lynn. terasa macam anak dara tua pulak bila orang tanya soalan dah kahwin @ belum. dalam usia nak masuk 29 tahun ni hanya impian memiliki zuriat sendiri yang mama lyn belum dapat capai. doakan amam lynn okeyh.. amin.


♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

2 pesanan kasih sayang:

  1. waahh..mama lynn nampak mude kot..de tips tak nak share..hehe

    ReplyDelete
  2. xde la... rasa macam sindiran pun ada bila org tanya soalan da kawin ke belum.. hik hik

    ReplyDelete

 
copyright © 2013 to Mama Lynn | design by Aida Omar