Followers

Friday, March 30, 2012

rumahku syurgaku

home sweet home


kat rumah ni la mama lynn menginap. rumah teres satu tingkat yang masih belum ada tanda-tanda untuk mama lynn buat renovation memandangkan bajet pun nan hado. mama lynn dah beli rumah ni lebih kurang 5 tahun. alhamdulillah even sekadar teres setingkat + beli pun bukan lah rumah baru dah rasa bersyukur sangat2. dapat juga merasa duduk rumah sendiri dari menyewa.

ekceli gambar ni mama lynn ambil jumaat lepas. ni pun selepas sesi mengemas laman dilakukan. perasan kan pembakaran terbuka rumput2 tu. hehehe biasa la, kerja rutin 2-3 bulan sekali. dah meninggi rumput, da transform jadi lalang baru la dimesin.

mama lynn bercadang if bajet mengizinkan by next year mama lynn nak buat sedikit renovation kat umah ni. dapat sambung depan sikit buat tempat parking kereta pun jadilah. kalau sambung depan ni pun tak memerlukan bajet yang besar cos both jiran mama lynn dah sambung rumah mereka. x yah la kuar bajet untuk ikat batu sangat. fikir bahagian depan ngan gate je.

intai lagi apa yang ada tu... haha kalau korang nak tahu pasu bunga coklat ngan biru tu dah lama tersadai macam tu je depan rumah. mama lynn terasa lak nak menanam pokok bunga dan bercucuk tanam tapi aiseh malas dia melampau2 pulak sekarang ni. urmm hope hajat hati ni tercapai hendaknya. kalau nak dikira2 ada lebih kurang 7-8 pasu bunga lagi yang boleh diguna pakai semula.

rumah ni tak kira besar , kecil semua tu rahmat dari Allah. kalau murah rezeki dapat la duduk umah mewah + besar. janji kita masih tidur berbumbungkan atap. bersyukur dengan apa yang ada. insya Allah hidup kita pasti kan bahagia. kalau nak fikir kenapa la kita ni tak hidup mewah macam orang lain cuba pandang pulak orang yang hidup susah. betul tak ?


♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

3 pesanan kasih sayang:

  1. ok la tu ..brsyukur apa yg ada..ada rezeki bleh tambah2 sikit2..insyAllah..nnt bleh la nak dtg jln raya ni..hehe

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

 
copyright © 2013 to Mama Lynn | design by Aida Omar