Followers

Thursday, March 1, 2012

mama lynn gembira

sekejap je kan masa ni berlalu. hari ni dah masuk hari ke 2 dalam bulan mac. wahh perjalanan kita di tahun 2012 ni cepat sungguh rasanya. pejam celik dah masuk bulan ketiga. kuasa Allah juga kita semua masih terus bernyawa. bersyukur sangat-sangat dengan limpahan rahmat dari Nya.



mama lynn gembira !!! aik kenapa gembira sangat ni ?? jujur masa lynn rasa happy cos blog baru mama lynn ni makin ramai yang datang berkunjung. dan follower blog ni dah pun capai 103 orang dalam masa 2 bulan ni. sangat2 memberansangkan buat diri ni. even blog lama mama lynn dulu 2 tahun lebih blogging baru dapat capai 297 follower. even blog ni masih baru di mata umum, mama lynn rasa bangga dan gembira memilikinya. even tak semegah blog orang lain at least mama lynn dapat capai apa yang mama lynn idam2 kan.


gambar : ihsan dari yahoo


lepas ni kena la kerja keras sikit kan. blogging bukan la jalan untuk mencari populariti tetapi kita ikhlas berkongsi ceritera kehidupan kita kepada umum. insya Allah mama lynn tak pernah patah semangat untuk blogging kerna mama lynn bukan dilahirkan untuk berkarya dengan novel atau cerpen tetapi untuk menulis di blog ini.



buat semua yang dah follow terima kasih di atas support yang korang berikan. apa yang penting dalam kita menambah kenalan dalam masa yang sama juga kita menambah ilmu di dada. insya Allah.

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

2 pesanan kasih sayang:

  1. takpe..slow2 berblogging...bukan jumlah follower yg dikejar..tapi kepuasan diri dalam berblogging..:)

    ReplyDelete
  2. thanks linda... tu dah tentu. yg penting org suka singgah kat sini

    ReplyDelete

 
copyright © 2013 to Mama Lynn | design by Aida Omar