Followers

Thursday, March 8, 2012

kisah cuai mama lynn

x pandai nak bercerita pasal kereta tetapi mama lynn nak bercerita tentang kecuaian mama lynn ketika memandu. kenapa la malang sangat untuk kedua kalinya ni. bulan 1 aritu mama lynn da buat rim kereta abah mama lynn bengkok. lubang kat manalah yang mata ni boleh tak nampak. urrmmm rasanya kat jalan kapar. dah la masa tu lak abah mama lynn admit kat kpj, shah alam cos kena buat operation appendiks. stress jugak la dibuatnya.



kali ni mama lynn terlanggar lagi lubang tapi kat jalan meru. persiaran hamzah alang tu memang agak gelap. dalam keadaan nak cepat mama lynn dah ter"cuai" sekali lagi. kebetulan plak masa kena tu mama lynn agak keletihan. sedih la rim tayar bengkok lagi. mujur la kali ni tak teruk. sikit pun g anta repair terbang jugak la rm45. jangan kedai tu menipu dah. masa pertama kali kena tu tak boleh nak repair kat kedai so diorang hantar g kilang. kena la charge tinggi sikit rm 80. rim kereta tu dah la makin tak cantik cos ade kesan calar. tambah lak kena ketuk balik, color pun da berubah. aisehh sangat tak cun dipandang.



lepas 2 kejadian ni rasa mama lynn dah jadi fobia tengok lubang atas jalan. mata ni memang kena allert pandang atas jalan. tak nak dah pisang berbuah 3 kali. xde hasil pun kan. kalau ikutkan memang la salah mama lynn kerana cuai tapi mpk pun salah jugak. asal la jalan diorang tak di repair. kalau buat aduan karang kata jalan tu jalan jkr pulak. esok2 dah jadi eksiden baru nak repair kot. disebabkan mama lynn ni kerja kat jab kejuruteraan , mbsa....mama lynn paham jugak la kerja2 membaikpulih muka jalan ni. hahaha...sape nak tolong jawab ni.



x pasal2 duit terbang untuk hal remeh temeh camni. yang pasti jangan la terikut ngna sikap cuai mama lynn ni. lepas ni mama lynn memang comfirm akan lebih berhati-hati. bak kata orang biar lambat asal selamat.

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

No comments:

Post a Comment

 
copyright © 2013 to Mama Lynn | design by Aida Omar