Followers

Friday, March 16, 2012

dah jumaat !!

assalamualaikum....

wahh dari hari jumaat. kejap sangat masa berlalu. yang pasti esok dan lusa dapat la mama lynn rehatkan diri. hari ni dah pun masuk 16 mac. ini bermakna lagi 6 hari kakitangan awam akan menerima imbuhan bulanan mereka. wahh cakap pasal duit ni memang berkobar2 kan + happynya mereka dapat bayaran balik kenaikan gaji dari bulan januari. mama lynn tak dapat nak merasa cos officer kami dah pun bayar gaji baru awal2 lagi.

dah tengah bulan ni kewangan pun agak kritikal. rasa nak meraung pun ada tapi kena la sabarkan diri. salah sendiri jugak kerana tak pandai nak kawal perbelanjaan bulanan. time2 macam ni la baru merasa nak makan mee segera. kalau tak awal2 gaji bantai makan yang sedap2 je kan. sape lak cakap mee segera tak sedap. kalau pandai masak memang sedap sangat. lagi2 kalau tumis ngan bawang ngan cili padi . letak plak telur. makanan murah boleh jadi mahal.



.: menu makan malam rabu lepas : maggi kari + air blackkurrant :.




mama lynn sangat tak kisah bab makan ni. macam malam tadi sekadar masak nasi goreng ala kampung + hati ayam goreng (letak bawang ngan cili padi). makan macam ni pun dah rasa nikmat. hehee suka pulak bercerita tentang makan kan.

mama lynn dah selamat menghabiskan membaca bab terkahir my love playgirl . mujur la ending dia ada juga bahagia. tapi novel ni memang buat korang rasa nak tergelak sorang2. jujur mama lynn katakan pengunaan bahasa dalam novel ni memang sempoi habis. tahniah untuk novelis siti nur dhuha kerana berjaya membuatkan mama lynn puas dalam pembacaan.


aktiviti untuk 2 hari cuti ni masih tidak dirancang lagi. memandangkan poket mama lynn pun agak kosong, so better rehatkan diri di rumah sahaja. sambil tu boleh la buat aktiviti mengemas rumah pulak. hari bekerja memang kurang ambil port hal2 kat rumah cos balik kerja dah penat. waktu malam pulak mama lynn gunakan either untuk berehat @ menonton tv.


membebel panjang la plak pagi2 hari ni.dah nak kena stop blogging jap. hahaha hari ni kena fokus lebih sikit ngan kerja kat ofis ni. chaiyok !!! jangan malas2 lagi .

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

No comments:

Post a Comment

 
copyright © 2013 to Mama Lynn | design by Aida Omar