Followers

Monday, March 19, 2012

bosan vs sibuk !!

sibuk !!! wah macam la kerja as a pembantu tadbir kat mbsa ni sibuk sangat. ape lah sangat kerja pt kan kalau nak compare ngan jawatan gred 27 dan ke atas. pandang sebelah mata pun belum tentu sudi. (bunyi macam kecewa sangat je). xde ape pun nak dikecewakan cuma lately ni agak penat fikirkan kerja. even kerja mama lynn tak la bussy sangat tapi as a government staff kena la bagi komitmen yang tinggi. lagi2 bila melibatkan pelanggan. even cakap ngan public through phone je kena la ngan full manners. tak nak dituduh pekerja sektor awam ni tak beretika.

kadang2 fikir, bosannya kerja ngan orang ni. hari2 buat kerja yang sama. kalau la mama lynn mampu set up my own business kan best. dan dapat pulak buat kerja yang berbeza setiap hari , mesti tak bosan. tapi sebenarnya lagi bosan bila duduk kat umah tu sorang2. unless la kalau ada anak nak temankan mak dia ni kan. ape pun , mama lynn bersyukur seadanya dengan apa yang Allah berikan. baik atau buruk semuanya ada hikmah yang tersendiri. kerja kat mana2 pun sama. kena jugak jaga prestasi + peribadi.

bosan kan cerita pasal kerja ni. isnin till jumaat asyik dengan kerja je. mujurla mama lynn off duty sabtu ngan ahad. dapat gak la melapangkan minda ni. boleh la lari dari kenyataan hidup yang bosan tu. dan mujur juga ada 2 orang perwira yang sudi membuat mama lynn tersenyum. kadang2 bila rindukan insan yang jauh di mata hanya anak2 buah la penawarnya. terasa masa tu lah senyuman yang ikhlas betul2 hadir. susah jugak kan berjauhan ni. manalah tak bertambah bosan. wahhh entri petang2 ni sangat la bosan untuk dibaca. apatah lagi mama lynn yang nak menulis ni. terasa bosan la sangat.

hope mama lynn akan berada dalam comfort zone selepas ini. either dalam sudut kerjaya atau peribadi. nak senyum dengan penuh keikhlasan + bekerja dengan rasa kegembiran. insya Allah.. luv to be me & bersyukur dengan segala pemberian Nya.
p/s : rindu sangat dak kecik dalam walker tu. alahai anak mak

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

No comments:

Post a Comment

 
copyright © 2013 to Mama Lynn | design by Aida Omar