Followers

Thursday, March 1, 2012

boleh tak saya tak mahu menangis

terpanggil untuk menulis entri yang agak beremosi di petang jumaat ini. emosi mama lynn sedikit terganggu kerna gangguan suara seorang insan yang seolah2 melenting. urrmmm mama lynn kah yang bersalah ? kenapa selalu je muka ni jugak yang di label pesalah yang terus menerus dihukum.penat juga minda ni berfikir. kenapa bila kita ikhlas orang tak pernah nak menghargai kita ? kenapa bila kita jujur orang membenci kita? penat juga mama lynn berusaha dan berusaha tanpa rasa patah semangat. tetapi terkadang hati ni jadi rapuh. kecewa kerana segala usaha mama lynn tak bermakna apa2 di mata mereka.



mama lynn bukan yang pendendam apatah lagi pembenci. kalau hati ni terguris sekalipun mama lynn berusaha untuk pulihkan dan menceriakannya kembali tetap dalam keadaan tertentu dimana mama lynn tak mampu nak pandang wajah orang tu secara berdepan, janganlah berkecil hati. mama lynn cuma kadang2 tak oleh lupa apa yang orang tu buat pada diri ni. kadang2 orang suka memperlekehkan @ menjatuhkan maruah kita. mama lynn bukan nabi yang maksum atau bukan alim ulama yang tiada hati @ perasaan. mama lynn hanya makhluk Allah swt yang kerdil.


moga Allah memberikan jalan buat diri ini. kita sendiri tak dapat nak jangka bila kita kan di jemput pulang ..... kenapa kita nak bermusuh seolah2 kita akan hidup 1000 tahun lagi. esok belum pasti ada untuk kita. kenapa kita tak berusaha memperbaiki ukhuwah sesama kita. mama lynn tak mahu terus menerus di hukum kerna diri ini tidak pernah merosakkan @ memusnahkan kehidupan orang lain.




gambar : ihsan dari yahoo



mama lynn rasa nak menitik air mata ni tapi sebolehnya diri ni tak mahu dilihat menangis. moga Allah swt menetapkan iman diri ini. mama lynn tak mahu menyimpan apa2 rasa kurang senang atau membenci sesama makhluk. mama lynn sayangkan semua yang ada disekeliling diri ni. bukan senang rupanya nak menjadi diri ni. banyak sangat rintangan dan ranjau dan pahit maung yang perlu mama lynn tempuhi.



doa mama lynn buat insan tersebut moga hati kita semua kan menjadi mesra dan saling menghormati antara satu sama lain. percayalah kita bukan sendiri di atas dunia tetapi bila 7 langkah kaum keluarga kita meninggalkan kita di dalam pusara nanti, pastikan kita tinggal sendiri. moga Allah swt mengampuni segala dosa kita.

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

3 pesanan kasih sayang:

  1. mama lynn jangan bersedih.. semua nie dugaan yang ada hikmahnya barangkali.. senyum pless :)

    ReplyDelete
  2. Mama Lynn! Jom join giveaway "Mari undi Mena!" Aminah (Mena) adalah seekor kucing. Hadiah menarik menanti anda. Hadiah akan ditambah lagi dari masa ke semasa! ;)

    http://www.medeaz.com/2012/03/mari-undi-mena.html

    ReplyDelete
  3. aida : thanks bg mama lynn support. skrg mood da okeyh balik

    mediha : orite. mama lynn cuba lapangkan masa utk join okeyh

    ReplyDelete

 
copyright © 2013 to Mama Lynn | design by Aida Omar