Followers

Wednesday, March 28, 2012

balik kampung... sedim

penat rasanya perjalanan pulang dari kulim ke klang semalam. paling membuatkan mama lynn letih bila terpaksa duduk dalam bas dari pukul 1 petang sehinggalah 8.50 malam. terasa jauh sangat perjalanan pulang padahal kalau ikutkan 5-6 jam pun dah boleh sampai. urrmmm manakan perjalanan tidak mengambil masa yang lama. banyak sangat stop area, drop area. turunkan orang kat kl, shah alam then baru klang. mujurla kesabaran diri ni masih tinggi lagi.
happy… of course mama lynn happy dari sabtu lepas till semalam. masakan tidak, dapat spend masa dengan suami yang tersayang. kalau tidak sorang kat utara sorang kat kapar ni. masa yang ada tu memang mama lynn cuba gunakan sehabis baik. dah lama jugak la tak spend masa macam ni.

balik kampung kali ni mama lynn tak la dapat nak masak untuk en suami sangat memandangkan kami lebih banyak tapau makanan kat luar + ngan aktiviti yang agak padat . asyik makan nasi bungkus je + rezeki mencurah2 pulak ngan adik ipar mama lynn belanja kami sekeluarga isnin yang lepas.

tak bosan langsung pun stay kat kampung... ahad lepas, en suami dan mama lynn menemani ibu mertua yang ada urusan di pejabat tanah baling. cuaca tersangat la terik.. en suami lak bila dah bosan tu duk masuk keluar pasar ahad yang kebetulan dekat ngan pejabat tanah. bila rasa da tak larat sangat nak tunggu mama lynn ngan sepupu2 en suami decide g lepak kejap kat umah pak long di kg iboi, kupang. en suami plak menjadi penunggu setia ibu mertua mama lynn. kebetulan ramai pak menakan dan mak menakan en suami ada sekali so pandai2 la en suami nak balik nanti.

mama lynn suka sangat berada di kupang. suasana sawah padi dia buat mama lynn feel best sangat. sangat teruja ngan suasana kampung. sempat jugak beli kopi kampung buatan tangan ibu saudara en suami. balik daripada kupang kami sempat jugak singgah kat pasar malam, kepala titi sedim. sambil cuci mata intai2 jugak apa yang menarik untuk dijadikan makan malam. hehehe memang x sempat la nak memasak + masing2 dah lapar balik.

rasa best jugak bila dapat outing ngan ibu mertua , adik ipar dan tok (nenek en suami) . kalau belah mama lynn pangkat datuk saudara dan nenek saudara tu adalah tapi belah suami nenek dia masih ada. tok plak a bit sporting. terasa outing 3 generasi memang happy. kalau ada anak2 mesti lagi meriah. dah jadi 4 generasi lak.

panjang pulak cerita mama lynn ni. kali ni jom intai2 pic yang mama lynn sempat ambil sepanjang berada di kampung. untuk next entri mama lynn nak introduce sepupu2 belah en suami lak. jangan terkejut bila salah sorang dari mereka sebijik macam muka actress popular. tunggu …..



by yazhar, brother in law
3 generasi, love this pic
ibu mertua dan tok (nenek en suami)
sempat jugak pose
dua bersepupu, haa ni cousin en suami yang paling kecil. adam (anak pak su)

mama lynn & adam

sawah padi... memang cantik view kat sini


♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

3 pesanan kasih sayang:

  1. bestnyer..seumur idup linda, linda tak penah masuk sawah padi..teringinnyerr..

    ReplyDelete
  2. ekceli , farhana suka gyla kot scene kat sawah padi . nice . tenang . perghh . terbaikk . btw, kalau naik bus meman lambat ,, dri melaka ke johor . kalau ikot kan , 145 o 2 jam da bole smpai . kalau naik bus . 3jam setengah o 4jam bru smpai T.T

    ReplyDelete
  3. linda : pasni ley la singgah ke kedah.. alah paling dekat sekinchan pun ada sawah padi

    farhanamasdo : biasa la public transport. nak drive sendiri a bit leceh so lambat r cepat tpaksa gak tempuh

    ReplyDelete

 
copyright © 2013 to Mama Lynn | design by Aida Omar