Followers

Friday, March 30, 2012

'MAGNOLIA PERT GIVEAWAY 2012'




sila klik banner untuk join


untuk cik adik manis magnolia pert, mama lynn ni gugurl tau.. hik hik . nak jam .... pada yang lain ada masa lagi untuk turut serta. tarikh tamat penyertaan middle of april. jom terjah blog magnolia pert

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

rumahku syurgaku

home sweet home


kat rumah ni la mama lynn menginap. rumah teres satu tingkat yang masih belum ada tanda-tanda untuk mama lynn buat renovation memandangkan bajet pun nan hado. mama lynn dah beli rumah ni lebih kurang 5 tahun. alhamdulillah even sekadar teres setingkat + beli pun bukan lah rumah baru dah rasa bersyukur sangat2. dapat juga merasa duduk rumah sendiri dari menyewa.

ekceli gambar ni mama lynn ambil jumaat lepas. ni pun selepas sesi mengemas laman dilakukan. perasan kan pembakaran terbuka rumput2 tu. hehehe biasa la, kerja rutin 2-3 bulan sekali. dah meninggi rumput, da transform jadi lalang baru la dimesin.

mama lynn bercadang if bajet mengizinkan by next year mama lynn nak buat sedikit renovation kat umah ni. dapat sambung depan sikit buat tempat parking kereta pun jadilah. kalau sambung depan ni pun tak memerlukan bajet yang besar cos both jiran mama lynn dah sambung rumah mereka. x yah la kuar bajet untuk ikat batu sangat. fikir bahagian depan ngan gate je.

intai lagi apa yang ada tu... haha kalau korang nak tahu pasu bunga coklat ngan biru tu dah lama tersadai macam tu je depan rumah. mama lynn terasa lak nak menanam pokok bunga dan bercucuk tanam tapi aiseh malas dia melampau2 pulak sekarang ni. urmm hope hajat hati ni tercapai hendaknya. kalau nak dikira2 ada lebih kurang 7-8 pasu bunga lagi yang boleh diguna pakai semula.

rumah ni tak kira besar , kecil semua tu rahmat dari Allah. kalau murah rezeki dapat la duduk umah mewah + besar. janji kita masih tidur berbumbungkan atap. bersyukur dengan apa yang ada. insya Allah hidup kita pasti kan bahagia. kalau nak fikir kenapa la kita ni tak hidup mewah macam orang lain cuba pandang pulak orang yang hidup susah. betul tak ?


♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

Thursday, March 29, 2012

gurls around

ok ,as i told all of you yesterday, mama lynn nak publish muka2 cousin belah en suami. ekceli blah mak mertua sebenarnya. anak2 dara yang baru tamat sekolah dan masih dalam sekolah. sebenarnya mama lynn tak la terlalu rapat ngan diorang cos mama lynn sendiri baru berada dalam keluarga ni dua tahun 8 bulan. mungkin ambil masa sikit nak kenal saudara mara belah suami + balik kampung pun x sempat nak g umah saudara mara. banyak habiskan masa kat rumah mertua sahaja.

kalau korang perasan one of sepupu suami mama lynn ni persis seorang pelakon wanita popular. kali ni biarlah korang pulak meneka yang mana satu k. mama lynn nak tengok either pandangan mama lynn ni dipersetujui ramai atau tidak. hehehe cam saspen je kan.

so sape yang rasa berkenan kat adik2 ni boleh la info mama lynn. mana lah tahu ada yang terpikat. hehe dah macam agensi mencari jodoh pulak. sebenarnya totally tak boleh nak usha pun cos diorang masih bawah umur lagi. x sesuai rasanya nak felling2 ni.

 yang berdiri tu farah, yg len boleh tgk lagi pic diorang kat bawah
 si kecil kat depan tu cheah
 aina
 mihah
 mirah
 anis
aina & adik bongsunya adam

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

spontaneous thursday 10

jangan sesekali kita membuka aib orang
kerana sekali kita membuka aib orang
Allah akan membuka aib kita pula

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

Wednesday, March 28, 2012

balik kampung... sedim

penat rasanya perjalanan pulang dari kulim ke klang semalam. paling membuatkan mama lynn letih bila terpaksa duduk dalam bas dari pukul 1 petang sehinggalah 8.50 malam. terasa jauh sangat perjalanan pulang padahal kalau ikutkan 5-6 jam pun dah boleh sampai. urrmmm manakan perjalanan tidak mengambil masa yang lama. banyak sangat stop area, drop area. turunkan orang kat kl, shah alam then baru klang. mujurla kesabaran diri ni masih tinggi lagi.
happy… of course mama lynn happy dari sabtu lepas till semalam. masakan tidak, dapat spend masa dengan suami yang tersayang. kalau tidak sorang kat utara sorang kat kapar ni. masa yang ada tu memang mama lynn cuba gunakan sehabis baik. dah lama jugak la tak spend masa macam ni.

balik kampung kali ni mama lynn tak la dapat nak masak untuk en suami sangat memandangkan kami lebih banyak tapau makanan kat luar + ngan aktiviti yang agak padat . asyik makan nasi bungkus je + rezeki mencurah2 pulak ngan adik ipar mama lynn belanja kami sekeluarga isnin yang lepas.

tak bosan langsung pun stay kat kampung... ahad lepas, en suami dan mama lynn menemani ibu mertua yang ada urusan di pejabat tanah baling. cuaca tersangat la terik.. en suami lak bila dah bosan tu duk masuk keluar pasar ahad yang kebetulan dekat ngan pejabat tanah. bila rasa da tak larat sangat nak tunggu mama lynn ngan sepupu2 en suami decide g lepak kejap kat umah pak long di kg iboi, kupang. en suami plak menjadi penunggu setia ibu mertua mama lynn. kebetulan ramai pak menakan dan mak menakan en suami ada sekali so pandai2 la en suami nak balik nanti.

mama lynn suka sangat berada di kupang. suasana sawah padi dia buat mama lynn feel best sangat. sangat teruja ngan suasana kampung. sempat jugak beli kopi kampung buatan tangan ibu saudara en suami. balik daripada kupang kami sempat jugak singgah kat pasar malam, kepala titi sedim. sambil cuci mata intai2 jugak apa yang menarik untuk dijadikan makan malam. hehehe memang x sempat la nak memasak + masing2 dah lapar balik.

rasa best jugak bila dapat outing ngan ibu mertua , adik ipar dan tok (nenek en suami) . kalau belah mama lynn pangkat datuk saudara dan nenek saudara tu adalah tapi belah suami nenek dia masih ada. tok plak a bit sporting. terasa outing 3 generasi memang happy. kalau ada anak2 mesti lagi meriah. dah jadi 4 generasi lak.

panjang pulak cerita mama lynn ni. kali ni jom intai2 pic yang mama lynn sempat ambil sepanjang berada di kampung. untuk next entri mama lynn nak introduce sepupu2 belah en suami lak. jangan terkejut bila salah sorang dari mereka sebijik macam muka actress popular. tunggu …..



by yazhar, brother in law
3 generasi, love this pic
ibu mertua dan tok (nenek en suami)
sempat jugak pose
dua bersepupu, haa ni cousin en suami yang paling kecil. adam (anak pak su)

mama lynn & adam

sawah padi... memang cantik view kat sini


♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

Friday, March 23, 2012

new look with tudung bawal

dah lama x sarungkan tudung bawal atas kepala ni. hari ni mama lynn semangat berkobar2 nak sarungkan tudung versi bawal ni balik . trnd skarang org lebih suka pakai shawl, tudung sarung, syria sampai dah lupakan tudung bawal ni. padahal dulu tudung bawal la trend yang paling terkini.

dulu ada trend bawal batu, bawal sulam dan macam2 lagi la. kalau yang ada batu jangan cakap la glitter dia macam mana. kalah cincin mak korang. hik hik jangan marah. teringat lak dulu2 kalau g kelantan x sah kalau x singgah wakaf che yeh (betul ke spelling mama lynn ni ? ) kat sana banyak sangat pilihan tudung bawal yang cantik lagi menarik. kalau kat area lembah klang ni agak mahal skit kalau nak dibandingkan ngan kelantan.

okeyh jom tengok gaya camne mama lynn pakai hari ni. menarik jugak kan kalau pakai ngan inner shawl r syria ni. ley la korang try jugak. xde la nampak old fashion sangat kan. mama lynn tak pandai sangat nak menggayakannya. kalau korang mesti ada idea nak gayakan tudung bawal ngan trend terkini kan.

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

luvly mama & luvly niece

malam tadi sempat meluangkan masa bersama anak buah kesayangan. afif fikri yang bakal menjadi abg long hujung april nanti. last jumpa afif ahad lepas, tu yang mama lynn g jugak jenguk dia cos mama lynn malam ni mama lynn nak balik ke kg halaman en suami. for sure didn’t have time to spend together with afif dis weekend. actually between me and both my niece (afif & aqeel) quite close. same like mother and son. cakap omputih la pulak tapi tu lah kenyataannya. rasa x mampu kalau berjauhan ngan 2 orang anak buah tu. mungkin sebab both belah mama lynn. kalau anak2 buah belah suami dah terbiasa berjauhan.

malam tadi dalam seronok melayan afif mama lynn sempat jugak ambil gambar candid dak nakal ni. dan afif mungkin dah terbiasa ngan hobi mama lynn yang suka sangat bergambar ni nampak sporting je. selalu dia suka gak nak rampas hp mama lynn tapi semalam dia behave sikit. takut mama dia ni marah @ dah mewarisi addict mama lynn ni.

mama lynn guna nick name “mama” kat dis blog pun because of my niece. both of them call me mama. so rasa cam best je kan letak mama lynn. tak kisah la even mama lynn ni bukan la ibu yang ada pengalaman pregnant ke but i’m still a mother. mama lynn memainkan peranan as a mother untuk anak2 instant mama lynn yang kat kg tu pun. tapi kalau kat kg anak2 panggil mama lynn ngan panggilan mak. between mak and mama tak jauh beza kan. still with the same meaning.

dah melencong2 lak kan cerita mama lynn pepagi ni. mungkin sebab a bit sleepy lagi. hohoho kerja start kul 7.30 pagi karang. still ada masa untuk blogging kejap.

stop nagging!! marah lak semua blogger kat luar tu dengar mama lynn mengomel. jom tengok aksi anak buah mama lynn yang sangat hyper tu. messy jugak la semalam.
sangat sedap sehingga menjitat plastik ..auuchh
ada lagi tak ni ??
aksi lee chong wei " dapat raket baru dari mama"
meh mama kiss dia
alahai sweet kan

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

Wednesday, March 21, 2012

spontaneous thursday 9

kita tak merancang untuk bersedih
kita juga tak merancang untuk merasa gembira
apa juga perasaan kita
sedarkah kita bahawa rasa itu datang tanpa kita undang
mungkin pagi ini kita bersedih
belum pasti sedih itu kan kekal hingga ke petang
sedih boleh bertukar gembira
dan begitu juga sebaliknya

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

wordless wednesday 9

p/s : menu makan malam 20 mac 2012 by mama lynn ;)

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

Tuesday, March 20, 2012

outing pantai remis

ahad lepas sempat meluangkan masa dengan family ke pantai remis, jeram. tujuan asal ke sana untuk mencari arnab betina supaya dapat dijadikan pasangan untuk wawan (arnab yang adik mama lynn bela).

takde apa yang terlalu menarik di pantai remis kecuali jalan2 disepanjang pantai yang dah pun terhakis ke tebing. rasanya jammed kat pantai remis lagi dasyat dari jam di jalan raya. manakan tidak, kereta nak jalan pun kena tunggu turn, kalau tak berhati2 mungkin akan terjerumus dalam pasir. ishh rasa ngeri la plak tengok laluan dia. tempat dah cukup sempurna sebagai attraction pengunjung cuma facilities masih ditahap kurang memuaskan.

kami tak lama pun melepak di sana. sekadar jalan2 tengok apa yang ada then balik. tak sanggup bersesak2 di tempat macam tu + bawak budak2 ni tak larat nak melayan kehendak diorang yang macam2. tak sempat nak amik gambar arnab yang baru adik mama lynn beli. will updated latter about it. yang pasti agak kecil sedikit berbanding wawan.

.: suasana pantai remis yang sibuk, ekceli da macam bazaar :.



.: anak2 buah yang sentiasa membuat mama lynn tersenyum, afif fikri & muhammad aqeel azraei :.

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

rezeki datang lagi


rezeki Allah yang berikan. We don’t aspect it. Kalau ada adalah, dan kalau tiada kenapa nak sedih2. It just a gift from Him. Rezeki mama lynn jugak semalam. Balik kerja dalam keadaan yang penat tup2 ada envelope besar depan pintu rumah. Mula2 agak saspen jugak la. Apa lak yg KOWAMAS anta ni. Rasanya mama lynn takde la mintak settlement letter. Urmm masuk je rumah terus mama lynn koyak envelope tu. Alhamdulillah cek bernilai rm 20.00. ha!!! Sikitnya. Mungkin pada mata orang lain sikit tapi itu pun rezeki jugak kan.

Mesti korang tertanya2 duit apa rm 20.00 tu. Ekceli mengikut surat dari KOWAMAS tu, itu adalah bayaran dividen bagi tahun berakhir 2011. Dividen diagihkan dalam bentuk saham dan cek. Alhamdulillah saham mama lynn bertambah lagi rm 40.00. Jumlah sediada dah rm 240.00 . sebenarnya tak pernah tahu menahu pun pasal hal ni. Mungkin juga mama lynn da submit as ahli KOWAMAS masa buat personal loan dulu. Dan potongan keahlian masih dilakukan melalui ANGKASA. Urmm fikir balik worth it jugak. Takde la tak nampak apa2 langsung. Maybe in future mama lynn da pun buat tabungan melalui saham2 tersebut. Orang kata sikit2 lama2 jadi bukit.

So malam semalam singgah jugak ke Maybank. Walaupun nilai tersebut tak besar sekurang2nya mama lynn realize yang mama lynn ni ada saham kat dalam KOWAMAS tu. Kalau tak sampai bila pun tak perasan.

So sape2 yang pernah buat personal loan ngan mana2 koperasi cuba la tanya kat admin. Manalah tahu ada lagi saving korang kat sana kan. Who knows if you don’t ask about it? As a human we need to take action by our self. Takkan nak tunggu orang lain yang sibuk2 untuk kepentingan diri kita kan.

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

Monday, March 19, 2012

bosan vs sibuk !!

sibuk !!! wah macam la kerja as a pembantu tadbir kat mbsa ni sibuk sangat. ape lah sangat kerja pt kan kalau nak compare ngan jawatan gred 27 dan ke atas. pandang sebelah mata pun belum tentu sudi. (bunyi macam kecewa sangat je). xde ape pun nak dikecewakan cuma lately ni agak penat fikirkan kerja. even kerja mama lynn tak la bussy sangat tapi as a government staff kena la bagi komitmen yang tinggi. lagi2 bila melibatkan pelanggan. even cakap ngan public through phone je kena la ngan full manners. tak nak dituduh pekerja sektor awam ni tak beretika.

kadang2 fikir, bosannya kerja ngan orang ni. hari2 buat kerja yang sama. kalau la mama lynn mampu set up my own business kan best. dan dapat pulak buat kerja yang berbeza setiap hari , mesti tak bosan. tapi sebenarnya lagi bosan bila duduk kat umah tu sorang2. unless la kalau ada anak nak temankan mak dia ni kan. ape pun , mama lynn bersyukur seadanya dengan apa yang Allah berikan. baik atau buruk semuanya ada hikmah yang tersendiri. kerja kat mana2 pun sama. kena jugak jaga prestasi + peribadi.

bosan kan cerita pasal kerja ni. isnin till jumaat asyik dengan kerja je. mujurla mama lynn off duty sabtu ngan ahad. dapat gak la melapangkan minda ni. boleh la lari dari kenyataan hidup yang bosan tu. dan mujur juga ada 2 orang perwira yang sudi membuat mama lynn tersenyum. kadang2 bila rindukan insan yang jauh di mata hanya anak2 buah la penawarnya. terasa masa tu lah senyuman yang ikhlas betul2 hadir. susah jugak kan berjauhan ni. manalah tak bertambah bosan. wahhh entri petang2 ni sangat la bosan untuk dibaca. apatah lagi mama lynn yang nak menulis ni. terasa bosan la sangat.

hope mama lynn akan berada dalam comfort zone selepas ini. either dalam sudut kerjaya atau peribadi. nak senyum dengan penuh keikhlasan + bekerja dengan rasa kegembiran. insya Allah.. luv to be me & bersyukur dengan segala pemberian Nya.
p/s : rindu sangat dak kecik dalam walker tu. alahai anak mak

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

'FIRST GIVE AWAY BY LALA AND UNA'

klik SINI dan SINI untuk join
da try ikut semua arahan tuan tanah. kali ni mama lynn di tag sekali lagi oleh cik arina.
now nak tag

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

Friday, March 16, 2012

" segmen aku,dia dan kamu by memey janie"






mama lynn di tag oleh cik arina untuk join segmen ni. jom klik bawah banner tu okeyh...



jom tengok sape yg kena tag !!!







♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

34 Minit Sehari

Apabila kita melakukan sesuatu pekerjaan, kadang-kala kita terlalu sibuk sehinggakan kita jadikan ia alasan untuk melengah-lengahkan solat atau lebih teruk lagi, meninggalkannya terus. Jikadilakukan sedikit pengiraan, dalam sehari, kita perlu menunaikan solat:


Subuh: 2 rakaat
Zuhur: 4 rakaat
Asar: 4 rakaat
Maghrib: 3 rakaat
Isyak: 4 rakaat

Jadi jumlah keseluruhan adalah 17 rakaat sehari. Katakan seseorang itu mengerjakan solat lebih kurang 2 minit untuk setiap rakaat, maka jumlah masa yang diambil untuk menunaikan solat dalam sehari hanyalah selama 34 minit. Dalam sehari ada 24 jam bersamaan 1440 minit. Jika dikira peratusan masa yang diambil untuk menunaikan solat dalam sehari, hanyalah 2.36%.

Bagaimana pula dalam masa seminggu? 34 minit darab 7 bersamaan 238 minit. 238 minit bersamaan dengan 3.97 jam. Jika dikira dalam sebulan pula, katakan purata dalam sebulan ada 4 minggu.3.97 jam darab 4 bersamaan dengan 15.88 jam.

Dalam setahun pula, 15.88 jam sebulan darab dengan 12 sama dengan 190.56 jam. 190.56 jam ini jika ditukarkan kepada unit hari adalah bersamaan dengan 7.94 hari. Rupanya dalam setahun, masa kita untuk sembahyang hanyalah lebih kurang 8 hari.

Kita kira dari segi purata umur manusia pula. Katakan purata umur seseorang adalah sehingga 60 tahun. Umur 10 tahun merupakan umur seseorang mencapai akil baligh dan sudah mula wajib untuk menunaikan solat. Ini bermakna, seseorang yang berusia 60 tahun perlu bersolat selama 50 tahun. Jika dalam setahun, masa yang diambil untuk menunaikan solat hanyalah 7.94 hari, maka dalam tempoh waktu 50 tahun, masa yang diambil untuk menunai solat hanyalah 397 hari. 397 hari lebih kurang bersamaan 1 tahun 1 bulan.

Bayangkan dalam sepanjang umur kita, Allah hanya menyuruh kita menggunakan 1 tahun 1 bulan dari keseluruhan umur 60 tahun kita untuk menunai solat. Itupun kadangkala masa solat kita kurang kerana uzur, jama', kurang 2 rakaat untuk solat Jumaat.

Jika difikirkan kembali, 34 minit sehari adalah sangat singkat. Tengok wayang 2 jam, shopping berjam-jam, 34 minit tu tak luak pun masa 24 jam kita untuk sehari. Oleh itu, marilah kita sama-sama memperbaiki solat kita dan menghargai masa 34 minit itu dengan bersungguh-sungguh dan penuh khusyuk.

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

‘’MegaGiveAway by Penmerah.com’’





mama lynn telah di tag oleh 2 orang insan untuk join GA ni iaitu nanny's stuff dan juga cik arina . rasa x seronok kalau tak turut serta. lagi2 bila 2 orang blogger yang menjemputnya. hik hik ... rasa happy sangat



sekarang mama lynn nak tag






♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

contest aku suka makan coklat

sila klik SINI


macam tahu2 je blogger wanna wahid ni bahawa mama lynn addict sangat ngan coklat. contest ni macam orang yang mengantuk disorongkan bantal lak. wahh rasa nak menang je. please sy nak coklat utk 1st winner tu. sangat2 mengancam la. pada yang nak coklat free tu sila la klik link bawah banner tu okeyh.



kenapa mama lynn suka coklat ??

off coure sebab rasanya yg sangat nikmat dan membuatkan diri ni terlupa sebentar masalah keliling. coklat memberi inspirasi untuk mama lynn terus tersenyum dan hidup ngan gembira. begitu besar impact coklat dalam diri ini.




skarang mama lynn nak tag






♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

dah jumaat !!

assalamualaikum....

wahh dari hari jumaat. kejap sangat masa berlalu. yang pasti esok dan lusa dapat la mama lynn rehatkan diri. hari ni dah pun masuk 16 mac. ini bermakna lagi 6 hari kakitangan awam akan menerima imbuhan bulanan mereka. wahh cakap pasal duit ni memang berkobar2 kan + happynya mereka dapat bayaran balik kenaikan gaji dari bulan januari. mama lynn tak dapat nak merasa cos officer kami dah pun bayar gaji baru awal2 lagi.

dah tengah bulan ni kewangan pun agak kritikal. rasa nak meraung pun ada tapi kena la sabarkan diri. salah sendiri jugak kerana tak pandai nak kawal perbelanjaan bulanan. time2 macam ni la baru merasa nak makan mee segera. kalau tak awal2 gaji bantai makan yang sedap2 je kan. sape lak cakap mee segera tak sedap. kalau pandai masak memang sedap sangat. lagi2 kalau tumis ngan bawang ngan cili padi . letak plak telur. makanan murah boleh jadi mahal.



.: menu makan malam rabu lepas : maggi kari + air blackkurrant :.




mama lynn sangat tak kisah bab makan ni. macam malam tadi sekadar masak nasi goreng ala kampung + hati ayam goreng (letak bawang ngan cili padi). makan macam ni pun dah rasa nikmat. hehee suka pulak bercerita tentang makan kan.

mama lynn dah selamat menghabiskan membaca bab terkahir my love playgirl . mujur la ending dia ada juga bahagia. tapi novel ni memang buat korang rasa nak tergelak sorang2. jujur mama lynn katakan pengunaan bahasa dalam novel ni memang sempoi habis. tahniah untuk novelis siti nur dhuha kerana berjaya membuatkan mama lynn puas dalam pembacaan.


aktiviti untuk 2 hari cuti ni masih tidak dirancang lagi. memandangkan poket mama lynn pun agak kosong, so better rehatkan diri di rumah sahaja. sambil tu boleh la buat aktiviti mengemas rumah pulak. hari bekerja memang kurang ambil port hal2 kat rumah cos balik kerja dah penat. waktu malam pulak mama lynn gunakan either untuk berehat @ menonton tv.


membebel panjang la plak pagi2 hari ni.dah nak kena stop blogging jap. hahaha hari ni kena fokus lebih sikit ngan kerja kat ofis ni. chaiyok !!! jangan malas2 lagi .

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

Thursday, March 15, 2012

spontaneous thursday 8

Jangan lihat masa lampau dengan penyesalan. Dan jangan pula lihat masa depan dengan ketakutan. Tetapi lihatlah sekitar anda dengan penuh kesedaran.

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

Wednesday, March 14, 2012

blog walking geng "kami blogger Malaysia"

petang ni penat jalan2 ke blog follower2 kami blogger Malaysia . penat + sakit lak leher ni duk depan pc ni lama sgt. sampai sakit2 belakang badan mama lynn ni. nak bersuai kenal ngan kawan2 blogger kat sana lebih rapat rasanya belum berpeluang . ape pun dah ada geng ni rasa cam berpesatuan la plak.



gambar : ihsan kawan blogger



pada semua yg dah pun jadi geng, salam perkenalan mama lynn hulurkan. pada yang belum jangan segan2 jadi geng. dapatlah kita bersuai kenal ngan blogger2 kat negara yg tercinta ni. tul tak ???

ape pun selamat blogging semua. hati mama lynn berbunga2 la plak di petang hari + lapar !!! huhuhu... take care alls..

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

 
copyright © 2013 to Mama Lynn | design by Aida Omar