Followers

Monday, February 27, 2012

perginya ayah mertuaku ke rahmatullah

tanggal 25.2.2012 kan jadi ingatan buat keluarga suami mama lynn. tak sangka hari ni ayah mertua mama lynn dah tiada bersama dengan kami. pemergian arwah memang mama lynn tak jangka kerana mama lynn yakin arwah akan cepat sembuh dari penyakitnya. ternyata Allah swt lebih menyayangi arwah.


terkilan kerana tidak dapat berjumpa dengan arwah di penghujung hayatnya. kali terakhir mama lynn berjumpa dengan arwah ketika arwah dimasukkan ke icu , hospital kulim akhir januari yang lepas. sedikit bersedih juga kerana ketika mama lynn sampai ke rumah arwah telah selamat dikebumikan..mama lynn tidak dapat menatap wajah arwah buat terakhir kalinya.


semoga ayah tenang di sana. kadang2 bila duduk seorang diri mama lynn akan terbayangkan arwah ayah. sebagai manusia kita kena sedar bahawa hidup dan mati itu pasti tetapi kita tidak akan pernah jangka kehadirannya. sebagai menantu mama lynn tidaklah terlalu rapat dengan ayah tetapi dalam hati ni sentiasa menyayanginya. terkenang ayah yang suka bercerita tentang pengalaman hidupnya dulu. selepas ni mama lynn takkan berpeluang mendengar ayah bercerita lagi.




al-fatihah......

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

3 pesanan kasih sayang:

  1. smoga roh nye dicucuri rahmat...arwah sakit ape kak?

    ReplyDelete
  2. nor : macam2 penyakit tp mungkin sebab buah pinggang kot. ajal kita x jangka kan

    phat : thanks.... even mertua pun da mcm ayah sendiri kan. terasa jugak bia arwah xde

    ReplyDelete

 
copyright © 2013 to Mama Lynn | design by Aida Omar