Followers

Wednesday, February 22, 2012

cover version ??

kenapa orang suka sangat nak ubah lagu yang ada.. baru2 ni sampai tayang kat berita tv9 video klip lagu yang dah di melayukan tapi dengan lirik yang di tukar. dari moves like jagger jadi ada lembu nak jaga. bila dengar balik . okeyh !! orang malaysia sangat kreatif.



baru2 ni jugak sedang asyik buat kerja di dapur rumah mak mama lynn terdengar pasangan suami isteri ni menyanyi . mula2 si isteri yang menyanyi , tak lama lepas tu suaminya pula yang menyanyi. hanya korus yang di simpan dalam kepala mereka "ada lembu nak jaga". terhibur mama lynn sebentar. mungkin juga sekadar hiburan untuk anak kecil mereka. kalau la mereka tahu mama lynn turut mendengar sama, alangkah terkesimanya mereka. ngan tiba2 terasa nak mintak autograf dari mereka berdua.



nyanyi nak pandang2 jiran keliling memang x sempat kan. apa pun mama lynn suka jugak men dengar bait2 kreatif mereka. banyak rasanya lagu2 di cover semula dengan lirik baru. sebelum ni cukup popular lagu putus di twitter. kononnya sambungan dari cinta muka buku.



pada yang suka blogging, jangan tak sedar ramai jugak yang suka vlogging. istilah yang diguna pakai bagi mereka yang memuat naik video personal tgh berkata2 atau dengan bahasa tubuh dan tutur mereka sendiri. bercerita dengan vlogging amat kurang menyenangkan diri mama lynn. mungkin mama lynn memang tidak sesuai untuk bervlogging. biarlah mama lynn dengan cara mama lynn yang lebih gemar blogging.



macam2 kan dunia ni. manusia semakin kreatif dalam mentafsir atau menyampaikan maklumat. tahniah buat mereka yang berani. apa yang penting niat suka2 kadang2 boleh menzahirkan positif diri seseorang.



p/s : cuma x suka bila sebuah filem di jadikan drama berantai. terasa seolah ada yang terkurang.


♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

No comments:

Post a Comment

 
copyright © 2013 to Mama Lynn | design by Aida Omar