Followers

Sunday, February 5, 2012

kembali blogging

akhirnya mama lynn selamat sampai ke klang sentral pada pukul 5.00 pg ahad lepas. urrmmm letih jugak setelah menempuh perjalanan selama 6 jam dari kulim, kedah. meninggalkan kampung halaman en suami dengan rasa syahdu cos sekali lagi perlu berjauhan darinya. ape pun kepulangan mama lynn ke kampung baru2 ni selama seminggu kerana bapa mertua mama lynn jatuh sakit. boleh dikatakan hari2 juga mama lynn menemani ibu mertua ke hospital. rasanya itu je yang terdaya mama lynn lakukan sebagai tanda sokongan. nak membantu dari sudut wang ringgit tak termampu rasanya.


alhamdulilah jugak cos ayah da sedar sepenuhnya di hari mama lynn nak pulang tu. tiub oksigen yang dimasukkan ke dalam mulut juga telah di cabut dan digantikan dengan tiub kecil di hidung. buat masa ni mama lynn masih x sempat nak menghubungi ibu mertua untuk mengetahui perkembangan selanjutnya. apa pun mama lynn sentiasa berdoa pada Nya agar ayah cepat sembuh. mama lynn yakin ayah akan cepat sembuh. berkat doa kaum keluarga.


mama lynn a bit busy termasuk jugak hari ni. mama lynn sempat ke pejabat untuk mengemas tempat baru mama lynn. ade pertukaran kakitangan dalaman. bukan sekadar pertukaran unit semata2 tetapi ada juga keseluruhan unit perlu bertukar lokasi . kiranya masa diorang tengah sibuk buat renovation tu mama lynn sedang bercuti panjang. lega jugak cos dah pun siap mengemas. cuma kable network, extension plug ngan telefon yang belum ada. xpe la... find it by step.


tunggu la sehari dua untuk entri baru okeyh. mama lynn tengah mengerah idea untuk berkongsi hanaya yang terbaik untuk korang semua. insya Allah.. ape pun take care & million thanks untuk semua yang mendoakan ayah mertua mama lynn.. sayang korang banyak2.

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

No comments:

Post a Comment

 
copyright © 2013 to Mama Lynn | design by Aida Omar