Followers

Sunday, February 12, 2012

kahwin oh kawin

mama lynn agak tidak sihat hari ni. ekceli dari semalam da terasa kesihatan diri kurang baik. mungkin 2-3 hari ni mama lynn mengambil minuman berais dalam kadar yang tinggi atau mungkin juga mama lynn tidak begitu menjaga pemakanan mama lynn dengan baik. bila tak sihat macam ni rasa syahdu sangat. manakan tidak, masa ni la kita harapkan ada insan yang menjaga kita. sedih + touching la pulak.





intro cam cerita syahdu la plak. mama lynn a bit bz ngan wedding cousin mama lynn dari jumaat lepas. tidur pun rasa x cukup je. even mama lynn tak la buat kerja macam orang kuat di wedding tu sekurangnya ada jugak pertolongan yang mama lynn hulurkan. x tahu kenapa energy diri makin berkurangan. cepat sangat mengah + penat. adoyai.... itu menandakan badan ni da terlebih isi + da lama x bersenam. urrmmm need to to something. baru la sekarang realize semua tu. x larat.....




ape yang best tentang wedding mesti la jumpa ngan saudara mara. kalau ikutkan wedding kali ni belah abah. mama lynn memang x cukup kenal ngan saudara mara belah abah. kalau tengok muka nak tegur pun takut2. at least masa camnila dapat jmp ngan sepupu yang memang susah nak jumpa. yang jadi kelakarnya ade sorang gurl ..teenagers salam ngan mama lynn siap cium tangan lagi. mama lynn terus tarik tangan cos tak kenal dia. sepupu yang berdiri kat sebelah cakap " tu kan anak andak yang kembar" adoi.. malunya. sepupu sendiri pun tak cam. mungkin jugak sepupu mama lynn pun da looks like awesome sangat kot. tu yang memang tak kenal. hehehe malu x malu jugak semalam.



tengok wedding orang cam rasa ruginya tak dapat buat pelamin cam trend sekarang ni. modern + cantik kalau nak dibandingkan ngan wedding mama lynn dulu. even baru 2 tahun 7 bulan tapi trend pelamin cepat sangat berubah. bajet sekarang pun comfirm la lebih tinggi .




EXTRA ++ best masa mama lynn ngan anak buah tersayang yang shomel dak afif fikri tu lagi lama. biasanya jumpa dia 2-3 hari sekali. bila ada wedding camni dapat la main ngan dia hari2. kebetulan plak umah adik mama lynn bersebelahan ngan umah ibu saudara mama lynn (umah pengantin).





*


**


***


cerita pasal wedding ni jugak la mama lynn jadi addict nak snap gambar. hehehe jom la layan pic2 yang mama lynn sempat ambil sepanjang majlis berlangsung..... hehehe hanya gambar kami jer . jangan ade yang marah pulak.










♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

1 pesanan kasih sayang:

  1. cantik baju pengantin tu
    warna hijau daun pisang
    nice


    P/S : Nak Minta Tolong Bantu Hans Menang iPad 2

    http://hanspunyablog.blogspot.com/2012/02/pusingan-akhir-contest-gadget-impian.html

    ReplyDelete

 
copyright © 2013 to Mama Lynn | design by Aida Omar