Followers

Tuesday, February 21, 2012

disenangi bukan beerti dicintai

berhari2 jugak mama lynn simpan idea untuk menulis entri ini. entah kenapa terpanggil untuk mengupas isu tersebut. kalau sebelum ini kita sering mendengar istilah mencintai tidak semestinya memiliki, sekarang ni ada pulak istilah2 baru dalam berkasih sayang ni.



disenangi bukan beerti dicintai..... whooaa mama lynn bukan seorang penulis blog yang mampu menghasilkan penulisan dengan bahasa melayu tinggi (bmt). mama lynn menulis mengikut rasa hati dan apa sahaja yang terdetik dalam pemikiran ini. kadang2 tengah memandu atau di mana2 sekalipun mama lynn akan terfikir tentang blogging. seolah2 penulis novel yang mencari ilham untuk menghasilkan senaskah novel yang boleh memikat hati pembaca.



dalam hidup ni kalau nak persoalkan tentang kita sayang, cintakan seseorang tak semestinya kita akan mengakhiri ikatan sayang tu dengan perkahwinan. orang kata jodoh tu kerja Allah. sebab tu manusia perlu sedar bahawa mencintai seseorang bukan jaminan kita untuk memiliki dia dalam kehidupan kita. kita boleh jatuh cinta dan bercinta tapi andai dia bukan jodoh kita x mungkin kita dapat bersatu.



istilah disenangi bukan beerti dicintai seolah baru kita sedari. lagi2 dalam urusan kerjaya kita sehari2, mungkin kita terlalu disenangi rakan2 setempat kerja atau sahabat2 kita di luar sana. mereka senang dengan diri kita bukan kerna mereka cintakan kita. mereka rapat dan akrab dengan kita bukan kerna mereka dah jatuh cinta dengan kita. kadang2 orang tersalah erti dengan istilah disenangi. mama lynn pernah melihat situasi begini dalam realiti kehidupan . senangnya si A bersama dengan si B. seronok berdiskusi bersama, bergelak ketawa bersama tapi jangan ada yang salah tafsir mereka bercinta. tidak sekali-kali. rapat, akrab bukan jaminan cinta itu ada tapi itulah erti sahabat.



senang bukan untuk membezakan perasaan itu. mama lynn jadi pelik dan hairan kenapa rakan-rakan sekerja acapkali di gossip bersama walhal bicara mereka hanya tentang kerja. gurau senda mereka hanya untuk menghilangkan tekanan sehari-hari.



ini bukan entri untuk membuli atau mengaibkan sesiapa. mama lynn sekadar mahu berkongsi agar manusia di luar sana tidak sewenang-wenangnya menjadi hakim kepada orang sekeliling. tepuk dada tanya selera kita. jangan mudah untuk kita tersalah erti dengan pandangan mata kasar kita. belajar untuk membezakan erti bercinta dengan disenangi bukan beerti dicintai.

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

2 pesanan kasih sayang:

  1. setuju...tapi memang ramai orang yang kuat perasan camtu...

    baru kenal 2 minggu, banyak lar topik nak borak2, eh...yang si pompuan nih trus tangkap feeling..ingat org lelaki tu suka dan cinta kat die...menyampah lar dengan orang gini...

    org laki pun ade gak gitu,kalau kite kerap layan soalan2 die /gurauan die, mule lar ingat kite syok kat die...eiii..tolong lar...

    ReplyDelete
  2. tu la... kadang2 niat kita selalu di salah ertikan.. moga2 kita tak terperangkap ngan situasi macam ni. nawaitu kita perlu betul.. alahai kawan2 je kan..

    ReplyDelete

 
copyright © 2013 to Mama Lynn | design by Aida Omar