Followers

Sunday, February 19, 2012

al-fatihah

al-fatihah




semalam mama lynn dan keluarga dikejutkan dengan berita pemergian siti radziah binti ibrahim ke rahmatullah. arwah merupakan 2 pupu kepada mama lynn. arwah dimasukkan ke hospital sg buloh kira2 tiga minggu yang lepas. arwah juga koma hampir 2 minggu. hanya 2 hari selepas sedar dari koma arwah telah diangkat pulang kepada pencipta Nya. pencipta seluruh alam ini. takziah buat seluruh ahli keluarga beliau.



sebenarnya sehari sebelum pemergian arwah, mama lynn sempat menziarahi arwah di hospital. tak disangka2 itulah kali terakhir mama ynn berpeluang berjumpa dengannya. teringat air mata arwah bergenang ketika kami di sana (mama lynn g melawat arwah dengan abah dan mak). dan kali tu jugak la mama lynn pertama kali melihat arwah kelu tanpa suara. hanya pandangan sorot arwah yang menemani kami. al-fatihah...moga arwah ditempatkan dikalangan umat nabi Muhammad s.a.w yang beriman. bilakah masa mama lynn pulak ? terfikir amalan yang masih tidak sempurna dan bekalan apakah yang mama lynn nak bawa ke sana kelak. moga Allah swt memberi hidayah untuk kita sempurna. hidup dan mati itu adalah satu kenyataann.

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

No comments:

Post a Comment

 
copyright © 2013 to Mama Lynn | design by Aida Omar