Followers

Wednesday, February 29, 2012

suka tak new look blog ni

nak kata new look tak jugak tapi boleh la. bukan lah mama lynn bosan dengan warna ungu yang menghias blog mama sebelum ni cuma lagi selesa mata ni memandang suatu yang lebih plain. simple dan kemas la sikit dari sebelum ni.

ekceli dulu pun mama lynn da penah guna background simple cam sekarang ni. nak kata saje2 tukar tak juga. hope semua reader kat sini boleh terima dengan perubahan di sini. mama lynn rasa a bit kemas. cuma yang belum memuaskan hati mama lynn tentang header yang masih tak dapat lagi. mama lynn ada tempah header dengan blogger popular lyssa faizureen. x sabar nak tengok header tu. maklumlah karya blogger terkenal.

p/s :ade sape2 yg kreatif buat header hallu2 la kat mama lynn eh. nakkan sesuatu yang menarik menjadi peneman di blog ini + gambar pc tu saje2 letak je. kemas tak ?? hik hik

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

spontaneous thursday 7

"I LOVE YOU" Will I ever tell you those words.
The heart doesnt choose who'll it love, faith does that.

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

Tuesday, February 28, 2012

malas @ takde mood !!!

assalamualaikum

ada sesape yg tak jawab salam dari mama lynn ???hahah berdosa tau if tak jawab. ngee cam agak bosan sangat akhir2 ni. mind pun seolah lost,ntah ke mana perginya semangat diri ini. terasa seolah tak bermaya dan malas sangat2. susah sangat bila jadi macam ni. malas itu datang tanpa diundang.


dah lama jugak mama lynn tidak menulis entri2 yang panjang, bercerita dan berkongsi rasa dengan kawan2 blogger semua. mungkin apa yang terjadi lately ni sedikit sebanyak mengganggu rasa hati ni. mama lynn pun manusia biasa.rasanya untuk ada mood yang ceria @ sentiasa happy x mampu kot. tiada yang magis tentang diri ini. siapa kata mama lynn kebal ?? rasanya ada yang tersilap menilai.


bila nak menulis entri baru je mama lynn kena ambil masa dahulu. fikir apa lagi yang mama lynn nak ceritakan. takut2 juga nanti penulisan mama lynn tak dapat diterima dan takut juga ada kata2 @ perkongsian dari hati ni mengganggu emosi mana2 pihak.


hope mama lynn gonna be fine cepat2. malas rasanya ada mood yang cam tak best ni. mungkin juga mood merindu tu dah datang. lumrah hidup + dugaan hidup sebagai diri ni. hahaha jangan pening2 nak pahamkan. biarlah mama lynn je yang paham. (mood ngade2 ni).


okeyh.... untuk menceriakan hati ni mama lynn nak share pic anak saudara mama lynn dan anak dara kesayangan mama lynn untuk tatapan umum. aisehhh macam best je kan. saje2 nak cari mood ceria tu balik. wish me luck .



*


**

***



nurul diana




ainur humaira

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

wordless wednesday 6


p/s : i do miss dis moment

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

Monday, February 27, 2012

perginya ayah mertuaku ke rahmatullah

tanggal 25.2.2012 kan jadi ingatan buat keluarga suami mama lynn. tak sangka hari ni ayah mertua mama lynn dah tiada bersama dengan kami. pemergian arwah memang mama lynn tak jangka kerana mama lynn yakin arwah akan cepat sembuh dari penyakitnya. ternyata Allah swt lebih menyayangi arwah.


terkilan kerana tidak dapat berjumpa dengan arwah di penghujung hayatnya. kali terakhir mama lynn berjumpa dengan arwah ketika arwah dimasukkan ke icu , hospital kulim akhir januari yang lepas. sedikit bersedih juga kerana ketika mama lynn sampai ke rumah arwah telah selamat dikebumikan..mama lynn tidak dapat menatap wajah arwah buat terakhir kalinya.


semoga ayah tenang di sana. kadang2 bila duduk seorang diri mama lynn akan terbayangkan arwah ayah. sebagai manusia kita kena sedar bahawa hidup dan mati itu pasti tetapi kita tidak akan pernah jangka kehadirannya. sebagai menantu mama lynn tidaklah terlalu rapat dengan ayah tetapi dalam hati ni sentiasa menyayanginya. terkenang ayah yang suka bercerita tentang pengalaman hidupnya dulu. selepas ni mama lynn takkan berpeluang mendengar ayah bercerita lagi.




al-fatihah......

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

Thursday, February 23, 2012

gift untuk anak dara kesayangan


rezeki nurul kot, kali ni sempat membelikan anak dara kesayangan sepasang kurung warna pink bunga2 ni. x sabar nak lihat si kecil dengan kurungnya. selesa ke anak kecil berumur setahun 6 bulan memakai kurung. okeyh kot ...

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

Yusri dan Lisa Surihani

gambar : kredit kepada ohbulan!


TAHNIAH dan selamat pengantin baru kepada pasangan yusry & lisa surihani, untuk maklumat lanjut ley la baca ohbulan!

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

Wednesday, February 22, 2012

cover version ??

kenapa orang suka sangat nak ubah lagu yang ada.. baru2 ni sampai tayang kat berita tv9 video klip lagu yang dah di melayukan tapi dengan lirik yang di tukar. dari moves like jagger jadi ada lembu nak jaga. bila dengar balik . okeyh !! orang malaysia sangat kreatif.



baru2 ni jugak sedang asyik buat kerja di dapur rumah mak mama lynn terdengar pasangan suami isteri ni menyanyi . mula2 si isteri yang menyanyi , tak lama lepas tu suaminya pula yang menyanyi. hanya korus yang di simpan dalam kepala mereka "ada lembu nak jaga". terhibur mama lynn sebentar. mungkin juga sekadar hiburan untuk anak kecil mereka. kalau la mereka tahu mama lynn turut mendengar sama, alangkah terkesimanya mereka. ngan tiba2 terasa nak mintak autograf dari mereka berdua.



nyanyi nak pandang2 jiran keliling memang x sempat kan. apa pun mama lynn suka jugak men dengar bait2 kreatif mereka. banyak rasanya lagu2 di cover semula dengan lirik baru. sebelum ni cukup popular lagu putus di twitter. kononnya sambungan dari cinta muka buku.



pada yang suka blogging, jangan tak sedar ramai jugak yang suka vlogging. istilah yang diguna pakai bagi mereka yang memuat naik video personal tgh berkata2 atau dengan bahasa tubuh dan tutur mereka sendiri. bercerita dengan vlogging amat kurang menyenangkan diri mama lynn. mungkin mama lynn memang tidak sesuai untuk bervlogging. biarlah mama lynn dengan cara mama lynn yang lebih gemar blogging.



macam2 kan dunia ni. manusia semakin kreatif dalam mentafsir atau menyampaikan maklumat. tahniah buat mereka yang berani. apa yang penting niat suka2 kadang2 boleh menzahirkan positif diri seseorang.



p/s : cuma x suka bila sebuah filem di jadikan drama berantai. terasa seolah ada yang terkurang.


♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

spontaneous thursday 6


Yang meninggikan darjat seseorang ialah akal dan adabnya, bukan asal keturunannya.
Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.
(Hamka)

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

Tuesday, February 21, 2012

Fast Giveaway SoL & Amar"


easy to join !! meh la turut serta... okeyh nak tag

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

disenangi bukan beerti dicintai

berhari2 jugak mama lynn simpan idea untuk menulis entri ini. entah kenapa terpanggil untuk mengupas isu tersebut. kalau sebelum ini kita sering mendengar istilah mencintai tidak semestinya memiliki, sekarang ni ada pulak istilah2 baru dalam berkasih sayang ni.



disenangi bukan beerti dicintai..... whooaa mama lynn bukan seorang penulis blog yang mampu menghasilkan penulisan dengan bahasa melayu tinggi (bmt). mama lynn menulis mengikut rasa hati dan apa sahaja yang terdetik dalam pemikiran ini. kadang2 tengah memandu atau di mana2 sekalipun mama lynn akan terfikir tentang blogging. seolah2 penulis novel yang mencari ilham untuk menghasilkan senaskah novel yang boleh memikat hati pembaca.



dalam hidup ni kalau nak persoalkan tentang kita sayang, cintakan seseorang tak semestinya kita akan mengakhiri ikatan sayang tu dengan perkahwinan. orang kata jodoh tu kerja Allah. sebab tu manusia perlu sedar bahawa mencintai seseorang bukan jaminan kita untuk memiliki dia dalam kehidupan kita. kita boleh jatuh cinta dan bercinta tapi andai dia bukan jodoh kita x mungkin kita dapat bersatu.



istilah disenangi bukan beerti dicintai seolah baru kita sedari. lagi2 dalam urusan kerjaya kita sehari2, mungkin kita terlalu disenangi rakan2 setempat kerja atau sahabat2 kita di luar sana. mereka senang dengan diri kita bukan kerna mereka cintakan kita. mereka rapat dan akrab dengan kita bukan kerna mereka dah jatuh cinta dengan kita. kadang2 orang tersalah erti dengan istilah disenangi. mama lynn pernah melihat situasi begini dalam realiti kehidupan . senangnya si A bersama dengan si B. seronok berdiskusi bersama, bergelak ketawa bersama tapi jangan ada yang salah tafsir mereka bercinta. tidak sekali-kali. rapat, akrab bukan jaminan cinta itu ada tapi itulah erti sahabat.



senang bukan untuk membezakan perasaan itu. mama lynn jadi pelik dan hairan kenapa rakan-rakan sekerja acapkali di gossip bersama walhal bicara mereka hanya tentang kerja. gurau senda mereka hanya untuk menghilangkan tekanan sehari-hari.



ini bukan entri untuk membuli atau mengaibkan sesiapa. mama lynn sekadar mahu berkongsi agar manusia di luar sana tidak sewenang-wenangnya menjadi hakim kepada orang sekeliling. tepuk dada tanya selera kita. jangan mudah untuk kita tersalah erti dengan pandangan mata kasar kita. belajar untuk membezakan erti bercinta dengan disenangi bukan beerti dicintai.

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

wordless wednesday 5


p/s : buku yang menarik untuk di baca (MOOD : gila membaca )

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

Monday, February 20, 2012

Mala Nasohah 1st Giveaway Contest 2012'








kawan ?? sapa yang tak suka berkawan. kali ni mama lynn nak berkenalan ngan seorang blogger wanita ni. niat hati mmg nak tambah kenalan ++sangat suka bersegmen. hope we're gonna be a gud friend dalam blogging ni. ley saling membalas kunjungan tul tak ??? okeyh ape pun salam perkenalan untuk mala.






" moga sahabat blogging mama lynn ni berjaya dalam apa yang dilakukan. insya Allah, Allah swt tahu niat murni kita kan . amin "


♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

Luna Shoppe's GIVEAWAY!





nak tag

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

inspirasi diri


mama lynn dengan sengaja meletakkan 3 keping gambar sendiri sebagai pendukung entri mama lynn pagi ni. hehehe takde ape yang menarik lately ni. nak kata moody tak jugak tapi emosi cam kurang menentu. on & off. mungkin juga inilah kenyataan jiwa seorang perempuan kan. kadang2 tak terduga dek akal apa yang akan meresap dalam jiwa kita ni.

nak bersegmen sehari dua ni mama lynn perhatikan semua yang buat g.a @ segmen ada rules yang agak ketat untuk mama lynn join. mesti follow ini, mesti like ini... aduhhh dalam keadaan penggunaan internet yang agak terbatas kat office ni , lunch hour je boleh buat itu semua. disebabkan mama lynn sendiri tak boleh nak join segmen sehari dua ni, mama lynn blog walking je la.. tu pun kat page / blog yang join segmen yang sama ngan mama lynn. realize as a blogger kena la rajin terjah menerjah. sambil tu tajamkan skill pembacaan + ley la tambah ilmu di dada ngan kill penulisan yang multi pelbagai. whoooaa blogger2 kat malaysia ni memang pandai mengarang okeyh.

inspirasi diri ??? rasa cam nak kena cari seorang idola yang boleh bagi inspirasi buat diri ni. as a muslim dah tentulah Junjungan NABI MUHAMMAD S.A.W menjadi pilihan hati untuk mama lynn kaji dan belajar cara hidup Islam yang sebenar2 . mama lynn cam risau ngan bam bam diri ni. aisehhh bertambah tembam la plak. tu yang cam berangan nak jadi Heliza Helmi....tak pun pengacara Saffiya yang cun tu. hehehe ayat2 cam poyos kan.

hope boleh la survey2 sapa yang boleh jadi inspirasi diri ni. cam rasa isshhh kena tengok balik pola pemakanan sehari2. memang la xde penyakit berat yang mama lynn kena tanggung tapi in future manalah kita tahu kalau tak jaga makan kan... karang baju2 yang ada pun berubah size lagi. tu yang sangat2 mama lynn takuti.

hehehe semoga berjayalah untuk mama lynn mencari inspirasi diri... hope & hope... to find her & him. whatever la kan .

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

Sunday, February 19, 2012

al-fatihah

al-fatihah




semalam mama lynn dan keluarga dikejutkan dengan berita pemergian siti radziah binti ibrahim ke rahmatullah. arwah merupakan 2 pupu kepada mama lynn. arwah dimasukkan ke hospital sg buloh kira2 tiga minggu yang lepas. arwah juga koma hampir 2 minggu. hanya 2 hari selepas sedar dari koma arwah telah diangkat pulang kepada pencipta Nya. pencipta seluruh alam ini. takziah buat seluruh ahli keluarga beliau.



sebenarnya sehari sebelum pemergian arwah, mama lynn sempat menziarahi arwah di hospital. tak disangka2 itulah kali terakhir mama ynn berpeluang berjumpa dengannya. teringat air mata arwah bergenang ketika kami di sana (mama lynn g melawat arwah dengan abah dan mak). dan kali tu jugak la mama lynn pertama kali melihat arwah kelu tanpa suara. hanya pandangan sorot arwah yang menemani kami. al-fatihah...moga arwah ditempatkan dikalangan umat nabi Muhammad s.a.w yang beriman. bilakah masa mama lynn pulak ? terfikir amalan yang masih tidak sempurna dan bekalan apakah yang mama lynn nak bawa ke sana kelak. moga Allah swt memberi hidayah untuk kita sempurna. hidup dan mati itu adalah satu kenyataann.

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

Thursday, February 16, 2012

degil bila sakit

lumrah kehidupan kot sihat berganti sakit. urmmmm sentiasa cuba mengingatkan diri untuk menjaga kesihatan tetapi mungkin antibodi mama lynn ni yang tak begitu kuat. cepat pulak x sihat lately ni. kalau nak ikutkan last time mama lynn jatuh sakit awal bln 12 yang lepas. tu pun siap admit wad lagi. kali ni mama lynn rasa virus x sihat ni melanda diri lagi.





muka orang sihat



memang mama lynn berdegil betul kali ni. dah nak masuk 6 hari x reti2 lagi nak g klinik. aiyyooo x patut degil macam ni la. kalau g klinik awal2 mesti da kebah sikit. ni ngan selsema , batuk + kahak yg da pekat....ishhh geram plak rasanya. x selesa betul. x sangka lak kali ni lambat tul nak sihat semula... (aircond opis ni pun satu, nak mbeku tubuh ni je)







muka orang sakit





nak g ke tak nak ??? mesti + wajib g klinik mama lynn !!! janganlah degil2 lagi. nanti macam mana nak baik + nak buat kerja pun x bersemangat. please.... please sayang la diri kamu tu.. isshh degil betul la mama lynn ni.




♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

Wednesday, February 15, 2012

spontaneous thursday 5

cukupkah wanita Islam memenuhi tuntutan agama dengan bertudung semata-mata. bagaimana dengan tiang agama. solat 5 waktu ?? renung-renungkan. moga perubahan yang kita bawa selaras dengan apa yang sepatutnya

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

Tuesday, February 14, 2012

wordless wednesday 4


p/s : jom tonton 30 minit ustaz don

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

Monday, February 13, 2012

SEGMEN CIKMUN : FIRST POST AKU IN BLOGGING ?

entri pagi2 ngan segmen menarik. sambil2 ley la imbau kenangan ngan blog lama mama lynn.











ekceli entri pertama mama lynn as a blogger bermula di blog yang satu ni . http://azlinayazli.blogspot.com/. masa tu tak berapa pandai lagi nak blogging. kira bertatih2 jugak la. dan apa yang menarik mama lynn blogging untuk cerita pasal wedding. cam poyo je kan. cerita pada 7 jun 2009. tarikh keramat kot untuk 1st entri blog mama lynn tu. wahhh cam saspen je kan padahal entri married soon ni tersangat la simple dan pendek.





sekarang nak tag 2 insan bertuah ni pulak





♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

say no to valentine's day





best sangat ke 14 februari ni sampai da jadi trend masyarakat dunia nak celebrate hari ini. kononnya hari berkasih sayang a.k.a valentine's day. macam da xde hari lain plak + hari2 biasa x ley care and love our family ker ?? oppssss kita kan orang islam.


jangan sampai terikut2 budaya yang dah sah2 diharamkan + motif diorg sambut valentine's tu pun da kita tahu kenapa. jom kita boikot hari valentine's . itu pun kalau kita sayangkan agama kita.

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

Sunday, February 12, 2012

kahwin oh kawin

mama lynn agak tidak sihat hari ni. ekceli dari semalam da terasa kesihatan diri kurang baik. mungkin 2-3 hari ni mama lynn mengambil minuman berais dalam kadar yang tinggi atau mungkin juga mama lynn tidak begitu menjaga pemakanan mama lynn dengan baik. bila tak sihat macam ni rasa syahdu sangat. manakan tidak, masa ni la kita harapkan ada insan yang menjaga kita. sedih + touching la pulak.





intro cam cerita syahdu la plak. mama lynn a bit bz ngan wedding cousin mama lynn dari jumaat lepas. tidur pun rasa x cukup je. even mama lynn tak la buat kerja macam orang kuat di wedding tu sekurangnya ada jugak pertolongan yang mama lynn hulurkan. x tahu kenapa energy diri makin berkurangan. cepat sangat mengah + penat. adoyai.... itu menandakan badan ni da terlebih isi + da lama x bersenam. urrmmm need to to something. baru la sekarang realize semua tu. x larat.....




ape yang best tentang wedding mesti la jumpa ngan saudara mara. kalau ikutkan wedding kali ni belah abah. mama lynn memang x cukup kenal ngan saudara mara belah abah. kalau tengok muka nak tegur pun takut2. at least masa camnila dapat jmp ngan sepupu yang memang susah nak jumpa. yang jadi kelakarnya ade sorang gurl ..teenagers salam ngan mama lynn siap cium tangan lagi. mama lynn terus tarik tangan cos tak kenal dia. sepupu yang berdiri kat sebelah cakap " tu kan anak andak yang kembar" adoi.. malunya. sepupu sendiri pun tak cam. mungkin jugak sepupu mama lynn pun da looks like awesome sangat kot. tu yang memang tak kenal. hehehe malu x malu jugak semalam.



tengok wedding orang cam rasa ruginya tak dapat buat pelamin cam trend sekarang ni. modern + cantik kalau nak dibandingkan ngan wedding mama lynn dulu. even baru 2 tahun 7 bulan tapi trend pelamin cepat sangat berubah. bajet sekarang pun comfirm la lebih tinggi .




EXTRA ++ best masa mama lynn ngan anak buah tersayang yang shomel dak afif fikri tu lagi lama. biasanya jumpa dia 2-3 hari sekali. bila ada wedding camni dapat la main ngan dia hari2. kebetulan plak umah adik mama lynn bersebelahan ngan umah ibu saudara mama lynn (umah pengantin).





*


**


***


cerita pasal wedding ni jugak la mama lynn jadi addict nak snap gambar. hehehe jom la layan pic2 yang mama lynn sempat ambil sepanjang majlis berlangsung..... hehehe hanya gambar kami jer . jangan ade yang marah pulak.










♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

Saturday, February 11, 2012

10 Days Giveaway by Atie





ternampak giveaway yang best utk mama lynn join. terasa best dan menarik d bom bom.....



kata2 akhir




"all the best atie"

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

Yaya's First Giveaway


jom join segmen di pagi ahad nan indah ni.... mama lynn nak tag 2 insan yg betuah


♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

Thursday, February 9, 2012

MINI GIVEAWAY BY CIK IYLIA

sila klik SINI

ade mood nak bersegmen lagi. ley je klik bawah banner untuk lihat terma dan syarat2. mujur la mama lynn ada account twitter even tak aktif. hehehe

tag seindah pelangi


♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

meja baru versi lama


p/s : my new workplace. x sampai seminggu pun di sini... warrghhh terasa cam terkurung pulak

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

"1st year Ohsemm Anniversary - blog remyhazza"

klik sini utk join

selamat ulang tahun pertama buat blog remyhazza. okeyh cam menarik utk join je segmen ni. as a support tu blogger jugak kan. mama lynn terpikat nak ke blog remyhazza cos entri2 dari beliau agak best untuk mama lynn layan + kadang2 mendedahkan ngan sesuatu yang mama lynn tak tahu sebelum ni. okeyh.... jom terjah blog beliau kalau nak tengok betul tak cakap mama lynn ni.

nak tag

*

**

***

zamani
nanakimie

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

Segmen I Follow U by NanieyBarnieyLurviey



blog walking pepagi ni terjumpa segmen simple dan menarik untuk mama lynn join. da follow pun dak kiut tu. jom terjah blog beliau + join segmen sesama.


tak tag org xpe pon (hehehe sebab tu terajin nak join ni)

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

anak buah baru "arissa"

entri kali ni agak pendek je bunyinya. malas nak taip panjang2.. hik hik saje je pon. kali ni mama lynn nak introduce anak menakan baru belah suami mama lynn. baby arissa lahir disember yang lalu. actual date mama lynn pun da lupa. da 2 kali pon jumpa dak kecik comey ni. 1st masa arissa baru seminggu lebih dilahirkan dan kali kedua masa mama lynn balik kampung last week. comey sangat kan macam ibu saudara a.k.a mak lang dia nie (tetap perasan). okeyh jom cuci mata ngan gambar kiut miut ni.
jeng jeng
*
**
***
arrisa


♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

contest : warna hidupku :)

cam best segmen yg mama lynn join petang hari ni. warna kehidupan.... okeyh.... jom tgk warna apa yang mama lynn pilih
*
**
***
1. hitam putih kehidupan. macam hidup kita jugak yang on off
2. orange in life ...sweet as me (perasan)

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

 
copyright © 2013 to Mama Lynn | design by Aida Omar