Followers

Wednesday, January 25, 2012

selamat ulang tahun perkahwinan "mak abah"

baru2 ni mama lynn dan family sempat la buat majlis ringkas (ekceli surprise) untuk sambutan ulang tahun perkahwinan mak dan abah yang ke 31. itu pun tanpa kehadiran adik lelaki bongsu dan perempuan bongsu mama lynn . d actual date adalah 19 hb januari yang lepas manakala majlis makan2 tu mama lynn buat pada 21hb januari (sabtu lepas).


mula2 memang tak plan langsung. mama lynn memang tak lupa tarikh keramat mak dan abah... sempat wish je la + mengingatkan adik beradik yang lain jugak. pastu terdetik tak best kalau tak meraikan cos mesti mak sedih kalau anak2 buat2 lupa. so mama lynn plan pg2 sabtu jugak. msg all my sibling. bajet pun kami share2. kek aiskrim adik mama lynn dan wife dia yang sponsor. masak simple2 je pun. mak lak cam tertanya2 apa yang mama lynn dan adik2 nak buat bila tengok kami sakan memborong makanan.


alhamdulillah semuanya berjalan lancar. kami sempat jugak memberikan gift untuk mak dan abah. hand bag untuk mak manakala wallet untuk abah. bagi mama lynn bukan harga yang menjadi persoalan tapi yang penting niat kami adik beradik. alhamdulillah even family kami ni banyak sangat dugaan yang kami pernah tempuh sebelum ni... mak dan abah berjaya mengharunginya untuk 31 tahun ni. rasa cam nak je mencontohi mereka. moga2 amin....


okeyh... jom layan gambar pulak. edit simple2 je untuk tatapan u alls.



p/s : SELAMAT ULANG TAHUN PERKAHWINAN yang ke 31 buat mak dan abah. semoga Allah swt memberikan kesihatan yang baik buat kalian berdua. kami adik-beradik sangat2 sayangkan mak dan abah.

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

No comments:

Post a Comment

 
copyright © 2013 to Mama Lynn | design by Aida Omar