Followers

Sunday, January 15, 2012

minggu yang sukar

minggu yang sukar... itu yang boleh mama lynn simpulkan mengenai minggu lepas. sejak abah admit wad di kpj life mama lynn dan keluarga hanya di kpj. kami letakkan sepenuh perhatian untuk abah. as a family members kena jugak bagi dorongan pada abah yg di uji olehnya dengan penyakit appendiks. alhamdulillah berkat doa dari ahli keluarga abah pun lebih bersemangat dan menunjukkan reaksi positif untuk sihat.


ekceli abah admit wad rabu yang lepas (11 jan 2012). kedegilan abah untuk ke hospital akhirnya dapat dicairkan oleh mama lynn dan mak. pujuk punya pujuk abah nak jugak ke hospital. mungkin abah rasa x sihat sangat. malam abah masuk ke kpj lama jugak proses till kemasukan ke wad. banyak sangat step yg kena follow. kena tunggu ujian darah dan macam2 lagi. alhamdulillah hampir ke tengah malam tu baru la dapat masuk wad.


so setelah pemantauan oleh doktor 2 hari tu, jumaat lepas abah dah pun selamat jalani pembedahan membuang appendiks. semua anak2 abah termasuk mama lynn setia menemani sehingga abah di tolak ke bilik pembedahan. masa ni da macam drama kat tv. seyes masing2 terasa sebak... apatah lagi bila fikirkan abah tak pernah jalani apa2 pembedahan. kalau ada rawatan jantung pun sebelum ni hanya la rawatan biasa yg tidak memerlukan pembedahan. dapat mama lynn lihat air mata abah mengalir. sebagai ahli keluarga kami perlu memberi sokongan supaya abah terus kuat. malam tu abah menjalani pembedahan hampir satu jam setengah. alhamdulillah semuanya baik2 . tengah malam tu jugak abah dihantar ke icu untuk pemantauan rapi.


2 hari di icu till semalam (ahad). tengahari semalam abah dihantar ke wad biasa semula. lega rasanya. syukur pada Nya cos abah kelihatan makin sihat. mama lynn dan mak merasa jugak bermalam di hospital 4 malam. dan semalam adik bongsu mama lynn mengambil giliran.


hope esok @ lusa abah dah boleh discharge. kami nak tengok abah sihat selalu. mama lynn even terasa letih rasa puas dapat bersama2 ahli keluarga menjaga dan menemani abah di hospital. alhamdulillah anak2 abah semua adalah yang terbaik. sentiasa akan bersama abah susah dan senang. insan yg paling setia di sisi abah sudah tentulah mak. hampir 4 hari jugak mak mama lynn ambil cuti kecemasan .


even kami dah melalui minggu yang sukar, kami sentiasa berharap minggu2 akan datang lebih bahagia. mama lynn dan keluarga sangat berterima kasih pada semua yang datang melawat abah. yang paling kami hargai adalah kesudian family mak mama lynn yang datang jauh dari grik, perak untuk melawat abah. terima kasih semuanya. doakan abah mama lynn sihat okeyh...

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

No comments:

Post a Comment

 
copyright © 2013 to Mama Lynn | design by Aida Omar