Followers

Thursday, January 26, 2012

meet her "sahabat lamaku"

assalamualaikum...


sengaja mama lynn buat entri ni, sekadar ingatan buat semua if korang ade teman baik. seharusnya kita bersyukur pada Allah kerna masih dikurniakan seorang sahabat (mungkin lebih) yang sudi bersama kita dalam susah atau senang. masih menjadi sahabat kita walau terpisah bertahun2 sekalipun. bangga rasanya bukan.


mama lynn sempat meluangkan masa bersama sahabat mama lynn malam semalam. kebetulan dia bercuti bersama keluarga mertua dan sempat singgah untuk bermalam di klang. even bukan di rumah mama lynn , still jugak luangkan masa untuk berjumpa dia. mula2 plan dia yang nak datang rumah mama lynn tapi memandangkan dia sendiri mungkin keletihan + hari pun da malam , kami decide untuk berjumpa di rumah adik angkat ibu mertua sahabat mama lynn tu di rantau panjang. dari rumah mama lynn ke rantau panjang pun sekadar mengambil masa 15 minit.


lama jugak mama lynn tak bersua muka dengan sahabat mama lynn tu. rasanya kali terakhir bulan 6 tahun lepas. "nurin izyani bt rosli". dialah sahabat yang mama lynn maksudkan. mama lynn kenal dia pun bukan sehari dua. sedari tingkatan 1 lagi. tu pun sewaktu mama lynn tinggal bersama arwah tok di grik, perak. even bersekolah di sana sekejap dan tak sampai setahun pun kami tetap mampu menjaga persabatan kami sehingga sekarang. hampir 16 tahun juga. nurin sendiri dah bekeluarga dan dah ada sepasang cahayamata pun. gembira melihat dia di depan mata.

teringat zaman sekolah dulu, bila dah berjauhan tu mama lynn sekadar berbalas surat sehinggalah usia mencapai dewasa kami bertukar nombor telefon. alhamdulillah mungkin takdir Allah dia menjadi sahabat mama lynn. jarang sekali kami terputus hubungan. kalau ada pun kami akan berhubung kembali. orang kata ikatan tu kuat.


semalam sempat juga meluangkan masa makan malam bersama. mujurlah suami nurin sendiri jenis yang memahami kalau tak segan jugak la mama lynn nak bersembang ngan nurin. even melepak bersama sekadar 2 jam mama lynn da rasa cukup gembira. dapat berkongsi cerita dan meluah rasa. mama lynn lihat dia memang seorang sahabat yang takkan bertukar ganti.


kalau di kira2 sahabat yang benar2 sahabat dalam diri ni memang lebih dari seorang. mama lynn bersyukur adanya mereka tatkala mama lynn memerlukan. takkan terganti. betullah kata orang, sahabat tu memang sampai ke mati. dia sentiasa ada untuk kita dalam susah ataupun senang. mama lynn sentiasa mengingatkan diri supaya pertahankan hubungan persahabatan mama lynn dengan sahabat2 karib mama lynn baik2. mama lynn tak nak kehilangan mereka. insya Allah. cuba mama lynn jaga persahabatan itu.


lepas ni entah bila dapat meluangkan masa bersama nurin + dia sendiri duduk kat sg petani. mungkin la mama lynn sering ke kedah tapi kelapangan untuk ke rumah nurin tu agak terbatas cos terikat dengan masa dan aktiviti keluarga. yang dapat mama lynn gambarkan adalah mama lynn cukup gembira dapat bertemu sahabat yang dah lama mama lynn tak jumpa. buat semua kat luar sana, jangan kita menjaga hati kita sahaja tapi jagalah juga hati sahabat kita kerna melukakan hati mereka mungkin menyebabkan anda akan kehilangan mereka kelak.



p/s : teringat pulak peristiwa kat umah adik angkat ibu mertua nurin malam tadi yang tiba2 terputus bekalan elektrik sebentar. anak dara nurin (allisya rasanya namanya) terus meluru memeluk mama lynn. hehehe punya la takut.

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

3 pesanan kasih sayang:

  1. saya takde kawan rapat yang mcm mama lynn ada. berkawan ramai tapi lepas pindah, masing2 dengan hal masing2..sesekali jumpa tak excited sangat.. huhu..sedey kan.

    ReplyDelete
  2. Kawan sejati susah nak cari skunk nie=.=

    ReplyDelete
  3. iizla : ye ker.. mungkin klu korang lg close excited tu akan datang kembali. insya Allah


    zareliqa : yup.. dats totally true

    ReplyDelete

 
copyright © 2013 to Mama Lynn | design by Aida Omar