Followers

Tuesday, January 24, 2012

i-city , shah alam

alkisah cuti panjang dari jumaat till semalam (selasa). ade je perkara2 best yang mama lynn buat.... okeyh ape yg nak mama lynn kongsikan kali ni.




cuti tahun baru cina yang lepas mama lynn telah gunakan sebaik mungkin. alhamdulillah rasa terisi je masa 4 hari tu. boleh dikatakan juga agak padat dengan aktiviti2 yang tidak dirancang. kiranya last minute plan. sempat juga mama lynn memenuhi impian anak buah mama lynn yang nak ke i-city, shah alam. kebetulan pulak adik2 mama lynn dah nak pulang ke kolej. untuk tidak menghampakan even penat bawak jugak diorang ke sana. mama lynn ni pun even kerja kat shah alam dan boleh dikatakan berulang ke shah alam tiap2 hari takde kesempatan lagi nak ke i-city untuk merasai sendiri bagaimana feel menaiki wheel yang besar gabak tu. kalau sebelum ni pernah juga 2-3 kali ke sana tapi kali ni kenikmatan dia lain sikit.


cabaran ke i-city juga boleh tahan di mana dari traffic light sek 7 ( exit lepas tol rm 1.00) dah jammed giler. hahaha sah-sah kaki mama lynn sakit main gear. mujur la family pun tak berapa stress dan sabar punya sabar masuk dan dapat parking ngan senang sekali. mama lynn dan keluarga tak mengambil masa yang lama untuk bersantai di i-city + hari pun dah makin lewat. cukup la dapat cuci mata dan merasai sendiri naik wheel besar tu. mak mama lynn tetap ngan perasaan gemuruh + gayat sampaikan nak bukak mata pun tak berani. anak buah mama lynn memang xde feel takut langsung. mama lynn pulak biasa2 je. kira even perasaan gayat tu ada mama lynn tetap nak maintain berani. rugi jugak la kalau dah sampai tapi takut2 nak naik.


kat bawah ni pulak mama lynn nak share gambar2 yang mama lynn ambil isnin yang lepas.... tak banyak mana tapi boleh la buat korang jelous dan merengek2 nak ke sana.. jom cuci mata !!!


*


**


***







p/s : ah cunnya (mood perasan)... tp syg jugak cos 2 orang lagi yang pergi bersama ngan mama lynn xde dalam gambar (mak dan adik bongsu)


♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

2 pesanan kasih sayang:

  1. Kak Mirror tak pernah pegi lagi I-City ni. Mujur je blogger2 byk buat entry tentangnya.

    ReplyDelete
  2. miss mirror : xpe ley la ajak family g lepas ni. best jugak cuma terlalu ramai pengunjung buat kita stuck kat situ

    ReplyDelete

 
copyright © 2013 to Mama Lynn | design by Aida Omar