Followers

Sunday, January 29, 2012

kursus @ hotel istana

semalam mama lynn sempat luangkan masa dari kul 10 pagi sehinggalah ke pukul 6 petang di hotel istana, kl. untuk apa mama lynn berada di sana ??? ekceli mama lynn sekadar menghadiri kursus yang telah memotivatekan diri ni untuk berubah dalam kehidupan ni. org kata x salah kan kalau kita nak menambah ilmu di dada.



pengisian kursus tersebut juga sangat bagus + yg present di hadapan pun tidak membosankan diri ni. moga mama lynn akan terus berjaya selepas ini. insya Allah.





.: jom layan gambar lak. eheheheh 3 keping je. amik mood :.





♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

anugerah juara lagu 26

gambar : ihsan dari portal ohbulan


ini bukan blog hiburan tapi mama lynn sekadar nak berkongsi keputusan juara lagu 26. mama lynn rasa cukup bangga dengan pencapaian anak muda seperti hafiz yang membawakan lagu "awan nano". YANG PALING BEST hafiz sempat menyatakan rasa penghargaan terima kasihnya pada ASTRO dan juga AF. selalu bila stesyen yang bersaing macam TV3 dan ASTRO ni susah jugak nak sebut rancangan dari pihak lawan mereka. apepun tahniah untuk hafiz. kat bawah ni pulak diantara pemenang malam semalam.


Juara Lagu Ke 26
Awan Nano oleh Hafiz

Naib Juara Lagu Ke 26
Beribu Sesalan oleh 3 Suara

Tempat Ketiga Juara Lagu 26
Karma oleh Faizal Tahir

Persembahan Terbaik
Kisah Hati oleh Alyah

Vokal Terbaik
Awan Nano oleh Hafiz
♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

Thursday, January 26, 2012

meet her "sahabat lamaku"

assalamualaikum...


sengaja mama lynn buat entri ni, sekadar ingatan buat semua if korang ade teman baik. seharusnya kita bersyukur pada Allah kerna masih dikurniakan seorang sahabat (mungkin lebih) yang sudi bersama kita dalam susah atau senang. masih menjadi sahabat kita walau terpisah bertahun2 sekalipun. bangga rasanya bukan.


mama lynn sempat meluangkan masa bersama sahabat mama lynn malam semalam. kebetulan dia bercuti bersama keluarga mertua dan sempat singgah untuk bermalam di klang. even bukan di rumah mama lynn , still jugak luangkan masa untuk berjumpa dia. mula2 plan dia yang nak datang rumah mama lynn tapi memandangkan dia sendiri mungkin keletihan + hari pun da malam , kami decide untuk berjumpa di rumah adik angkat ibu mertua sahabat mama lynn tu di rantau panjang. dari rumah mama lynn ke rantau panjang pun sekadar mengambil masa 15 minit.


lama jugak mama lynn tak bersua muka dengan sahabat mama lynn tu. rasanya kali terakhir bulan 6 tahun lepas. "nurin izyani bt rosli". dialah sahabat yang mama lynn maksudkan. mama lynn kenal dia pun bukan sehari dua. sedari tingkatan 1 lagi. tu pun sewaktu mama lynn tinggal bersama arwah tok di grik, perak. even bersekolah di sana sekejap dan tak sampai setahun pun kami tetap mampu menjaga persabatan kami sehingga sekarang. hampir 16 tahun juga. nurin sendiri dah bekeluarga dan dah ada sepasang cahayamata pun. gembira melihat dia di depan mata.

teringat zaman sekolah dulu, bila dah berjauhan tu mama lynn sekadar berbalas surat sehinggalah usia mencapai dewasa kami bertukar nombor telefon. alhamdulillah mungkin takdir Allah dia menjadi sahabat mama lynn. jarang sekali kami terputus hubungan. kalau ada pun kami akan berhubung kembali. orang kata ikatan tu kuat.


semalam sempat juga meluangkan masa makan malam bersama. mujurlah suami nurin sendiri jenis yang memahami kalau tak segan jugak la mama lynn nak bersembang ngan nurin. even melepak bersama sekadar 2 jam mama lynn da rasa cukup gembira. dapat berkongsi cerita dan meluah rasa. mama lynn lihat dia memang seorang sahabat yang takkan bertukar ganti.


kalau di kira2 sahabat yang benar2 sahabat dalam diri ni memang lebih dari seorang. mama lynn bersyukur adanya mereka tatkala mama lynn memerlukan. takkan terganti. betullah kata orang, sahabat tu memang sampai ke mati. dia sentiasa ada untuk kita dalam susah ataupun senang. mama lynn sentiasa mengingatkan diri supaya pertahankan hubungan persahabatan mama lynn dengan sahabat2 karib mama lynn baik2. mama lynn tak nak kehilangan mereka. insya Allah. cuba mama lynn jaga persahabatan itu.


lepas ni entah bila dapat meluangkan masa bersama nurin + dia sendiri duduk kat sg petani. mungkin la mama lynn sering ke kedah tapi kelapangan untuk ke rumah nurin tu agak terbatas cos terikat dengan masa dan aktiviti keluarga. yang dapat mama lynn gambarkan adalah mama lynn cukup gembira dapat bertemu sahabat yang dah lama mama lynn tak jumpa. buat semua kat luar sana, jangan kita menjaga hati kita sahaja tapi jagalah juga hati sahabat kita kerna melukakan hati mereka mungkin menyebabkan anda akan kehilangan mereka kelak.



p/s : teringat pulak peristiwa kat umah adik angkat ibu mertua nurin malam tadi yang tiba2 terputus bekalan elektrik sebentar. anak dara nurin (allisya rasanya namanya) terus meluru memeluk mama lynn. hehehe punya la takut.

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

Wednesday, January 25, 2012

spontaneous thursday 3



♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

selamat ulang tahun perkahwinan "mak abah"

baru2 ni mama lynn dan family sempat la buat majlis ringkas (ekceli surprise) untuk sambutan ulang tahun perkahwinan mak dan abah yang ke 31. itu pun tanpa kehadiran adik lelaki bongsu dan perempuan bongsu mama lynn . d actual date adalah 19 hb januari yang lepas manakala majlis makan2 tu mama lynn buat pada 21hb januari (sabtu lepas).


mula2 memang tak plan langsung. mama lynn memang tak lupa tarikh keramat mak dan abah... sempat wish je la + mengingatkan adik beradik yang lain jugak. pastu terdetik tak best kalau tak meraikan cos mesti mak sedih kalau anak2 buat2 lupa. so mama lynn plan pg2 sabtu jugak. msg all my sibling. bajet pun kami share2. kek aiskrim adik mama lynn dan wife dia yang sponsor. masak simple2 je pun. mak lak cam tertanya2 apa yang mama lynn dan adik2 nak buat bila tengok kami sakan memborong makanan.


alhamdulillah semuanya berjalan lancar. kami sempat jugak memberikan gift untuk mak dan abah. hand bag untuk mak manakala wallet untuk abah. bagi mama lynn bukan harga yang menjadi persoalan tapi yang penting niat kami adik beradik. alhamdulillah even family kami ni banyak sangat dugaan yang kami pernah tempuh sebelum ni... mak dan abah berjaya mengharunginya untuk 31 tahun ni. rasa cam nak je mencontohi mereka. moga2 amin....


okeyh... jom layan gambar pulak. edit simple2 je untuk tatapan u alls.



p/s : SELAMAT ULANG TAHUN PERKAHWINAN yang ke 31 buat mak dan abah. semoga Allah swt memberikan kesihatan yang baik buat kalian berdua. kami adik-beradik sangat2 sayangkan mak dan abah.

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

Tuesday, January 24, 2012

i-city , shah alam

alkisah cuti panjang dari jumaat till semalam (selasa). ade je perkara2 best yang mama lynn buat.... okeyh ape yg nak mama lynn kongsikan kali ni.




cuti tahun baru cina yang lepas mama lynn telah gunakan sebaik mungkin. alhamdulillah rasa terisi je masa 4 hari tu. boleh dikatakan juga agak padat dengan aktiviti2 yang tidak dirancang. kiranya last minute plan. sempat juga mama lynn memenuhi impian anak buah mama lynn yang nak ke i-city, shah alam. kebetulan pulak adik2 mama lynn dah nak pulang ke kolej. untuk tidak menghampakan even penat bawak jugak diorang ke sana. mama lynn ni pun even kerja kat shah alam dan boleh dikatakan berulang ke shah alam tiap2 hari takde kesempatan lagi nak ke i-city untuk merasai sendiri bagaimana feel menaiki wheel yang besar gabak tu. kalau sebelum ni pernah juga 2-3 kali ke sana tapi kali ni kenikmatan dia lain sikit.


cabaran ke i-city juga boleh tahan di mana dari traffic light sek 7 ( exit lepas tol rm 1.00) dah jammed giler. hahaha sah-sah kaki mama lynn sakit main gear. mujur la family pun tak berapa stress dan sabar punya sabar masuk dan dapat parking ngan senang sekali. mama lynn dan keluarga tak mengambil masa yang lama untuk bersantai di i-city + hari pun dah makin lewat. cukup la dapat cuci mata dan merasai sendiri naik wheel besar tu. mak mama lynn tetap ngan perasaan gemuruh + gayat sampaikan nak bukak mata pun tak berani. anak buah mama lynn memang xde feel takut langsung. mama lynn pulak biasa2 je. kira even perasaan gayat tu ada mama lynn tetap nak maintain berani. rugi jugak la kalau dah sampai tapi takut2 nak naik.


kat bawah ni pulak mama lynn nak share gambar2 yang mama lynn ambil isnin yang lepas.... tak banyak mana tapi boleh la buat korang jelous dan merengek2 nak ke sana.. jom cuci mata !!!


*


**


***







p/s : ah cunnya (mood perasan)... tp syg jugak cos 2 orang lagi yang pergi bersama ngan mama lynn xde dalam gambar (mak dan adik bongsu)


♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

.: wordless wednesday 3 :.


p/s : gambar ni pandai bercerita rupanya.. hehehe

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

Thursday, January 19, 2012

dapat jugak merasa prosperity burger

akhirnya !!! dapat jugak merasa makan prosperity burger tahun ni. asehh intro bab yg akan buat org lain terliur.. nggeee.. mama lynn da lama berniat untuk menikmati hidangan tahunan time nak dekat raya2 cina ni cuma baru sempat g lunch ni. kenyang sangat + g tgh dapat la murah sikit. (entri pendek suka2 je ni)







kasi tengok gambar je k... sape yg terasa nak pekena ley la g mc'D pasni..





♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

selamat tahun baru cina & selamat bercuti

wahhh... kejap je masa berlalu. hari ni dah 20 januari 2012. ini bermakna lagi 3 hari kaum cina akan merayakan perayaan utama mereka "tahun baru cina". pada mereka yang menyambutnya mama lynn ucapkan "happy chinese new year" semoga mereka berbahagia bersama keluarga dalam merayakan tahun baru ini. ape pun yang best mama lynn dapat jugak tempiasnya. ape yang best sangat ???? dah tentu cuti hujung minggu mama lynn akan bersambung lagi 2 hari (isnin & selasa) .


mama lynn harap semua orang di luar sana dapat menggunakan peluang cuti panjang ini sebaiknya. dah tentu petang ni jalan raya akan sesak cos ramai yang akan pulang ke kampung. apa yang paling penting kita perlulah sentiasa berwaspada di jalan raya. pada yang memandu tu memandulah mengikut peraturan yang telah ditetapkan. jangan sampai kita tidak sampai ke tempat yang kita nak tuju.

even bercuti panjang mama lynn tiada rancangan yang besar. mama lynn memang berhasrat untuk berehat di rumah sahaja + abah mama lynn pun masih belum sihat sepenuhnya. biarlah cuti panjang kali ini dihabiskan bersama keluarga tersayang. bersama dengan insan yang sentiasa ada untuk diri ini susah @ senang.




p/s : okeyhhh.... mama lynn harap ley jumpa u alls semua minggu depan. insya Allah

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

2012 SPECIAL GIVEAWAY




untuk mendapatkan 16 biji Red Velvet cupcake yang super Yummy secara percuma ekslusif dari Teha Dessert mama lynn ngan senang hati join GA ni + sangat senang pun utk join. untuk segala terma dan syarat sila klik bawah banner tu okeyh....





mama lynn nak tag




♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

Wednesday, January 18, 2012

spontaneous thursday 2

kalau orang tak suka kita
buat apa kita nak paksa2
percayalah akan datang suatu masa
orang yang lebih baik dan sempurna kan menyukai kita


p/s : percaya pada diri sendiri + jangan buat diri kita terlalu mendambakan kehadirannya
♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

BLOGLIST BLOGFYNA 2012



ada masa free tak ??? jom join bloglist ni. cam best je kan + nanti akan dapat kenal org baru lagi. tu yg mama lynn suka sangat join either ga, segmen & bloglist ni. syarat2 dia tak pening mana pon. jangan malu2 kucing lak k + nanti korang nak view balik di mana kedudukan korang di bloglist fyna tu senang sangat cos berpandukan folower korang sendiri.


eh... nak tag sape eh ???




*




**




***




tak payah tag pon!! senang je kan

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

GIVEAWAY WORD SEARCH

sila klik SINI untuk join g.a


mama lynn join giveaway dari seorang mama yang bernama adyna. ekceli da lama tak wat wordsearch ni + mama lynn sendiri pening mabuk2 mengalahkan org preggy je kalau nak mencari word ni. aduyai sangat x pandai tapi pada yg terror sure rasa best kan. okeyh.. pasni kena giat buat wordsearch untuk jadi taiko.



tarikh tutup : 13.2.20112 (sempat sangat ni)

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

Tuesday, January 17, 2012

tak sabar nak berhujung minggu

seyes tak sabar nak berhujung minggu. mama lynn tak sabar nak bereskan kerja2 rumah yang dah tertangguh. a bit busy dari minggu lepas + asyik tinggalkan rumah . ley refer entri ni untuk tahu apa yang mama lynn sibukkan. seyes rasa rumah tu dah macam memanggil2 untuk di touch up itu ini. dari ruang tamu hingga ke dapur even tak la bersepah tapi ada je yang tak kena di mata mama lynn ni. dah jadi kebiasaan diri mama lynn menag tak suka tengok rumah bersepah.



gambar : ihsan dari yahoo



1st kerja rumah yang wajib mama lynn buat adalah membasuh kain baju kotor yang dah menggunung dalam bakul. hehehe even duduk kat umah tu sorang2 kalau dah berhari2 tak basuh banyak jugak. mahu tak 2 -3 trip membasuh. mujur la ada mesin basuh semi auto tu. setia berkhidmat untuk tuan dia ni. ++ pastu sure la acara melipat kain pulak.



nak titon puas2


weekend ni jugak mama lynn nak qada'kan tido yang tak cukup lately ni. agak kepenatan jugak tapi demi keluarga rasanya sanggup je tahan mata ni. lately ni kalau ikutkan mama lynn awal2 pagi lagi da bertolak ke tempat kerja. malam mesti nak kena lelapkan mata ni awal. kadang2 sampai terlelap sendiri masa tengah layan drama kat tv. so hujung minggu je lah masa yang sesuai untuk berehat. lepas subuh tu boleh la sambung tido balik.


aisehh... kerja2 hujung minggu yang lain specially mop lantai mesti didulukan. kalau org sibuk plan untuk outing, mama lynn plan nak stay kat rumah je hujung minggu ni. bila lagi dapat berehat puas2. kalau dah 24/7 sibuk memanjang lama2 terkulai la tubuh badan ni. nak keje pun semangat diri nan hado.



p/s : cepat la datang sabtu & ahad... tak sabar rasanya nak berhujung minggu.

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

Gerangan Diri



mama lynn dilahirkan dan dibesarkan dalam adik-beradik seramai 7 orang di Kapar, Klang, Selangor. lahir pada tanggal 15 Julai 1983 (nak bagi adiah di alu2 kan !!! ) seorang yang ceria tetapi dalam pada masa yang sama mudah terasa. ikhlas dalam menulis kerana setiap entri yang dikongsikan adalah benar2 belaka.. kalau ade yang di share dari page lain mama lynn akan info (x nak org kata copy paste bulat2).


mama lynn juga seorang yang sangat cintakan budak2 a.k.a anak2 kecil. nama "mama lynn" ini juga mama lynn ambil dari panggilan anak2 buah yang sangat adorable tu. even mama lynn bukan lah truly mama, i'm happy to be like dis.




untuk pengetahuan umum mama lynn ekceli berkidmat as a government servant di MBSA. mama lynn sangat cintakan kerja mama lynn...insya Allah


*



**



***



p/s : Untuk Pertanyaan Lanjut Sila Tinggalkan Pesanan di aj_amersayang@yahoo.com

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

.: wordless wednesday 2 :.


p/s : tak perlu kata apa2.. hik hik

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

Sunday, January 15, 2012

" Segmen | Add Followers And Friends ! "

sila klik SINI

blogwalking pepagi ni terjumpa lak segmen ni. jom join segmen nak tak ?? mama lynn rasa excited je nak join segmen ni. hehehe kali ni nak kena tag 2 org rakan blogger. mama lynn da pilih 2 kawan yang mama lynn suka untuk di tag.








okeyh... next mama lynn perlu jawab soalan ni pulak



1. Nama penuh korang dan panggilan .
azlina binti kamarulzaman
panggilan : aj, lynn, angah, ayin, azlina

2. Dah berapa lama korang jadi blogger ?
rasanya dah 2 tahun 7 bulan. lebih kurang camtu la.

3.Tujuan korang berblogging ?
mengisi kekosongan masa lapang kot + nak cari kawan2 baru dan share apa sahaja yang mama lynn lalui sehari2 ngan sesape je yang sudi singgah kat sini. minat menulis tu tak dapat nak kikis. so blog ni la medium terbaik bagi diri ni.

p/s : hehehe da berjaya pun. jom jom korang lak join okeyh.


♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

'Bloglist Monster RAWR'




pagi2 isnin terasa nak join segmen + terasa a bit bosan hari ni.untuk pengetahuan semua segmen ni tersangat simple dan senang je pon. korang yang nak join sila la klik bawah banner tu. jangan segan silu tau... mana la tahu pasni ramai follower kat blog korang kan. tu pun kena rajin blogwalking.







mama lynn nak tag 3 blogger bertuah ni.

pelangi cinta
ayuna
fahmi

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

wallpaper super junior


ini bukan wordless wednesday cuma mama lynn nak kongsikan wallpaper super junior yang sangat shomel ni. cun sangat kan.

copy paste dari oh bulan
"Boxhead Studio dengan kerjasama AllKpop telah melancarkan wallpaper khas Super Junior dalam versi kartun buat para peminat mereka di seluruh dunia."
♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

minggu yang sukar

minggu yang sukar... itu yang boleh mama lynn simpulkan mengenai minggu lepas. sejak abah admit wad di kpj life mama lynn dan keluarga hanya di kpj. kami letakkan sepenuh perhatian untuk abah. as a family members kena jugak bagi dorongan pada abah yg di uji olehnya dengan penyakit appendiks. alhamdulillah berkat doa dari ahli keluarga abah pun lebih bersemangat dan menunjukkan reaksi positif untuk sihat.


ekceli abah admit wad rabu yang lepas (11 jan 2012). kedegilan abah untuk ke hospital akhirnya dapat dicairkan oleh mama lynn dan mak. pujuk punya pujuk abah nak jugak ke hospital. mungkin abah rasa x sihat sangat. malam abah masuk ke kpj lama jugak proses till kemasukan ke wad. banyak sangat step yg kena follow. kena tunggu ujian darah dan macam2 lagi. alhamdulillah hampir ke tengah malam tu baru la dapat masuk wad.


so setelah pemantauan oleh doktor 2 hari tu, jumaat lepas abah dah pun selamat jalani pembedahan membuang appendiks. semua anak2 abah termasuk mama lynn setia menemani sehingga abah di tolak ke bilik pembedahan. masa ni da macam drama kat tv. seyes masing2 terasa sebak... apatah lagi bila fikirkan abah tak pernah jalani apa2 pembedahan. kalau ada rawatan jantung pun sebelum ni hanya la rawatan biasa yg tidak memerlukan pembedahan. dapat mama lynn lihat air mata abah mengalir. sebagai ahli keluarga kami perlu memberi sokongan supaya abah terus kuat. malam tu abah menjalani pembedahan hampir satu jam setengah. alhamdulillah semuanya baik2 . tengah malam tu jugak abah dihantar ke icu untuk pemantauan rapi.


2 hari di icu till semalam (ahad). tengahari semalam abah dihantar ke wad biasa semula. lega rasanya. syukur pada Nya cos abah kelihatan makin sihat. mama lynn dan mak merasa jugak bermalam di hospital 4 malam. dan semalam adik bongsu mama lynn mengambil giliran.


hope esok @ lusa abah dah boleh discharge. kami nak tengok abah sihat selalu. mama lynn even terasa letih rasa puas dapat bersama2 ahli keluarga menjaga dan menemani abah di hospital. alhamdulillah anak2 abah semua adalah yang terbaik. sentiasa akan bersama abah susah dan senang. insan yg paling setia di sisi abah sudah tentulah mak. hampir 4 hari jugak mak mama lynn ambil cuti kecemasan .


even kami dah melalui minggu yang sukar, kami sentiasa berharap minggu2 akan datang lebih bahagia. mama lynn dan keluarga sangat berterima kasih pada semua yang datang melawat abah. yang paling kami hargai adalah kesudian family mak mama lynn yang datang jauh dari grik, perak untuk melawat abah. terima kasih semuanya. doakan abah mama lynn sihat okeyh...

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

Thursday, January 12, 2012

menggelabah

sekali sekala buat silap menggelabah jugak diri mama lynn ni. aiseh mujur la kesilapan tu da tercover ngan hal lain. kalau tak nampak salah kita je la. aisehh kasi tarik nafas panjang2 then lepas. mama lynn pun kadang2 tak jangka ley jadi pelupa tahap gaban. merbahaya la untuk usia muda belia cam mama lynn ni.



seyes takut2 jugak bila terlupa nak mention untuk sesuatu yg ada kepentingan. then benda tu ley affect masa ngan kerja org. lagi la mama lynn menggelabah. nak nangis kuat2 je rasa hati ni.


please... dun do like dis again. ingat apa yg perlu diingat. jgn jadi pelupa cos bila terlupa tu mama lynn comfirm rasa menggelabah. whoooa. pengajaran untuk hari ni.


p/s : kalau dah buat silap tu kena la mengaku kan... hehehe

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

Wednesday, January 11, 2012

Mega Giveaway 2012 Belog Nemomimosh


sila klik bawah banner if nak join giveaway nih. kebetulan blog walking kat blog sitimerahjambu terjumpa lak contest best ni + mama lynn da tertekan ngan kerja tuk hari ni. so salah satu cara nak reallese tension ++ adiah cam best seperti di bawah ni. jom sama2 meriahkan giveaway ni. manalah tahu rezeki kalian jugak.


.: ni dia adiah superb meletop:.

sekarang ni mama lynn nak tag 3 insan bertuah ni pulak

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

info untuk kaum keluargaku

sekadar nota ringkas



malam tadi abah admit wad kat kpj selangor (sek 20 , shah alam). mungkin appendix tapi doktor nak tengok dulu either infection @ appendix . buat kaum keluarga if nak datang melawat abah , abah duk kat tingkat 3 (katil 357). ape2 info sy roger di sini okeyhh..

tq
angah a.k.a anak abah


p/s: pray for my abah eh...
♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

spontaneous thursday 1

Long distance love is like the wind.
It blows out small flames but brings life to the big ones.

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

Tuesday, January 10, 2012

bujang lagi !!!

alkisah hari ni sempat la berborak ngan 2 orang hamba Allah ni. dalam waktu yang berbeza tetapi topik yang sama...


situasi 1

si A : aj, awk bila lagi ?
mama lynn : belum ada rezeki lg
si A : awak dah kawin ker ?
mama lynn : aah ..da 2 tahun lebih pun


situasi 2

si B : bila akak nak kawin
mama lynn : akak da kawin la
si B : (muka x percaya) jangan tipu.. cakap la betul2
mama lynn : tahun depan kot


hahaha ade gak yang fikir mama lynn ni single kan. okeyh.... nak gelak guling2 pun ada. muka ni ada muka bujang ker ??? kalau orang lain tahu comfirm gelakkan mama lynn. ape pun rasa bahagia la pulak cos terasa macam muda je.





bulan 7 tahun ni mama lynn da masuk 29 tahun pon..

p/s : terserempak ngan someone ni. alahai sombongnya dia..... xpe lah mama lynn tak kesah if dia tak nak menegur pun.

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

Segmen : Mr. E'raz Fadli [Tingkatkan Follower dan Traffik ]"

sila klik SINI
yeahhh !! berjaya untuk menjoinkan diri segmen dari abg ensem a.k.a mr e'raz ni. pada yg rasa cam best nak join ley je klik bawah banner tu. segala syarat2 ada disertakan sekali kat sana. mama lynn da like pun page mr e'raz nih.
mama lynn nak tag

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

.: wordless wednesday :.

ciuman sayang dari seorang ibu..... could i ??


♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

Monday, January 9, 2012

"Segmen Mencari Bloglist 2012"

sila klik SINI

jom join segmen . klik je bawah banner tu okeyh...


mama lynn nak tag


*

**


♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

isnin yang penat

alkisah mood hari isnin yang sangat macam2... lepas satu kisah , datang lagi satu kisah. sabar k mama lynn. baru sempat nak bercerita pada kawan2 semua. isnin yang memenatkan. mungkin juga dugaan untuk diri ni. kebetulan jugak semalam mama lynn berpuasa. kadang2 orang berpuasa ni terduga jugak rupanya. mungkin Allah swt nak lihat sejauh mana keimanan kita. mama lynn a bit give up tapi cuba sabarkan emosi diri.


pagi2 mama lynn da terduga. mama lynn masuk kerja pukul 7.30 pagi so memang da jadi kebiasaan mama lynn akan keluar rumah awal + mama lynn perlu hantar mak mama lynn ke tempat kerja jugak. bayangkan dari kapar mama lynn kena ke hospital klang dan baru la patah balik ke shah alam. penat atau tak mama lynn malas nak fikir. da jadi tanggungjawab pada diri pun. yg buat mama lynn geram semalam bila mama lynn kena tunggu sampai 4 kali lampu hijau baru ley masuk simpang ke hospital. dr hospital klang nak ke shah alam , keadaan jalan agak jammed. mula la nak cari jalan alternatif. mujur la sempat thumb print sebelum 7.30. kalau tidak tak pasal2 rekod x berapa cantik di awal tahun ni. isshh pagi2 mama lynn rasa cam nak marah jer. paling mama lynn tak puas hati , banyak sangat driver yg tak bertanggungjawab. kita penat2 q kat traffic light tu sedap2 je dia potong line. isshh geram !! so untuk hari ni mama lynn keluar rumah sebelum subuh, jalan pun tak jammed.. hati pun senang. nak solat kat office pun sempat.






org kata tak elok marah2.. tapi kadang2 hal camni boleh spoiltkan mood kita

kerja dari 7.30 pagi hingga ke petang berjalan lancar. bab kerja ni kena la buat betul2 + tak nak la orang berkata yang mama lynn ni nama je bekerja tapi tak buat apa2 @ tak beri apa2 sumbangan pun. bezanya kalau selalu 4.30 petang mama lynn da cabut balik semalam mama lynn kena attend metting dr pukul 3.00 till kul 6.00 petang. okeyh. ekceli 1st time balik lewat kat jabatan baru ni.. sian la pulak kat mak mama lynn kena tunggu. aisehhh sampai hospital klang dah pukul 6.40 petang. means mak mama lynn kena menunggu sampai sejam lebih jugak la. otw dari shah alam ke klang memang menguji mama lynn. federal highway tu sesak la pulak. kalau ikutkan 15 minit pun ley sampai. nak marah pun tak guna tapi letih jugak la kaki ngan tangan ni main tukar2 gear ngan tekan brake. sebelum balik tu sempat la tapau air bungkus untuk berbuka. syahdu la pulak bila azan maghrib mama lynn still dalam kereta. sabar k mama lynn....







sesak.... tak suka bila jammed... wargghhh stress


sampai2 rumah mak tengok abah mama lynn cam x sehat.. cepat2 solat then makan apa yang ada (hahaha mujur la ade orang belikan soto, memang berhajat nak makan soto pun) . balik umah mama lynn bersiap untuk keluar balik. kali ni untuk bawah abah g klinik. penat sangat rasanya tapi bila fikir abah x sehat kena jugak kuatkan semangat. mujur la pagi ni tengok abah da ok sikit. mak kata sebab makan cencalok. mungkin la keracunan makanan kot. alkisah semalam adalah isnin yang memenatkan. mana tak penat kul 5.40 pagi da bangun then nak dkat tengah malam baru dapat rest. sabar je la.


mujur la pagi ni g kerja tak tertiton atas meja kan....


pasni kena la rajin2 bersenam sikit. kena cari energy skit baru ley tahan berjaga sampai malam. hehe dah macam diari pulak kan. tapi tu la hakikatnya. jujurnya semalam adalah isnin yang cukup memenatkan bagi diri mama lynn. hope pasni mama lynn lebih pandai manage masa sendiri.

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

ceritanya bermula di sini

10.1.2012. rasanya dah bersedia untuk berkarya di sini. mama lynn dah punya kekuatan untuk menutup buku lama dan membuka lembaran baru di sini. bersedialah menerima entri2 yang menarik dari mama lynn untuk ke semua.

sebagai permulaan mama lynn mengharapkan semua follower di blog lama mama lynn ley la follow mama lynn di sini pulak. jangan risau cos even mama lynn dah bertukar wadah berkarya mama lynn masih menggunakan identiti yang sama. mama lynn tetap kan jadi mama lynn. mama lynn selesa dengan nama pena begini (cam real writer kan a.k.a perasan)


tanpa sokongan anda semua tiadalah kekuatan dalam diri ini untuk terus menulis. mama lynn mungkin dilahirkan tanpa bakat yang extravaganza tetapi mama lynn lahir untuk menulis dengan cara mama lynn yang sendiri. insya Allah....buat semua jangan segan silu singgah di sini okeyh... even follower di sini masih sedikit kalau nak compare ngan another blog, mama lynn percaya satu masa nanti ia kan pasti menandinginya. insya Allah..


salam sayang buat semua pembaca setia di blog lama mama. (mama lynn akan take time untuk menutup blog lama tu. so cepat2 follow sini pulak.

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

 
copyright © 2013 to Mama Lynn | design by Aida Omar