Tuesday, June 18, 2013

outing pantai remis

sekarang ni kalau weekend je rasa wajib outing. tak kira lah ke mana pun janji dapat bawak anak-anak keluar. hari bekerja anak-anak terperap je kat rumah. memandangkan ayah diorang sekarang out station kat Johor untuk 2-3 bulan ni, mama lynn kena mainkan peranan untuk bawak anak-anak berjalan. kesian pulak bila anak-anak terperap je di rumah.
 
sejak kami tinggal sebumbung ni rasa meriah sikit rumah. balik kerja dah ada makanan terhidang. mama diorang comfirm akan masak cuma sesekali mama lynn akan pesan supaya tak payah masak cos mama lynn nak masak. weekend lepas tak berpeluang ke dapur pun. tu yang kadang-kadang mama lynn masak bila balik kerja. ini tidak adil lah kan kalau hari-hari balik kerja mama lynn terus makan. kena lah rajin ke dapur jugak + ada hati yang perlu dijaga.
 
petang sabtu lepas mama lynn bawak anak-anak dan mama mereka ke pantai remis. last two week pun kami ke sini jugak tapi masa tu en suami yang bawak. sengaja mama lynn bawak mereka ke pantai remis cos kat sana ada provide playground ala-ala belon tu ha untuk diorang main. alah yang kena isi angin tu. haritu datang bayar rm5 tapi sabtu lepas rm6/ person. katanya sebab ahad ada cabutan bertuah. MOTIF ?  hari sabtu naik harga, dia nak suruh datang lagi lah tu. memang tak lah kalau nak datang 2 hari berturut-turut.
 
naik harga pun tak kisahlah kan asal anak-anak enjoy bermain. mama lynn kalau keluar macam ni mesti bawak afif (anak buah mama lynn) sekali. saja buat teman anak-anak. alhamdulillah setakat ni mereka bertiga mesra berkawan cuma afif agak hyper sedikit dan suka sangat mengusik diana dan zahir.
 
setelah kepenatan + berpeluh-peluh, budak-budak tu baru reti berhenti bermain. kira berbaloi jugaklah bayar rm6. hehe cuma untuk diana mama lynn tak bayar pun. kasi can lah kan bagi sorang main free. susah jugak nak kawal afif bila bawak berjalan lately ni. asyik melawan je.. hehe geram mama dia ni ha.. (kalau semua nak tahu zahir dan diana panggil mama lynn "mak" tapi anak-anak buah mama lynn panggil mama lynn "mama") .
 
aktiviti lepas tu  sambung main lagi kat taman permainan tak berbayar. ikutkan je kehendak budak-budak tu. dah puas main barulah kami lepak kat pantai. zahir excited sampai main kat gigi air. tu belum kira budak-budak tu main bina castle lagi. masa ni afif tunjuk belang lagi. hehe abis abang zahir kena simbah ngan pasir kat kepala. mama diorang tak lah marah tapi mama lynn kenalah paham jugak. terus mama lynn bersihkan pasir kat kepala dan leher zahir. afif oh afif.. nakal betul anak buah mama ni.
 
sempat mama lynn rakamkan gambar budak-budak tu bermain. ada juga terselit gambar mama zahir dan diana sekeping. pada yang belum kenal zura boleh la tengok gambarnya.
 
panjang sangat entri ni. next entri cerita apa pulak eh ? in shaa Allah, kalau mood ok adalah entri dalam masa terdekat ni. hehehe tak nak malas-malas dah.
 
























♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

Monday, June 17, 2013

pageview paling tinggi mama lynn



hari ni rajin nak usha pageview paling tinggi kat blog kecik ni. alahai 120 pageview untuk entri mimpi banjir & gigi bawah patah. not too bad lah kan kalau nak banding dengan entri-entri lain. jujur tahun 2013 ni mood blogging sangat ke laut. kejap ada kejap takde.
 
nak kata takde cerita ada je cuma M besar tu lagi hebat penangannya. lately ni lah baru ada semangat sikit nak berkongsi cerita. rasanya lepas ni blog ni tak boleh nak survive atas kisah peribadi je lah baru orang nak singgah. kena bukak mata ni sikit untuk mula bagi ruang untuk cerita-cerita lain jugak.
 
p/s : jarang tulis tentang orang sebab tak nak ada cerita yang sama. urmmm

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

myvi lama mama lynn eksiden

minggu lepas kereta lama mama lynn myvi BJE 62..... telah cedera parah di bahagian hadapan kerana kecelakaan jalan raya. siapa pemandunya ? adik bongsu mama lynn yang drive kereta ni. Alhamdulillah dia takde cedera pun cuma melihat keadaan kereta, remuk jugaklah hati ni. kalau ditanya pada abah memang tengah bersedihlah, manakan tidak. baru je perabih rm2000 ++ repair myvi tu, tak sampai sebulan dah eksiden.
 
kereta ni mama lynn beli 4-5 bulan selepas mama lynn masuk bekerja di MBSA ni. dulu myvi ni berseri lah sikit. mama lynn guna kereta ni sejak ogos 2006 sehinggalah awal 2010. tu pun sebab mama lynn rasa tak boleh nak survive nak bayar kereta ni. masa bujang rm520 tak terkesan pun nak bayar tapi sejak berumahtangga mama lynn rasa tak mampu pulak. hehe biasalah kan, turun naik kehidupan.
 
mama lynn dapat call dari adik bongsu ketika sedang dalam perjalanan untuk menjemput ibunda mama lynn pulang dari kerja. kiranya masa tu mama lynn baru nak masuk pusat bandar klang. adik mama lynn sikit punya takut dengan apa yang berlaku. dari ceritanya dia nak elak sebuah lori yang cuba menghimpit kemudian dia terlanggar sebuah kereta yang sedang menunggu untuk membuat pusingan U. mungkin juga kerana terkejut, brek pun jadi tak brek.
 
impak dari pelanggaran tersebut, enjin kereta keluarga mama lynn terbakar. adik mama lynn dan sahabatnya yang turut ada dalam kereta dalam keadaan tergesa-gesa terus keluar dari kereta. mujur juga ada sebuah teksi berhenti menghulurkan bantuan dalam memadam kebakaran pada bahagian enjin. dalam keadaan macam ni baru tahu pentingnya untuk setiap kereta memiliki alat pemadam api sendiri.
 
sekarang ni mama lynn sedang dalam proses menguruskan insurans kereta kerana nama pemilik kereta masih nama mama lynn. mujur juga abah mama lynn mengambil insurans pihak pertama. ada hikmah di sebaliknya, dapatlah claim insurans bagi kerja pembaikan kereta. buat masa ni kami memang tak benarkan adik bongsu mama lynn untuk memandu. tak kata dia salah cuma nak dia ambil iktibar dari apa yang berlaku. dalam memandu rush macam mana pun kita perlulah berhati-hati. malang tak berbau kan.
 
 
























♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

Friday, June 14, 2013

holiday Langkawi 2013

assalamualaikum...
 
mood berbunga-bunga di pagi jumaat yang penuh barakah. mama lynn mahu lebih positif. moga hari ini lebih baik dari semalam. in shaa Allah. mudah-mudahan Dia permudahkan kehidupan mama lynn dan keluarga.
 
baru sempat mama lynn nak bercerita di sini. semangat blogging memang on off, tu yang entri mama lynn akhir-akhir ni pun on off. sekejap ada sekejap takde. macam biskut chipsmore dah kan. apa yang buat mama lynn bertambah sedih bila lately ni dah tak ramai yag singgah di sini. semua ni gara-gara mama lynn terjebak dengan instagram dan wechat. semua updated tentang life sentiasa ada di sana.
 
hujung minggu lepas mama lynn dan keluarga sempat bercuti di pulau langkawi. memang hav fun sangat cuma sekali lagi mama lynn tak berpeluang ke dataran lang. sedihhhnya 3x ke langkawi masih tak dapat luangkan masa ke sana. mungkin di sebabkan masa agak terhad. hajat hati nak bawak family explore lautan di langkawi pun tak kesampaian. next time kalau nak holiday kat langkawi should be more than 3 days. 3 hari 2 malam memang x cukup masa nak berjalan. rasa x puas nak explore bumi langkawi biarpun mama lynn baru ke sana bulan November tahun lepas.
 
sedikit gambar yang dapat mama lynn kongsikan untuk tatapan semua. kali ni mama lynn tak nak cerita satu persatu tempat yang mama lynn kunjungi. kalau rajin bolehlah refer entri mama lynn pada november 2012. cuma yang paling best holiday kali ni mama lynn berpeluang ke makam mahsuri. memang teringin sangat nak ke sana. Alhamdulillah dapat mama lynn hadiakan surah al-fatihah buat arwah.
 

















































































































 
 
 

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

 
copyright © 2012 to Mama Lynn | design by Aida Omar